Friday, April 30, 2010

EDUCATIONAL TRIP 2010

17 April 2010 (Sabtu)

Walaupun dah hampir 2 minggu berlalu, sebagai  tatapan ibubapa yang lain, ana ingin menceritakan tentang lawatan anak-anak 6 tahun kita. Pada tahun ini lokasi untuk lawatan murid adalah ke Tropical Village, Air Hitam. Mungkin ramai ibubapa sendiri pun tak tahu apa yang ada kat situ, kalau nak tahu sila KLIK di sini.
Menurut cerita, ramai yang tak lena tidur malam kerana keterujaan yang teramat sangat hendak naik bas bersama-sama rombongan yang disertai oleh 224 orang murid 6 tahun dan 57 orang guru pengiring dari 7 buah cawangan. Ramai tu nak kawal, tapi rata-rata seorang cikgu bawa 4 ~ 5 orang anak. agar keselamatan terjamin.
Seawal jam 7.30 pagi  lagi, dah ramai yang menunggu di tadika masing-masing. Anak-anak dengan baju senaman merah mereka, dari jauh lagi dah nampak. Mereka dibekalkan dengan beg belakang bertulis EDUCATIONAL TRIP 2010 dengan berbagai warna yang menarik.
Jam 8.00 pagi, bas bertolak ke destinasi, anak-anak excited tapi ibubapa nampaknya agak kebimbangan. Kot-kot berlaku sesuatu yang tidak diingini. Insyaallah, semoga selamat pergi dan balik, doa mereka di dalam hati. 


 Dalam bas, mereka bersarapan muffin yang enak dengan air kotak, manakala cikgu-cikgu sempat berpicnic lagi di dalam bas. Macam-macam bekal yang dibawa mereka...
Mereka sampai jam 11 pagi, terlewat dari waktu yang dijangkakan kerana highway jem (terdapat  kemalangan jalanraya). Disamping itu, salah sebuah bas pancit dalam perjalanan. Nasib baiklah konvoi, jadi dapatlah penumpang bas yang pancit tu menumpang di bas yang lain.

Melihatkan gambar, beginilah keseronokan yang mereka lalui bersama rakan-rakan dan guru-guru. Dapat naik train, lihat magic mirror, mengembara melihat keajaiban dunia walaupun penat mendaki kawasan yang sedikit berbukit. Cuma yang sedikit terkilan kerana tak dapat naik bot laju sebab botnya rosak.
Yelah,  dah tahun terakhir di tadika, tahun depan dah naik darjah 1. Beginilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi murid tadika.





Selepas makan tengahari mee goreng dan ayam goreng, bas singgah sebentar di Pekan Air Hitam untuk  guru-guru membeli cenderamata buat anak-anak mereka. Walaupun harga tak seberapa, tapi memberikan makna yang mendalam untuk anak-anak ini.
Dalam perjalanan pulang, masing-masing tertidur kepenatan. Alhamdulillah, mereka sampai dalam jam 3 petang dengan membawa kenangan yang manis bersama Tadika Pintar Bistari.

Cerita-cerita lain yang menarik... KLIK di sini


Thursday, April 29, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA

Bersempena dengan Fiesta Hari Pekerja di Bukit Layang-layang yang berlangsung dari 29 April ~ 2 Mei ini, murid TPB dijemput khas untuk menyertai pertandingan mewarna ini. Pertandingan ini  disertai oleh 50 orang murid dari 6 cawangan dan diiringi oleh 10 orang guru. Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. 
Pada 1 Mei nanti (Sabtu), masih ada lagi pertandingan yang seumpama ini dan bagi ibubapa yang berminat nak menghantar anak menyertai pertandingan ini, sila hubungi Gurubesar cawangan masing-masing untuk mendapatkan keterangan lanjut. Pertandingan pada hari Sabtu ini akan bermula pada jam 10 pagi dan setakat ini sudah ada 75 murid yang mengesahkan kehadiran. Masih ada kekosongan lagi. cepat-cepat.... sape cepat dia dapat.... Lihatlah aksi-aksi mereka sewaktu mewarna...








Sunday, April 25, 2010

KEPRIHATINAN IBUBAPA

Dear PintarBistari teachers & management,
Assalamualaikum.
First of all, we would like to extend our appreciation & thanks for developing our kid Nurul Hureen Ain being a better knowledgable young girl. It's really fun listening to her sharing her story of great class, teachers, friends and of course, knowledges she been taught at school. We understand that dealing with young kids is not an easy simple task and of course, demands a lot, lot of patient.

Just a quick one. There was an incident of chokage at a nursery which claimed death of a baby boy recently. Understanding PintarBistari is also dealing with young kids, we wish we could share one useful link that may help should such chokage incident happen. Nauzubillah.

http://www.redcross.org.uk/standard.asp?id=75052#section1 

This website provides video and illustrations on first aid for choking. No doubt, proper practice makes perfect. As long as we know, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) is providing first aid training and we also would like to suggest that PintarBistari could have one first aider at each branch prior attending medical assistance. 

Lastly, thank you again for sharing your knowledges with our kid. :)

Thank you.

Regards,
Nazrul Azmi Md Nasir & Nurul Najwa Bina Abdullah
Parent of Nurul Hureen Ain

Terimakasih di atas keprihatinan dan info dari pihak tuan.
Beginilah catatan yang telah diemailkan kepada ana oleh salah seorang daripada ibubapa anak didik kami. Keprihatinan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu ada di setiap tadika @ taska yang mengendalikan anak-anak kecil. Perkara ini adalah rentetan dari kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 bulan akibat tercekik bebola ikan di Tampin pada pertengahan bulan April ini.
Cadangan tuan untuk meletakkan seorang first aider di setiap cawangan adalah amat baik tetapi dalam masa yang terdekat ini tidaklah  dapat pihak kami jadikan kenyataan.
Cuma dalam masa yang terdekat ini, insyaallah semua guru akan didedahkan dengan latihan kecemasan. Sekiranya pihak tuan @ ibubapa yang lain mempunyai kepakaran @ kepandaian dalam perkara ini, sila hubungi ana dan kita boleh uruskan satu sesi latihan bersama.
Tentang kematian, memanglah tidak dapat diduga. Kematian itu telah pasti tetapi bila, bagaimana dan dimana itu bukan urusan kita. Bila perkara ini berlaku di taska @ tadika, pengusaha akan dituding jari, katanya akibat kecuaian tetapi bila perkara ini berlaku di rumah @ bersama-sama ibubapa, adakah ini kecuaian ibubapa dan mereka juga akan dipersalahkan?  Sama-samalah kita memikirkannya.
Bagi ana, redhakan setiap kematian. Itu adalah qadha Allah. Contohnya dengan apa yang telah berlaku pada salah seorang anak didik kami di cawangan Tamam Kota Masai (1) baru-baru ini. Mati lemas di kolam renang, di Langkawi. Kalau diikutkan logik, memang tak logik sebab waktu tu bukannya cuti sekolah, jauh di utara lagi. Tetapi seperti yang ana katakan tadi, bila ajal dah tiba, bila, bagaimana dan di mana, tidak kita ketahui, namun ianya tidak akan dicepat @ dilambatkan walau sesaat sekalipun.

Friday, April 9, 2010

FOTO MENARIK

Anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa. Pada waktu ini dimanakah anak-anak anda berada? Adakah mereka di tempat yang sepatutnya mereka berada.
 













Semoga terhibur



INFO KESIHATAN: DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Maklumat utk dikongsikan. Kalau maklumat ni benar Alhamdulillah. Kalau tidak ,  kita hanya berusaha dan Allah saja yang menyembuhkan.
     
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sila klik

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan.. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Dan yang lebih penting, ianya boleh di dapati dengan mudah di negara kita. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

SALAM TAKZIAH

Salam takziah buat mereka-mereka ini.

1) Teacher Nurul Hayati (TKM2) di atas kematian kakak beliau pada hari Rabu, 2 hari lepas. Allahyarhamah meninggal sewaktu dalam tidur, sakit jantung akibat dari obesiti.

2) Baru sebentar tadi dapat info dari GB TKM1, Teacher Fiza tentang pemergian anak didik kami, Muhammad Danial Asyraf Bin Haslizan (kelas 6 Pandai) kerana lemas di Pulau Langkawi sewaktu percutian keluarga. Ana baru aje menghubungi En. Haslizan sebentar tadi, jenazah telah memasuki pesawat dari Airport Langkawi ke Senai. Akan disolatkan di Masjid Kota Masai pada 5.30 petang ini dan akan disemadikan pada petang ini juga. 

3)  Anak didik kami Nor Fatin Nabila ( 6 Cerdas ~ TKM1) di atas pemergian bonda tersayang pada minggu lepas. Kamipun baru dapat tahu melalui pengendali van.

Kematian di mana-mana, dengan berbagai sebab-akibat. Tetapi yang pasti, bila sampai ajal, tidak akan dicepat @ dilambat walau sesaat sekalipun. 
Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga tabah menghadapi segalanya. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. 

Sunday, April 4, 2010

AL-FATIHAH

Takziah buat Teacher Sariayuda (Tmn. Mawar 1) di atas pemergian ayahanda kesayangan yang telah dijemput olehNya ke rahmatullah pada 12 tengahmalam tadi. Semoga Allahyarham termasuk dalam orang-orang yang mendapat rahmat Allah. Kepada semua ahli keluarga yang ditinggalkan, semoga sabar dan tabah dengan ujian ini.