Saturday, June 21, 2008

Sunyi tanpa anak






Abang Shafiq pergi seminar Motivasi Skor A kerana nak ambil SPM hujung tahun ni,Kak Nini pergi rumah Pak Andak kerana kat situ ada baby, Caca dan Nana tidur rumah Puteri kerana nak berkawan. Tinggal ibu dan abah. Ini anak masih kecil. Kalau dah besar nanti, masing-masing bawa diri. Ibu dan abah tinggal berdua, macam 20 tahun lepas!!
Esok pun Nana Caca dah ada planning. Nak mandi kolam kat rumah sepupunya di Tmn. Scientex. Ana pula ada kelas mental arithmetik guna sempoa. Rasanya kalau tak ajar bebudak ni, sayang ilmu yang ada. Bukan senang dah dapat ilmu sempoa ni. Bangsa Cina sekarang ini pun dah tak tahu bagaimana nak guna sempoa. Sempoa dan mental arithmetik inilah trademark Tadika Pintar Bistari, tadika ana punya.

Friday, June 20, 2008

Ingatkan susah sangat!!!

Jealous juga bila orang dah ada blog sendiri. Ana pun nak juga ada blog. Buka sana, buka sini, akhirnya dapat juga ana buat blog sendiri, Ingatkan susah sangat, rupanya senang aje. Yang penting "try an error". Lepas ini sapa-sapa yang nak mencuba, bolehlah minta bantuan ana. FOC lagi!!!