5 Disember 2008
Jutawan segera. Mungkin ini yang diinginkan oleh semua orang. Tak susah rupanya nak jadi jutawan segera ini. Ini bukannya dengan menyertai program-program keusahawanan yang flyer tentangnya selalu disisipkan pada akhbar-akhbar. Ikutilah cerita ana ini.
Entah macamana, teringin nak ke Tanjung Balai. Mungkin ramai yang tak tahu. Ana pun pada mulanya tak tahu sangat tentang pulau ini. Tetapi sejak rombongan JPN Kelantan dulu datang, selepas buat lawatan ke sini, mereka ke Tanjung Balai. Kalau tak kerana sesuatu yang menarik di situ, takkan lah jauh-jauh datang, nak ke Tanjung Balai, fikir ana..
Surf internet cari info tentang Tanjung Balai, tak banyak info yang dapat, hanya info tentang feri dari Kukup, Pontian beserta jadual perjalanan..
9 pagi dari Taman Mawar, ana dan suami sampai ke Jeti Kukup, Pontian pada 11 pagi. Tak sempat feri pukul 11, jadi kami naik feri pukul 12 t/hari. Ada beberapa tempat parking berbayar disediakan tak jauh dari jeti. RM6.00 sehari. Dari tempat parking ke jeti tu, nak menapak tu jenuh jugak la. Tapi ada van disediakan dari tempat parking secara percuma, so jimat tenaga.
Mula-mula cuak jugak dengan runner yang minta pasport untuk tempah tiket feri tapi setelah diyakinkan bahawa semuanya selamat, maka ana serahkan jugak pasport tu.
Harga tiket feri pergi balik Kukup-Tanjung Balai-Kukup adalah RM85 + RM10.00 (Kos tambahan Minyak) + RM10.00 (cukai jeti) = RM105.00 seorang.
Walaupun pertama kali ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia tapi bukanlah masalah besar sangat kerana ana selalu berpegang kepada pepatah, malu bertanya sesat jalan, jadi ringan-ringan kanlah mulut bertanya orang yang menunggu disitu. Setelah mendapat sedikit info, ana tukarlah duit di kiosk money changer yang disediakan disitu.
RM500 yang ditukar, ana mendapat 1,600,000.00 rupiah (sejuta enam ratus ribu). Amboi, ana dah jadi jutawan dalam sekelip mata aje. Sebab itu ana kata, tak susah nak jadi jutawan segera ni.........
Perjalanan feri dari Kukup ke Tanjung Balai mengambil masa 1 jam dan feri tu boleh memuatkan lebih kurang 150 orang penumpang.
Rupa-rupanya Tanjung Balai adalah tempat shopping-shopping. Dari jeti Tanjung Balai ke bazar shopping naik omlet (van sapu) dengan bayaran 3 ribu rupiah (RM1). Kalau nak shopping telekung tu, inilah tempatnya. Memang murah. Telekung kerawang penuh dari jenis kain sejuk harganya 110 ribu rupiah (RM35). Separuh harga dari harga pasaran kat sini. Tapi kalau barang yang lain-lain tu, taklah menarik sangat.
Kami tak menginap di Tanjung Balai. Terus aje balik ke Kukup naik feri pukul 2 petang (waktu Indonesia-pukul 3 waktu Malaysia). Tapi sebelum tu perlu confirmkan tiket kat agen di jeti tersebut. Kena bayar 10 ribu rupiah (RM3). Masa kat imigresen cop pasport kena bayar lagi 25 ribu rupiah (govt. tax). Perjalanan balik pun ambil masa 1 jam juga. Penumpang tak ramai sangat. Mungkin sebab hari Jumaat.
Bagi yang nak ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia, bolehlah contact ni untuk jadual feri:-
94, Kukup Laut, 82300, Johor
Tel/Fax: 07-6960988
No comments:
Post a Comment