Wednesday, December 31, 2008

PROGRAM PRA-TADIKA (BHG 2)





















24 Disember 2008

Hari ini merupakan hari terakhir bagi program tadika 2008. Dari permulaan program sehingga ke akhirnya, memang nampak perubahan yang ketara di kalangan anak-anak ini bukan sahaja dari kecerdikan dan kepandaian mereka malah dari segi keberanian, kepetahan dan pergaulan dengan rakan sebaya. Walaupun program ini cuma berjalan selama 16 hari sahaja tetapi ianya memberikan impak yang besar kepada kedua-dua belah pihak, guru dan murid.
Kerjasama dari ibubapa juga amat dihargai apatah lagi bagi anak yang banyak kerenah dan masih "malu-malu" dengan tadika. Semoga program yang seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa mendatang. Insyaallah.

Sunday, December 21, 2008

HIJRAHNYA DIA ...

11 Disember 2008 (Khamis)

Selepas baliknya ana dan suami dari Yaman 31 Julai 2008 lepas, beberapa persiapan telah dibuat bagi meneruskan misi seterusnya iaitu berhijrah ke sana untuk menuntut ilmu. Dalam umur yang telah melepasi 40'an, ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat apatah lagi dengan meninggalkan anak, isteri dan tadika. Tapi ini adalah tuntutan agama yang sentiasa menyuruh umatnya agar sentiasa menuntut ilmu, diamalkan dan seterusnya menyampaikan ilmu tersebut. Beberapa tarikh telah ditetapkan tetapi dek kerana Yermenia Airline asyik aje penuh, jadi terpaksa ditunda beberapa kali sehingga ke tarikh hari ini.
Sehari sebelumnya, dengan menaiki bas Transnasional 2 tingkat, anak-anak menghantar ana berdua di stesen bas Pusat Bandar Pasir Gudang. Apalagi anak-anak bercucuran airmata dek kerana perpisahan ini. Apatah lagi yang kecil berdua tu. Tapi dikuatkan jua hati meninggakan mereka. Ana hanya menghantar hingga ke K.Lumpur saja. Sengaja anak-anak tidak dibawa bersama ke KL supaya kesedihan mereka tidak melarat-larat.
Transnasional 2 tingkat sarat dengan penumpang setelah muatan dipenuhkan di Stesen Bas Larkin. Menurut pemandu, bas ini boleh membawa 62 orang penumpang dengan harga tambang sebanyak RM32.80 seorang termasuk surcharge 30%. Tiada istimewanya bas 2 tingkat ini. Cuma tinggi aje. Tempat duduk agak muat-muat aje. Kalau yang berbadan besar tu, sendat jadinya. Kami sampai kat Puduraya dah 5 lebih. Hajat hati nak duduk kat Arcasa Hotel yang berdekatan dengan Puduraya tu, tapi kesemua bilik hotelnya dah penuh. Yang ada cuma yang berharga RM300 lebih semalaman. Kami rasa tak berbaloi duit nak tidur semalaman dengan harga sebegitu. Barang yang nak dibawa ke Yaman pulak banyak. Cari teksi ke hotel yang biasa kami menginap tu tetapi teksi tak nak pergi sebab waktu sekarang tu tengah jem teruk. Kalau pergi pun, kena bayar RM20.00. Tak berbaloi, cetusku, dengan jarak yang dekat sebegitu.
Cuacapun dah hampir nak hujan. Malu bertanya, sesat jalan. Kutanya pemandu teksi tentang hotel yang berdekatan, maka kami dihantar ke Olympic Hotel (kawasan belakang Puduraya), dengan tambang teksi RM5 shj sebab tak kena jem, hotel yang sunyi sebab terletak di atas bukit dan kadar bayaran yang berbaloi iaitu RM148 nett semalaman termasuk sarapan. Sebuah hotel yang telah diubahsuai dengan bilik yang besar dan selesa. Oklah tu. Anapun bukan jenis yang memilih sangat..
Usai solat, kami ke lobby untuk skype dengan anak-anak sebab kat hotel tu ada kemudahan wi-fi. Anak-anak seronok sangat, macam-macam yang ditanya, kat hotel ada bath-tub tak, sebab kami pernah menginap kat hotel yang ada bath-tub, tempat mereka berendam.
Dalam dunia yang canggih ini, komunikasi bukan sesuatu yang menyusahkan. Tak perlu guna handphone, skype aje pun dah memadai, boleh dengar suara dan nampak muka sekali.
Lepas maghrib, kami menapak ke kawasan Chinatown(Petaling Street) Tempat yang ana dah lama tak pergi. Dulu masa ana belajar kat UM (bawah Rancangan Persediaan Khas Jepun) rajin juga bersama kekawan ke situ. Dah banyak yang berubah. Sekarang ini lorongnya dah ada bumbung, dulu tak ada, kebanyakan pengunjungnya adalah orang luar dan muka penjualnya pelbagai wajah yang ana sendiri tak kenal dari negara mana asal mereka serta pelbagai loghat melayu. Memang international....
Buah berangan kat situ murah, cuma RM12 sekilo. Kalau kat Highway Muazam Shah, RM20 sekilo. Kat Kg. Melayu Majidee, RM11 setengah kilo. Ana cuma beli RM3.00. Yelah, makan untuk berdua aje. Lagipun dah malam.
Flight ke Yaman adalah pada pukul 4.45 petang. Kami punya banyak masa santai pagi tu. Tak ke mana-mana, cuma menunggu seorang sahabat untuk berjumpa di lobi hotel sambil melayari internet dan skype dengan anak-anak.
Dari hotel ambil teksi ke KL Central dan dari KL Central ke KLIA menaiki Airport Coach dengan harga RM10 seorang dan perjalanan mengambil masa sejam sahaja. Terus aje check-in tapi barang pulak lebih timbangan. Manakan tidak, sorang aje dah 6 buah beg. Beg baju besar, beg makanan, beg kitab, beg laptop, beg baju sejuk (sebab kat Yaman sekarang ni musim sejuk) dan kotak barangan elektrik (barangan elektrik kat Yaman tak ada kualiti, cepat rosak, sebab tu terpaksa bawa barangan elaktrik yang perlu). Berat bagasi yang dibenarkan adalah 20 kilo seorang. Diberi lagi extra 10 kilo. Lagi 6 kilo terpaksa minta ikhsan pegawai bertugas. "Pejam mata", dapat juga lepas. Kalau tak, kena bayar lebihan bagasi RM77 sekilo. Yang boleh bawa hand luggage, bawak ajelah asal tak kena bayar.
Waktu tu ana nampak juga anak-anak muda yang sama-sama check-in. Mereka semuanya nak pergi belajar kat Yaman sebab sekarang ni nak belajar kat Syria dan Mesir agak susah sikit. Jadi Yamanlah yang jadi pilihan mereka. Sekumpulan tu, yang paling muda 12 tahun dan yang tua 22 tahun. Mereka cekal meninggalkan kampung halaman, ibu bapa untuk menuntut ilmu. Respect ana kat mereka semua tu. Sebenarnya mereka tak kenal antara satu sama lain tapi berjumpa di KLIA dan rata-rata adalah dari Utara Semenanjung. Selamat berjuang ana doakan untuk mereka.
Selesai urusan check-in, baru sempat nak makan tengahari pada pukul 4 petang. Makan tengahari terakhir bersama suami sebelum berlepas. Walaupun berat untuk melepaskan dia pergi, tetapi ana redhakan jua demi ilmu yang dicari. Kalau 20 tahun lepas dia mengantar ana ke airport untuk belajar, sekarang ini giliran ana pulak berbuat demikian.
Begitulah, hijrahnya dia demi ilmu........Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.

Olympic Hotel Kuala Lumpur, Jalan Hang Jebat, 50501, KL. (03-2078 7888)
Airport Coach: 03-8787 3894 website: www.airportcoach.com.my
Star Shuttle: 03-40438811 (bas dari KLIA ke Puduraya)

Sunday, December 7, 2008

JUTAWAN SEGERA













5 Disember 2008


Jutawan segera. Mungkin ini yang diinginkan oleh semua orang. Tak susah rupanya nak jadi jutawan segera ini. Ini bukannya dengan menyertai program-program keusahawanan yang flyer tentangnya selalu disisipkan pada akhbar-akhbar. Ikutilah cerita ana ini.
Entah macamana, teringin nak ke Tanjung Balai. Mungkin ramai yang tak tahu. Ana pun pada mulanya tak tahu sangat tentang pulau ini. Tetapi sejak rombongan JPN Kelantan dulu datang, selepas buat lawatan ke sini, mereka ke Tanjung Balai. Kalau tak kerana sesuatu yang menarik di situ, takkan lah jauh-jauh datang, nak ke Tanjung Balai, fikir ana..
Surf internet cari info tentang Tanjung Balai, tak banyak info yang dapat, hanya info tentang feri dari Kukup, Pontian beserta jadual perjalanan..
9 pagi dari Taman Mawar, ana dan suami sampai ke Jeti Kukup, Pontian pada 11 pagi. Tak sempat feri pukul 11, jadi kami naik feri pukul 12 t/hari. Ada beberapa tempat parking berbayar disediakan tak jauh dari jeti. RM6.00 sehari. Dari tempat parking ke jeti tu, nak menapak tu jenuh jugak la. Tapi ada van disediakan dari tempat parking secara percuma, so jimat tenaga.
Mula-mula cuak jugak dengan runner yang minta pasport untuk tempah tiket feri tapi setelah diyakinkan bahawa semuanya selamat, maka ana serahkan jugak pasport tu.
Harga tiket feri pergi balik Kukup-Tanjung Balai-Kukup adalah RM85 + RM10.00 (Kos tambahan Minyak) + RM10.00 (cukai jeti) = RM105.00 seorang.
Walaupun pertama kali ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia tapi bukanlah masalah besar sangat kerana ana selalu berpegang kepada pepatah, malu bertanya sesat jalan, jadi ringan-ringan kanlah mulut bertanya orang yang menunggu disitu. Setelah mendapat sedikit info, ana tukarlah duit di kiosk money changer yang disediakan disitu.
RM500 yang ditukar, ana mendapat 1,600,000.00 rupiah (sejuta enam ratus ribu). Amboi, ana dah jadi jutawan dalam sekelip mata aje. Sebab itu ana kata, tak susah nak jadi jutawan segera ni.........
Perjalanan feri dari Kukup ke Tanjung Balai mengambil masa 1 jam dan feri tu boleh memuatkan lebih kurang 150 orang penumpang.
Rupa-rupanya Tanjung Balai adalah tempat shopping-shopping. Dari jeti Tanjung Balai ke bazar shopping naik omlet (van sapu) dengan bayaran 3 ribu rupiah (RM1). Kalau nak shopping telekung tu, inilah tempatnya. Memang murah. Telekung kerawang penuh dari jenis kain sejuk harganya 110 ribu rupiah (RM35). Separuh harga dari harga pasaran kat sini. Tapi kalau barang yang lain-lain tu, taklah menarik sangat.
Kami tak menginap di Tanjung Balai. Terus aje balik ke Kukup naik feri pukul 2 petang (waktu Indonesia-pukul 3 waktu Malaysia). Tapi sebelum tu perlu confirmkan tiket kat agen di jeti tersebut. Kena bayar 10 ribu rupiah (RM3). Masa kat imigresen cop pasport kena bayar lagi 25 ribu rupiah (govt. tax). Perjalanan balik pun ambil masa 1 jam juga. Penumpang tak ramai sangat. Mungkin sebab hari Jumaat.
Bagi yang nak ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia, bolehlah contact ni untuk jadual feri:-
100 Percent Ferry Services, Sdn. Bhd,
94, Kukup Laut, 82300, Johor
Tel/Fax: 07-6960988

Monday, December 1, 2008

PROGRAM PRA-TADIKA

Hari ini 1 Disember 2008, bermulalah program pra-tadika di semua cawangan Tadika Pintar Bistari. Program ini dimulakan semenjak dari tahun 2006 dimulai oleh cawangan Taman Mawar. Bermatlamat untuk memberikan pendedahan awal persekolahan kepada anak-anak yang akan memasuki kelas K1 tahun 2009, program ini juga dijadikan platform untuk melatih guru-guru baru menangani karenah anak-anak yang tidak pernah ke sekolah.
Bermacam ragam dapat dilihat. Menangis, berani, malu-malu, seronok dan berbagai reaksi yang dapat dilihat pada hari ini. Tapi ini menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat mereka.
Anak-anak yang dipilih adalah dari pendaftaran awal (early bird registration) dan tiada yuran dikenakan untuk program ini. Semoga mereka bergembira di Tadika Pintar Bistari.
Cikgu, ajarilah kami, didiklah kami, semoga ilmu cikgu yang tercurah ke atas kami mendapat keberkatanNya...Amin

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Begitulah perumpamaannya. Pada hari Isnin, 24 November 2008 adalah hari terakhir Cikgu Norhapipah bertugas di Tadika Pintar Bistari. Dari seorang guru tadika yang tak tahu apa-apa tentang pendidikan awal kanak-kanak hinggalah ke tahap menjadi seorang guru yang cukup berpengalaman walaupun hanya berada di tadika ini selama 5 tahun. Berkat kesungguhan beliau, belajar sesuatu yang baru tanpa jemu, rasa tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan dan tidak mudah putus asa, beliau berjaya menaikkan nama Tadika Pintar Bistari di kawasan Taman Kota Masai sehingga kepada tahap yang ada sekarang ini.
Pada Disember 2003, Cikgu Nor ditukarkan dari cawangan Taman Rinting untuk memikul tanggungjawab sebagai Guru Besar cawangan Taman Kota Masai. Pada pengambilan tahun 2004, hanya 30 orang murid sahaja yang belajar di sini dan setiap tahun jumlah pelajar semakin meningkat sehingga membolehkan 2 bangunan digunakan di Jalan Pulasan 41.
Dek kerana 2 bangunan ini masih tidak boleh menampung permintaan ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka, cawangan Kota Masai (2) dibuka di Jalan Pulasan 35 pada tahun 2008. Semuanya ini atas usaha keras semua guru-guru diketuai oleh Cikgu Nor walaupun guru saling bertukar ganti. Cikgu Nor berhenti kerana mengikut suami ke Muar. Semoga Cikgu Nor berbahagia di samping suami dan doa kami cepat-cepatlah dapat baby ye!! Semoga pengalaman berharga di Tadika Pintar Bistari tidak dipersia-siakan dan kalau ada rezeki, bukalah sebuah tadika sendiri di sana ya!!!
Patah tumbuh hilang berganti, tetapi yang datang tidak akan sama dengan yang pergi........
Semoga sukses hendaknya. Salam sayang dari kejauhan..

Wednesday, November 19, 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008

Dek kerana ketiadaan masa luang, ana tak berkesempatan bercerita tentang Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung di Dewanraya Masai pada Ahad, 9 November 2008 yang lepas. Walaupun semenjak subuh lagi hujan membasahi bumi, tetapi acara ini tetap dihadiri oleh ahli keluarga anak-anak Tadika Pintar Bistari, dari baby hinggalah kepada atuk nenek. Mungkin teruja untuk melihat persembahan akhir anak-anak 6 tahun ini dipentas sebagai pengakhir kepada alam persekolahan di tadika. Juga sebagai perangsang kepada penerima-penerima hadiah 5 & 6 tahun agar mereka lebih berusaha ke arah kejayaan di masa-masa akan datang. Dewan yang besar itu padat dengan tetamu yang melebihi seribu orang dan kawasan meletak kereta menjadi masalah yang besar apatah lagi dengan hujan yang tidak menampakkan akan reda.
Acara tahunan yang ke-10 ini dimeriahkan lagi dengan jemputan khas warga emas dari Flat Taman Cendana seramai 15 orang dan lagi 5 orang tidak dapat menghadirkan diri atas masalah kesihatan. Mereka diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang dari pintu masuk utama hinggalah ke depan dewan. Ana dapat merasakan betapa besar hati mereka menerima sambutan yang sedemikian rupa, apatah lagi dengan keadaan kehidupan mereka yang serba kekurangan dan mungkin tidak dipedulikan oleh saudara mara dek kerana kesusahan hidup mereka. Selepas menyaksikan beberapa persembahan dari anak-anak tadika, giliran mereka pula menerima sumbangan berbentuk makanan dan kewangan dari pihak pengurusan Pintar Bistari sebelum mereka beredar pulang lebih kurang pukul 10 pagi.
Pada masa yang sama, Tabung Derma Warga Emas diedarkan kepada hadirin dan dengan penuh kesyukuran, dalam masa lebih kurang 15 minit tabung bergerak dari satu tangan ke satu tangan, pihak kami berjaya mengutip sebanyak RM755.20. Disini juga ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keikhlasan hadirin yang menderma dan semoga rezeki anda semua akan sentiasa melimpah ruah di masa-masa akan datang. Dengan sumbangan ini, makanan dan kewangan akan diagih-agihkan kepada warga emas yang lain pula dalam masa yang terdekat ini.
Sewaktu menghantar warga emas ini menaiki bas untuk pulang ana berdoa semoga program sebegini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya. Pihak pengurusan juga sempat menghulurkan wang biaya berkhatan untuk 2 orang kerana walaupun sudah melebihi umur 14 tahun tetapi mereka masih belum berkhatan dek kerana kemiskinan. Bagaimana nak berkhatan kalau nak makan pun masih tak kecukupan.
Berbalik kepada acara tadi, anak-anak dari 6 cawangan membuat persembahan tarian, boria, koir, nasyid, drama muzikal, aerobik, dikir barat dan lain2. Walaupun mereka berlatih selama 3 minggu sahaja iaitu selepas peperiksaan semester 2, tetapi berkat kegigihan guru-guru mentor yang memberi tunjuk ajar tanpa jemu, persembahan mereka bagus ditambah dengan kostum yang berwarna-warni. Kalau adapun salah silap atau lupa lirik tu, mungkin kerana tergamam di atas pentas melihat hadirin yang ramai di depan sana tu....Persembahan diselang-selikan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan anak-anak 5 & 6 tahun.
Acara berjalan dengan lancar walaupun terdapat kes kecemasan sesak nafas kerana kurang oksigen dek kerana kepadatan yang melampau di dewan ini. Insyaallah, sekiranya biaya mencukupi, tahun depan kenalah ana cari tempat yang lebih besar lagi.
Kepada semua yang menjayakan acara ini, guru-guru, ibubapa yang memberi kerjasama juga kepada penyumbang wang untuk program ini, ana megucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Tanpa sokongan semua, mungkin acara yang sebegini tidak mencapai hasil yang membanggakan.
Dan juga sekarang ana dalan proses akhir menyiapkan CD Hari Anugerah dan kepada yang berminat untuk mendapatkannya, akan dimaklumkan kemudian nanti.
Akhir kalam, ana teringat kepada pantun penutup acara ini

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang di tepi perigi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyallah kita bersua lagi.

Sunday, November 16, 2008

MASA OH MASA

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
Surah Al-Asr (1~ 3)
Inilah surah yang diajarkan kepada anak-anak di tadika. Bukan sekadar lafaz semata tetapi untuk diamalkan. Masa datang dan pergi dan tak akan kembali lagi. Begitu cepat masa berlalu dan sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan November. Sekolah dah mula bercuti tetapi di Tadika Pintar Bistari kami masih ada seminggu lagi untuk bersama anak-anak. Sayang melepaskan mereka bercuti sementelah di tadika banyak perkara yang boleh diajar walaupun peperiksaan dah tamat apatah lagi pada anak-anak 6 tahun yang akan menjejaki alam persekolahan darjah 1 di sekolah kebangsaan.
Namun begitu, ilmu tidak akan kami biarkan begitu saja. Bermula 1 Disember nanti, kami akan menerima anak-anak baru dalam program Pra-tadika kami yang akan dibuat di semua cawangan Tadika Pintar Bistari. Dan anak-anak ini sememangnya akan lebih teruja untuk belajar di tadika dan berjumpa dengan cikgu-cikgu baru. "SELAMAT DATANG SAYANG"

TERIMA KASIH CIKGU

Sewaktu sedang berbincang tentang perancangan tadika 2009, SMS masuk ke handphone Cikgu Tamizi. "TQ cikgu.....Kerana jasa cikgu, anak saya Ameer Mustaqim dapat 5A."
Hari itu, 13 November 2008, keputusan UPSR keluar. Ramai ibubapa yang gembira bila anak-anak mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. "Tapi kami hanya cikgu tadika, tiada kaitan dengan kecemerlangan UPSR?, balas Cikgu Tamizi. "Tak cikgu, dengan asas yang kukuh di tadika, banyak membantu untuk kecemerlangan yang akan datang. Itu komen dari penjaga. Dan pada hari yang sama, ada beberapa orang lagi anak-anak bekas pelajar Tadika Pintar Bistari yang dengar khabarnya berjaya mendapat 5A. Kami sebagai bekas guru hanya bersyukur kerana anak didik yang kami ajar dari usia 5 tahun, tak tahu pegang pensel, tak tahu ABC, tak tahu 123, tak tahu menulis nama dan tak tahu membaca akhirnya berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Kami hanya mampu tersenyum puas dari kejauhan dan ucapan "Terima Kasih Cikgu" akan tersemat dihati sampai bila-bila!

Wednesday, October 29, 2008

TENTANG AUTISM

Melayari internet kadang kala membuatkan ana leka terutamanya bila berjumpa dengan laman web yang membolehkan kita mendapat maklumat-maklumat yang banyak memberikan manfaat kepada kita. Di antaranya adalah Hamid Arshat Pakar Sakit Puan - Kanak-kanak Autistik
~ berkisar tentang penyakit autism di kalangan kanak-kanak yang kadang-kadang terlepas pandang oleh ibubapa dan guru-guru tadika. Juga memuatkan banyak maklumat tentang sakit puan, kehamilan, kelahiran serta artikel yang menarik sebagai panduan kepada ibubapa.
Selamat melayari web ini

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan Semester 2 dahpun berlalu dan ibubapa dah tak sabar-sabar lagi hendak tahu keputusan. Walaupun dah dimaklumkan dalam surat makluman tentang tarikh keluar keputusan iaitu 30 Oktober tapi ibubapa masih tak sabar menunggu. Manalah tahu kot-kot keputusan boleh keluar cepat...
Sebenarnya banyak kerja belakang tabir yang perlu dilangsaikan terlebih dulu sebelum dapat dilihat dilaman web. Tanda kertas, semak markah, 'sort' keputusan, scan gambar (yang ini memang mengambil masa yang banyak) dan upload kat internet. Tapi zaman dah makin canggih, tadika pun kena canggih juga. Buat masa sekarang, ini yang mampu dibuat oleh Tadika Pintar Bistari yang memang banyak lagi kelemahannya. Semoga teguran-teguran membina dapat mendewasakan kami warga Pintar Bistari ke arah Membentuk Generasi Bijak Berilmu.

SYAWAL SEBULAN

Syawal sebulan...... Agak-agaknya kalaulah syawal tu boleh disambut lebih dari itu, mungkin ada sesetengah umat Islam yang menyambutnya lagi. Hari ini hari terakhir syawal. Masih ada lagi rumah-rumah terbuka, jamuan makan-makan dan sembang-sembang.
Dan di kawasan perumahan ana di Taman Mawar, masih ada lagi kedengaran bunyi-bunyi mercun di sana sini. Mungkin sebagai penutup kepada bulan Syawal ini.
Sebenarnya kalau ingin berziarah dan mengunjungi saudara-mara dan sahabat handai tak perlu menunggu pada bulan syawal saja, kerana ziarah menziarahi untuk mengeratkan ukhwah Islamiyyah memang dituntut dalam Islam. Bukan hanya pada bulan Syawal saja seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Kadangkala kita segan untuk ziarah menziarahi pada waktu lain kerana bimbangkan kehadiran kita ini mengganggu tuan rumah. Itu mentaliti yang ada pada kebanyakan umat Islam sekarang ini kerana untuk menjaga "privatasi" masing-masing.
Perkara ini ana highlightkan di sini untuk muhasabah diri ana juga untuk lebih banyak menziarahi anak-anak murid tadika pada masa-masa akan datang.
Janganlah pula nanti kalau ana telefon nak ke rumah, kata ana nak jual apa-apa pulak ye.....
Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu semula Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.
Juga ana panjatkan seribu kesyukuran kepada Allah SWT kerana sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, rezeki cikgu-cikgu pun makin murah. Selain makan-makan, ada juga yang dapat kain sepasang dua, juga duit raya....TERIMAKASIH SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI ANTA SEMUA

Thursday, September 18, 2008

Juadah Ramadhan dan Lempeng Nenek

Sepanjang Ramadhan ini, baru 2 kali ana berkesempatan ke Pasar Ramadhan di Taman Mawar. Penjual pun taklah ramai sangat. Tak seperti di Pasar Ramadhan di Taman Air Biru. Juadahnya biasalah, lauk pauk, kuih muih dan pelbagai jenis air. Kalau bawa anak-anak, memanglah macam-macam yang mereka hendak, tak dibelikan kesian sebab dah sehari suntuk belajar berpuasa, so ikutkan ajelah...
Namun yang menarik perhatian ana adalah "gerai lempeng 60'an" oleh seorang pakcik. Rasa-rasanya tahun sebelum ini tak ada, tahun ini baru timbul. Seingat ana yang berasal dari kampung ni, (Kg. Sungai Karang, Kuantan), waktu kecil-kecil dulu, mak selalu buatkan lempeng, pelbagai jenis lempeng, ada lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng sagu dan lempeng tepung semata-mata dan dicecah dengan gula atau ikan masin. Itu cerita tahun 60 'an tapi dah masuk tahun 2008 ni, lempeng dah ada harga. Lempeng kosong harga RM1.00 dan lempeng kelapa berharga RM1.50. Itu pun berkerumun orang nak membeli.
Ana teringat bila berkunjung ke Kg. Plentong Tengah, anak-anak mesti mencari lempeng Nenek Ramlah (Ibu angkatku yang menjaga Along dari usia 2 bulan hingga 7 tahun). Lempeng nenek juga yang sedap. Semoga Nenek Ramlah sihat-sihat selepas operation baru-baru ini.

Baru-baru ini, adik bongsu ana yang tinggal di Kuala Lumpur datang ke rumah, kebetulan ada urusan kerja dan sempat berbuka di sini. Menurut beliau, di KL dah tak jumpa lagi harga kuih 3 seringgit. Kat sana rata-rata harga kuih 5 keping 2 ringgit. Suami isteri bekerja, tak sempat nak memasak untuk juadah berbuka, beli aje lebih mudah tetapi kekadang tu makanan yang dibeli tak ada rasa, dan cepat basi. Beginilah kehidupan di bandar, semakin maju kita, semakin tinggi yang perlu kita bayar untuk menampung kos kehidupan. Itulah dunia.

Wednesday, September 17, 2008

LAWATAN KE PAPG

Awal-awal lagi Caca dah set alarm h/phone sebagai reminder bahawa 16 September 2008 adalah hari lawatan Ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Rasanya bukan Caca saja yang sedemikian, tapi mungkin juga anak-anak yang lain.
Bagi mereka pergi lawatan adalah sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat naik bas sekolah panjang warna kuning. Bukan senang nak naik bas sekolah sebab hari-hari naik kereta ibu ayah atau naik van pakcik makcik. Keseronokan jelas terpancar di wajah-wajah comel mereka!

Seperti yang dirancangkan, hari ini murid-murid 6 tahun Cawangan Taman Mawar seramai 62 orang (sesi pagi) dan diiringi oleh 6 orang guru pengiring sampai di PAPG dan disambut mesra oleh petugas-petugas PAPG yang cantik-cantik belaka. Mereka diberi penerangan tentang fungsi perpustakaan sebagai pusat gedung ilmu, segala peraturan yang perlu dipatuhi, kemudahan-kemudahan yang terdapat di perpustakaan, cara bagaimana meminjam buku dan akhirnya mereka diberi peluang untuk memilih dan membaca buku kegemaran mereka di Children Corner. Melihat gelagat mereka, memang menyeronokkan. Apakan tidak, bila buku terlalu banyak, ambil yang ini tak best, yang itu pun tak best. Agaknya rambang mata lihat buku yang bermacam-macam tu. Macam rambang mata kat pasar Ramadhan!!

Lawatan selama sejam di PAPG terasa amat singkat. Sebelum pulang, anak-anak diberikan cenderahati Colouring Book yang berupa gambar-gambar menarik di Pasir Gudang. Apatah lagi, makin melebarlah senyuman mereka. Cikgu-cikgu pun dapat cenderahati juga, siap dengan beg sekali. Hilang penat cikgu...

Apapun ana mengucapkan "terimakasih daun keladi" khas kepada pihak PAPG terutama Bossnya Pn. Roslina Mohd. Othman dan petugas-petugas yang lain. Tak lupa juga kepada Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang yang sekarang ni telah ditukar nama kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Insyaallah anak-anak dari cawangan lain akan menyusul kemudian seperti yang telah dijadualkan.

Untuk pengetahuan ibubapa yang ingin membuat kad pinjaman buku di PAPG, beginilah caranya:
1) Pergi ke PAPG dan isi borang keahlian perpustakaan.
2) Jangan lupa bawa salinan surat beranak anak-anak. Tak perlu bawa gambar. Tak pelu cop tadika.
3) Bayaran RM4.00 (RM3 untuk yuran tahunan dan RM1 untuk gambar) dikenakan untuk keahlian kanak-kanak dan RM11.00 (RM10 untuk yuran tahunan dan RM1 untuk gambar) untuk keahlian dewasa.

Jangan berlengah lagi, jom ke PAPG!! @ layari http://mppg.gov.my/Kemudahan/kemudahan.htm
video

Saturday, August 30, 2008

MEMPERSIAPKAN DIRI MENYAMBUT RAMADHAN

Beberapa hari lagi kita semua akan memasuki bulan Ramadhan. Ramadhan merupakan tamu agung yang senantiasa kita harapkan kedatangannya. Karena itu, tentu kita dari awal lagi mempersiapkan diri untuk menyambutnya.
Sudah kita ketahui bersama, bahwa manusia tidak akan melaksanakan sesuatu dengan baik kecuali jika ia mempersiapkan diri dengan baik pula. Begitupun agar kita mampu melaksanakan semua amalan di bulan Ramadhan; sangat penting kita mempersiapkan diri untuk itu. Keberhasilan kita pada bulan Ramadhan akan dipengaruhi sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk menyambutnya.
Rasul saw. dan para Sahabat sangat bersemangat menyambut datangnya bulan Ramadhan. Mereka sangat serius mempersiapkan diri agar bole memasuki bulan Ramadhan dan melakukan segala amalan di dalamnya dengan penuh keimanan, keikhlasan, semangat, giat dan tidak merasakannya sebagai beban.
Berbagai persiapan dilakukan untuk menyambut Ramadhan, tamu yang istimewa ini. Persiapan penting yang harus kita lakukan adalah persiapan mental dan ilmu. Mempersiapkan diri secara mental tidak lain adalah mempersiapkan ruhiah kita serta membangkitkan suasana keimanan dan memupuk spirit ketakwaan kita. Cara paling berkesan adalah dengan memperbanyak amal ibadah. Dalam hal ini, Rasulullah saw. telah memberikan contoh kepada kita semua. Nabi saw. memperbanyak puasa pada bulan Sya’ban. Ummul Mukminin Aisyah ra. menuturkan:
«مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ»
Aku tidak melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan dan aku tidak melihat Beliau lebih banyak berpuasa dibandingkan dengan pada bulan Sya’ban (HR al-Bukhari dan Muslim).
Bahkan Rasulullah saw. menyambung puasa pada bulan Sya’ban itu dengan puasa Ramadhan. Ummul Mukminin Aisyah ra. menuturkan:
«كَانَ أَحَبَّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَصُوْمَهُ شَعْبَانُ ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ»
Bulan yang paling Rasul saw. sukai untuk berpuasa di dalamnya adalah Sya’ban, kemudian Beliau menyambungnya dengan (puasa) Ramadhan. (HR Abu Dawud, an-Nasa’i dan Ahmad).
Beberapa hadis di atas menjelaskan bahwa Rasulullah saw. banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Puasa pada bulan Sya’ban itu demikian penting dan memiliki keutamaan yang besar daripada puasa pada bulan lainnya, tentu selain bulan Ramadhan. Sedemikian penting dan utamanya sampai ‘Imran bin Hushain menuturkan, bahwa Rasul saw. pernah bertanya kepada seorang Sahabat:
«هَلْ صُمْتَ مِنْ سُرَرِ هَذَا الشَّهْرِ شَيْئًا يَعْنِيْ شَعْبَانَ قَالَ لاَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَإِذَا أَفْطَرْتَ مِنْ رَمَضَانَ فَصُمْ يَوْمَيْنِ مَكَانَهُ»
“Apakah engkau berpuasa pada akhir bulan ini (yakni Sya’ban)?” Laki-laki itu menjawab, “Tidak.” Lalu Rasulullah saw. bersabda kepadanya, “Jika engkau telah selesai menunaikan puasa Ramadhan, maka berpuasalah dua hari sebagai gantinya.” (HR Muslim).
Hadis di atas menunjukkan dengan jelas keutamaan puasa sunnah pada bulan Sya’ban. Lalu apa hikmah dari puasa pada bulan Sya’ban itu?
Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah saw.:
«يَا رَسُول اللهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُوْمُ مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان، قَالَ : ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفَلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ»
“Ya Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya’ban.” Rasul menjawab, “Bulan itu (Sya’ban) adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, yaitu bulan di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan itu adalah bulan diangkatnya amal-amal manusia kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amal-amalku diangkat, sementara aku sedang berpuasa.” (HR Abu Dawud dan an-Nasa’i; disahihkan oleh Ibn Khuzaimah).
Rasul saw. juga memposisikan puasa pada bulan Sya’ban itu sebagai persiapan untuk menjalani Ramadhan. Anas ra. menuturkan bahwa Nabi saw. pernah ditanya:
«أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ»
“Puasa manakah yang paling afdhal setelah puasa Ramadhan?” Rasul menjawab, “Puasa Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan.” (HR at-Tirmidzi).
Walhasil, puasa Sya’ban, di samping akan mendapatkan pahala yang besar dan keutamaan di sisi Allah, juga merupakan sarana latihan guna menyongsong datangnya Ramadhan. Al-Hafizh Ibn Rajab mengatakan, “Dikatakan tentang puasa pada bulan Sya’ban, bahwa puasa seseorang pada bulan itu merupakan latihan untuk menjalani puasa Ramadhan. Hal itu agar ia memasuki puasa Ramadhan tidak dengan berat dan beban. Sebaliknya, dengan puasa Sya’ban, ia telah terlatih dan terbiasa melakukan puasa. Dengan puasa Sya’ban sebelumnya, ia telah menemukan lazat dan nikmatnya berpuasa. Dengan begitu, ia akan memasuki puasa Ramadhan dengan kuat, giat dan semangat.”
Para ulama salaf dulu sangat memperhatikan pelaksanaan semua amalan-amalan kebaikan pada bulan Sya’ban. Mereka, sejak memasuki bulan Sya’ban, telah memperbanyak membaca al-Quran, menelaah dan memahami isinya dan men-tadabbur-i kandungannya. Bahkan Habib ibn Abi Tsabit, Salamah bin Kahil dan yang lain menyebut bulan Sya’ban ini sebagai Syahr al-Qurâ.

Wahai kaum Muslim
:
Marilah kita gunakan bulan Sya’ban ini untuk muhasabah diri; sejauh mana kita telah bertindak dan bermuamalah sesuai dengan syariah yang telah Allah turunkan. Sudahkah kita pada bulan ini bergegas mempersiapkan diri guna menyambut datangnya Ramadhan yang sebentar lagi akan tiba? Ataukah kita malah termasuk orang yang melupakan bulan penting ini sebagaimana yang disinggung oleh Rasul saw. dalam hadis di atas?
Saatnyalah kita segera mempersiapkan diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang ada di sekitar kita guna menyongsong datangnya Ramadhan. Caranya adalah dengan memperbanyak puasa serta membaca al-Quran sekaligus menelaah, memahami dan men-tadabbur-i kandungannya. Kita juga harus giat melakukan shalat malam serta memperbanyak sedekah dan amalan-amalan kebaikan lainnya. Agar kita nanti mampu menjalani Ramadhan dengan penuh makna, hendaknya kita pun menyiapkan program-program amal kebaikan yang akan kita lakukan selama bulan Ramadhan.
Lebih dari itu, bulan Ramadhan adalah bulan ketaatan; di dalamnya setiap Muslim dituntut untuk mengikatkan diri dengan seluruh syariah-Nya. Bulan Ramadhan adalah bulan murâqabah. Sebab, shaum (puasa) yang dilakukan di dalamnya mengajari setiap Muslim untuk senantiasa merasa diawasi Allah. Ramadhan juga adalah bulan pengorbanan di jalan Allah. Di dalamnya setiap Muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan haus demi meraih darjat ketakwaan kepada-Nya. Takwa adalah puncak pencapaian ibadah shaum pada bulan Ramadhan. Perwujudan takwa secara individu tidak lain adalah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun perwujudan takwa secara kolektif adalah dengan menerapkan syariah Islam secara total dalam seluruh aspek kehidupan oleh seluruh kaum Muslim. Shaum Ramadhan tentu akan kurang bermakna jika tiada kesinambungan oleh pelaksanaan syariah secara total dalam kehidupan, karena itulah wujud ketakwaan yang hakiki.
Terakhir, guna menambah kerinduan dan semangat kita mempersiapkan diri menyongsong Ramadhan, hendaklah kita mengingat dan merenungkan kembali pesan-pesan Rasul saw. yang pernah Beliau sampaikan pada akhir bulan Sya’ban. Salman al-Farisi menuturkan, bahwa Rasulullah saw. pernah berkhutbah pada akhir bulan Syaban demikian:
Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajiban dan shalat malamnya sebagai sunnah. Siapa saja yang ber-taqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajiban pada bulan yang lain. Siapa saja yang melaksanakan satu kewajiban di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajiban pada bulan lainnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah surga. Ia juga bulan penglibur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. Siapa saja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. Ia akan mendapatkan pahala orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.
Para Sahabat berkata, “Kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa puasa?”
Rasulullah saw. menjawab:
Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka berpuasa meski dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu.
Ramadhan adalah bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Siapa saja yang meringankan hamba sahayanya, Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Perbanyaklah pada dalam Ramadhan empat perkara, dua perkara yang Tuhan ridhai dan dua perkara yang kalian perlukan. Dua perkara yang Tuhan ridhai adalah kesaksian Lâ ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh dan permohonan ampunan kalian kepada-Nya. Adapun dua perkara yang kalian butuhkan adalah: kalian meminta kepada Allah surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka. (HR Ibn Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi di dalam Syu’âb al-Imân).
Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb. []

AGAR AMAL RAMADHAN TERUS TERJAGA

Orang yang memahami indahnya bulan Ramadhan tentu akan merasa sangat gembira ketika bulan yang penuh berkah itu tiba dan akan sangat sedih ketika berakhir.
Di sepanjang bulan Ramadhan umat Islam cenderung bersemangat melakukan kebaikan. Selain puasa, mereka juga menjalankan kegiatan ibadah lainnya seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lainnya. Masjid-masjid penuh. Kajian-kajian Islam dilaksanakan di mana-mana. Hal ini karena memang Allah Swt. menjanjikan pahala yang berlipat selama bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan, Allah yang Maha Pemurah menjadi lebih pemurah lagi.
Salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah Allah Swt. membuka peluang lebar-lebar bagi kita untuk membersihkan dosa dan kesalahan yang selama ini dilakukan. Syaratnya, kita melaksanakan puasa Ramadhan dengan landasan iman dan ikhlas serta tidak melakukan dosa-dosa besar. Tentang hal ini, Nabi saw. Menyatakan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Siapa saja yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan landasan iman dan ikhlas, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Ahmad).
Bulan Ramadhan disebut juga bulan riyâdhah. Selama sebulan ini umat Islam terus-menerus ditempa jiwa dan karakternya untuk menjadi peribadi yang mulia, yakni peribadi yang memiliki kemahuan untuk taat dan optimisme hidup, karena senantiasa dalam ampunan Allah dan juga sesungguhnya kemahuan untuk meraih kejayaan. Agar suasana Ramadhan tetap terjaga tidak berlalu begitu saja, maka suasana dan semangat ibadah harus terus dipelihara. Aktiviti yang boleh dilakukan selepas Ramadhan bersama keluarga, agar semangat ibadah dan suasana Ramadahn tetap terjaga, antara lain adalah:
  • 1. Membiasakan shalat berjamaah di masjid.
Selama bulan Ramadhan hampir setiap masjid dipenuhi dengan jamaah. Apalagi pada awal bulan Ramadhan. Tidak hanya shalat tarawih, tetapi juga shalat wajib lima waktu. Kajian keagamaan juga diselenggarakan saat istirahat siang yang di luar bulan Ramadhan biasanya digunakan untuk istirahat dan makan siang. Selepas Ramadhan suasana seperti ini seharusnya harus terus dijaga, bukan ditinggalkan tetapi semakin perlu ditingkatkan. Masjid menjadi tempat yang sangat baik untuk anak belajar mengenal banyak hal tentang hidup bermasyarakat. Di antaranya adalah tatacara untuk memasuki masjid, adab duduk di masjid, menjaga kebersihan masjid, tenang di dalamnya serta khusyuk dalam melaksanakan shalat. Seringnya anak ke masjid akan mendorong hatinya untuk menyatu dan terpaut dengan masjid.

  • 2. Membiasakan puasa sunat Isnin - Khamis.
Puasa adalah ibadah terpenting selama bulan Ramadhan yang tidak boleh ditinggalkan kecuali ada uzur syar‘i. Sebulan berpuasa rasanya cukup untuk melatih diri sekaligus menjaga kesihatan. Dilihat dari sudut keishatan, ternyata tubuh kita juga perlukan istirehat. Ternyata banyak penyakit yang berkembang saat ini banyak disebabkan karena pola atau perilaku makan yang tidak sihat dan seimbang. Selepas Ramadhan, akan sangat bagus jika dilanjutkan dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal, kemudian dirangkai dengan puasa sunat Isnin-Khamis.

  • 3. Membiasakan solat malam.
Solat sunat yang selama bulan Ramadhan dijalankan penuh dengan terawih di masjid, sejatinya cukup untuk melatih di hari berikutnya dengan solat tahajud. Apakah mungkin melatih anak-anak untuk bangun di tengah malam solat tahajud? Mengapa tidak. Sesungguhnya melatih anak-anak untuk menghidupkan sebagian malam dengan solat tahajud adalah sangat baik. Apalagi setelah puasa berlalu anak-anak sudah terbiasa bangun untuk makan sahur. Para ulama memandang bahwa solat malam dapat membantu seseorang dalam memikul tugas-tugasnya yang berat, mempersiapkan berkorban, melatih kesabaran, konsisten dan menumbuhkan sikap istiqamah dalam berdakwah. Untuk memotivasi anak agar mudah bangun pada malam hari untuk solat, ceritakan kepada mereka pahala solat ketika orang lain sedang tidur. Jelaskan tentang keutamaan menghidupkan malam sebagai pengabdian dan ketaatan kepada Allah Swt.

  • 4. Membiasakan bersedekah.
Bulan Ramadhan biasanya dijadikan juga sebagai bulan untuk banyak bersedekah, baik melalui infak ataupun zakat (fitrah dan mal). Sesungguhnya kebiasaan ini harus terus dijaga karena orang yang memerlukan huluran tangan tidak hanya pada bulan Ramadhan. Bersedekah merupakan pemberian dari seorang Muslim secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi waktu dan jumlah. Dari segi bentuknya, sedekah sesungguhnya tidak dibatasi pemberian dalam bentuk wang, tetapi sejumlah amal kebaikan yang dilakukan seorang Muslim. Bersedekah pada bulan Ramadhan mempunyai nilai pahala yang sangat tinggi. Kata Nabi saw. (yang artinya): Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan. (HR at-Tirmidzi).
Bersedekah, selain merupakan cabang ibadah, juga boleh digunakan untuk melatih sikap simpati anak pada orang lain. Simpati bererti menempatkan diri seolah-olah menjadi seperti orang lain. Rasa simpati pada anak harus diasah. Banyak segi positif jika kita mengajari anak bersimpati. Mereka tidak akan agresif; mereka akan senang membantu orang lain. Rasulullah pun sangat menekankan pentingnya mengembangkan sikap simpati ini. Gambaran orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi, dan saling bersimpati di antara sesama mereka adalah laksana satu tubuh; jika ada sebagian dari anggota tubuh yang sakit maka seluruh anggota tubuh akan ikut merasakan sakit.
Melatih anak bersimpati bisa dimulai sejak anak usia 2 tahun, saat mereka sudah mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Biasanya dari hal-hal yang sederhana. Contoh, ketika anak sedang makan dan di sampingnya ada orang, maka ajarilah anak untuk menawarkan makanannya. Dengan begitu anak terbiasa berkongsi makanan dan peduli pada orang lain. Agar anak-anak gemar bersedekah sebagai wujud rasa simpatinya kepada orang lain, anak dapat dimotivasi melalui hadis dan ayat-ayat yang berbicara tentang sedekah, cerita-cerita sahabat Rasulullah yang gemar menafkahkan hartanya, atau dengan memberikan contoh langsung kepada mereka.

  • 5. Membiasakan bertadarrus al-Quran.
Selain puasa, tadarus al-Quran juga merupakan ibadah yang rutin dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Bahkan akhir Ramadhan biasanya dijadikan sebagai waktu untuk khatam al-Quran. Kalau pada bulan Ramadhan sehari bisa bertadarus sebanyak 1 juz, mestinya begitu juga setelah Ramadhan. Semangat mengkhatamkan al-Quran selama 1 bulan sudah semestinya harus dijaga. Lakukan bersama anak-anak yang sudah lancar membaca. Sertai juga dengan mengkajinya beberapa ayat agar terjadi peningkatan pemahaman. Betapa Islam memberikan penghargaan yang luar biasa untuk orang yang belajar al-Quran.
Kepada anak, bimbing dan doronglah agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Ibubapa perlu menjadi contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, utamanya di pagi hari usai shalat subuh atau usai shalat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Kepada anak-anak yang belum bisa membaca, ajaklah untuk bersama-sama mendengarkan abang dan kakak yang sedang membaca al-Quran. Orangtua wajib mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika satu membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkah.

  • 6. Melanjutkan semangat syiar Ramadhan dengan berdakwah.
Ramadhan sinonim dengan ketakwaan. Ketakwaan bermakna ketaatan kepada ketentuan-ketentuan Allah dalam segala aspek. Inti dari takwa sejatinya adalah kesediaan seorang Muslim untuk tunduk dan patuh pada hukum Allah; meninggalkan yang dilarang dan melakukan yang diperintahkan. Selama bulan Ramadhan secara ruhiah kita telah dilatih untuk meningkatkan ketundukan atau ketaatan itu. Lihat saja, pada bulan biasa kita boleh makan dan minum pada siang hari. Namun, pada bulan Ramadhan semua itu dilarang dan ternyata bisa dilakukan. Artinya, dengan kemahuan yang besar, sesungguhnya melaksanakan hukum Allah atau syariah Islam itu tidak sulit. Jika puasa Ramadhan dihayati benar, selepas bulan Ramadhan setiap Muslim memang mestinya menjadi lebih bertakwa. Artinya, lebih gigih melaksanakan syariah Islam, melakukan semua kewajiban dan meninggalkan semua larangan. Nah, semangat yang berakar pada ketakwaan kepada Allah Swt. seperti inilah yang harus terus dijaga sehingga setiap Muslim tidak akan rela melihat kemaksiatan di tengah-tengah masyarakat dengan melakukan dakwah untuk kemuliaan Islam.