Monday, December 1, 2008

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI


Begitulah perumpamaannya. Pada hari Isnin, 24 November 2008 adalah hari terakhir Cikgu Norhapipah bertugas di Tadika Pintar Bistari. Dari seorang guru tadika yang tak tahu apa-apa tentang pendidikan awal kanak-kanak hinggalah ke tahap menjadi seorang guru yang cukup berpengalaman walaupun hanya berada di tadika ini selama 5 tahun. Berkat kesungguhan beliau, belajar sesuatu yang baru tanpa jemu, rasa tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan dan tidak mudah putus asa, beliau berjaya menaikkan nama Tadika Pintar Bistari di kawasan Taman Kota Masai sehingga kepada tahap yang ada sekarang ini.
Pada Disember 2003, Cikgu Nor ditukarkan dari cawangan Taman Rinting untuk memikul tanggungjawab sebagai Guru Besar cawangan Taman Kota Masai. Pada pengambilan tahun 2004, hanya 30 orang murid sahaja yang belajar di sini dan setiap tahun jumlah pelajar semakin meningkat sehingga membolehkan 2 bangunan digunakan di Jalan Pulasan 41.
Dek kerana 2 bangunan ini masih tidak boleh menampung permintaan ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka, cawangan Kota Masai (2) dibuka di Jalan Pulasan 35 pada tahun 2008. Semuanya ini atas usaha keras semua guru-guru diketuai oleh Cikgu Nor walaupun guru saling bertukar ganti. Cikgu Nor berhenti kerana mengikut suami ke Muar. Semoga Cikgu Nor berbahagia di samping suami dan doa kami cepat-cepatlah dapat baby ye!! Semoga pengalaman berharga di Tadika Pintar Bistari tidak dipersia-siakan dan kalau ada rezeki, bukalah sebuah tadika sendiri di sana ya!!!
Patah tumbuh hilang berganti, tetapi yang datang tidak akan sama dengan yang pergi........
Semoga sukses hendaknya. Salam sayang dari kejauhan..

1 comment:

  1. Saya ingin meminta kepada cikgu supaya tanya lah cikgu yang pindah tu kenal tak saya sape. wan haffzan putri..

    ReplyDelete