Alhamdullilah dan syukur ke hadrat Illahi, dengan keizinannya program Sesi penerangan K1 & Kaedah Pengajaran Bacalah Anakku bagi sesi 2009 berjalan dengan lancarnya. Program ini diadakan pada 15 Feb (Ahad ) dan bertempat di Ballroom, TS Hotel.
Sambutan daripada ibubapa agak menggalakkan. Penyertaan ibubapa seramai 97 orang. Melalui program ini, ibubapa boleh mengetahui bagaimana bagi teknik pengajaran bacaan Bacalah Anakku yang lebih berkesan dan juga dapat berkongsi pengalaman masing-masing.
Program ini dimulakan dengan sesi taklimat dan post-mortem K1 "Sebulan Berlalu" yang dibentangkan oleh Pn Shawariah. Diikuti dengan slot Sesi penerangan pengajaran Bacalah Anakku yang dibentangkan oleh Pn Siti Norhafizah dan Pn Suhaila.
Reaksi dan respon ibubapa amat membanggakan. Kami, guru-guru berasa terharu di atas keperihatinan ibubapa untuk menghadiri program terbabit.
Antara topik yang menarik dibincangkan ialah :
1) Perbezaan kaedah pengajaran Bac.Anakku ibubapa di rumah dan guru di sekolah.
2) Kekeliruan cara menulis huruf dengan betul ( A hingga Z ).
3) Masalah-masalah berkaitan murid di rumah & di tadika.
4) Cara pendekatan dengan anak-anak lebih efektif.
Alhamdulillah, setelah program ini dilaksanakan, telah terbukti ibubapa yang mengikuti program ini telah berjaya mengajar mengikut teknik yang telah diberikan. Pihak Tadika mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah kepada ibubapa yang sanggup meluangkan masa untuk menghadiri program ini.
Semoga keikhlasan tuan/puan mendidik anak akan membuahkan hasil dan mendapat keredhaan dari Allah.
Setelah guru-guru bertungkus-lumus menjayakan program ini, kami menjamu selera di TS Hotel.. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zainun.. Terima kasih daun keladi..lain kali belanja lagi..
salam...tahniah atas usaha yang dilaksanakan oleh tenaga pendidik pintar bistari.
ReplyDeletealhamdulillah, hasil dari bengkel ini, saya dapat seiring dgn para guru untuk mengajar anak sy membaca.
cuma nya disini...saya ingin komen sedikit berkenaan penggunaan istilah "anak yang bermasalah".
objektif bengkel ini untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu bapa bagaimana cara menggunakan program bacalah anakku.
oleh itu jangan lah kerana kita yg dewasa tidak arif tentang program tersebut, yang menyebabkan kepayahan dalam aktiviti mengajar mereka, maka anak-anak pula yang dilabelkan sebagai masalah.
saya berharap, penulis dapat menggunakan istilah atau bahasa yang lebih berhemah dan positif tentunya.