Sunday, January 31, 2010

TAHNIAH DAPAT BABY

Buat Teacher Baizura di Tmn. Scientex (1) dan suaminya Wan , tahniah kerana dapat baby yang ke-2 maghrib tadi. Walaupun tak cukup bulan, tetapi baby dan ibunya selamat. Selamat berehat (berpantang) 2 bulan, dan semoga sabar melayan kedua-dua hero ini.
Bagi Teacher Anita (TS2) & Teacher Suhaila tu, sabarlah2lah tunggu turn anda berdua pula ya!!!!
Nampaknya makin bertambahlah warga TPB.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah buat Teacher Siti Adzura Bt. Hj. Sam dan pasangannya Mohd. Hamka Bt. Hj. Husin yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu, 30 Januari 2010. Sebelum ke Taman Mawar, Teacher Adzura pernah mengajar di Tmn. Scientex (1) dan Tmn. Kota Masai (1). Kami di TPB berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar ketakwaan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Thursday, January 28, 2010

Dia dijemput olehNya

Di dapur pagi tadi, sedang ana menyiapkan makan tengahari, airmata berjuraian. Bukan kerana mata termasuk lada waktu memasak atau bahang bawang yang dihiris tetapi kerana teringatkan cerita malam tadi.

Nini: Ibu, Hanafi meninggal....
Ana: Hanafi mana? sahut ana dari dalam bilik
Nini: Hanafi kawan abang tu. Ni adik baca dari blog kawan abang ni....Sambil dia membacakan cerita dari dalam blog tu...
Berderau darah ana. Hanafi kawan baik Allahyarham juga telah dijemput olehNya.
Ana: Bila tu? Ana inginkan kepastian
Nini: 22hb lepas. Hari Jumaat.
Ana imbas ingatan hari Jumaat lepas. Dapat call dari Teacher Alin mengatakan lambat ke TKM1 kerana jalan jam teruk. Waktu tu pula hari hujan.

Allahyarham Hanafi, anak yang baik. Sekiranya terdapat aktiviti di sekolah, allahyarham akan dibawa ke rumah kami. Sambil-sambil makan tengahari, kami bertiga bercerita sambil menasihati anak-anak remaja ini. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu ana pulang ke Malaysia dari Yaman mengambil Allahyarham Shafiq. Beliau meminta  ana tolong hantarkan Allahyarham Hanafi mendaftar Form 6 di SMKPG2.
Sewaktu pemergian Allahyarham Shafiq, kelibat Allahyarham Hanafi tak kelihatan. Mungkin tak tahu cerita, fikir ana waktu itu.
Dikelas 5 AF SMPG, mereka bertiga saja murid lelaki yang masih stay di kelas tersebut. 2 telah pergi meninggalkan dunia ini. Benarlah firman Allah SWT,
Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukan (nya)......TQS Yunus (10):49

Anak-anakku, tenanglah kamu di alammu. Insyaallah, ibumu ini akan menjejakimu jua suatu hari nanti. Doa ibumu ini tidak akan putus-putus untuk kamu berdua selepas solat selagi hayat di kandung badan.
Sesungguhnya Allah menyayangi kamu lebih dari kami menyayangi kamu...





Sunday, January 24, 2010

MEMBUKA LEMBARAN 2010

GAMBAR DI PAGI HARI WUKUF DI PADANG ARAFAH 
Bulan Islam telah memasuki bulan safar, bulan masihi hampir menamatkan bulan Januari. Dah sebulan lebih kami balik dari mengerjakan haji. Begitu pantas waktu meninggalkan kita. Tanpa disedari, dah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Bagi yang sentiasa mengikuti blog ini, mungkin agak upset kerana cerita tak ada yang baru. Sebenarnya terlalu banyak cerita-cerita yang perlu dikongsi bersama. Tentang kehidupan, tentang Islam dan macam-macam lagi. Kekangan waktu kekadang membuatkan ana terpaksa mencari yang lebih penting. Keluarga.
Sepetang ana mengadap laptop untuk kemaskini gambar-gambar kelas sesi 2010. Alhamdulillah, ibubapa dah boleh melihat gambar-gambar anak mereka. Comel-comel dan bersih sekali wajah mereka, apatah lagi kalau yang dah diajar bertudung tu. Juga gambar-gambar yang diambil sewaktu program pra-tadika dan hari pertama persekolahan pada 31 Disember 2009 lepas. 
Cuma ana masih berhutang gambar murid 6 tahun 2009 yang masih lagi pending hingga sekarang. Bukan sengaja mendiamkan diri cuma bila tiada jawapan dari pihak ketiga, jadi jawapan yang diberikan adalah "kita akan telefon bila gambar dah siap nanti"
Pihak ketiga telah dapat dihubungi minggu ini dan pastinya gambar bagi cawangan Taman Mawar akan dapat diedarkan dalam akhir minggu depan. Cawangan yang lain-lain tu, akan diedarkan secara berperingkat-peringkat dan ana sendiri pun mahu perkara ini diselesaikan secepat yang mungkin.
Insyaallah, ibubapa akan mendapat surat dari ana untuk mengetahui kedudukan gambar anak-anak mereka dalam masa yang terdekat ini.
Semoga ana diberikan kekuatan di dalam apa jua keadaan. Amin