Di dapur pagi tadi, sedang ana menyiapkan makan tengahari, airmata berjuraian. Bukan kerana mata termasuk lada waktu memasak atau bahang bawang yang dihiris tetapi kerana teringatkan cerita malam tadi.
Nini: Ibu, Hanafi meninggal....
Ana: Hanafi mana? sahut ana dari dalam bilik
Nini: Hanafi kawan abang tu. Ni adik baca dari blog kawan abang ni....Sambil dia membacakan cerita dari dalam blog tu...
Berderau darah ana. Hanafi kawan baik Allahyarham juga telah dijemput olehNya.
Ana: Bila tu? Ana inginkan kepastian
Nini: 22hb lepas. Hari Jumaat.
Ana imbas ingatan hari Jumaat lepas. Dapat call dari Teacher Alin mengatakan lambat ke TKM1 kerana jalan jam teruk. Waktu tu pula hari hujan.
Allahyarham Hanafi, anak yang baik. Sekiranya terdapat aktiviti di sekolah, allahyarham akan dibawa ke rumah kami. Sambil-sambil makan tengahari, kami bertiga bercerita sambil menasihati anak-anak remaja ini. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu ana pulang ke Malaysia dari Yaman mengambil Allahyarham Shafiq. Beliau meminta ana tolong hantarkan Allahyarham Hanafi mendaftar Form 6 di SMKPG2.
Sewaktu pemergian Allahyarham Shafiq, kelibat Allahyarham Hanafi tak kelihatan. Mungkin tak tahu cerita, fikir ana waktu itu.
Dikelas 5 AF SMPG, mereka bertiga saja murid lelaki yang masih stay di kelas tersebut. 2 telah pergi meninggalkan dunia ini. Benarlah firman Allah SWT,
Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukan (nya)......TQS Yunus (10):49
Anak-anakku, tenanglah kamu di alammu. Insyaallah, ibumu ini akan menjejakimu jua suatu hari nanti. Doa ibumu ini tidak akan putus-putus untuk kamu berdua selepas solat selagi hayat di kandung badan.
Sesungguhnya Allah menyayangi kamu lebih dari kami menyayangi kamu...
No comments:
Post a Comment