Yang seronoknya bila ada saranan agar diadakan pertandingan sempoa peringkat ibubapa. Insyaallah, saranan ini akan diambil kira dan jika mencukupi kuota, akan diadakan bersama-sama dengan Pertandingan Mental Aritmetik pada bulan September nanti. Dalam masa yang sama, bolehlah praktis sempoa hingga cekap agar nanti boleh lawan dengan anak-anak pulak ya!!
Friday, February 12, 2010
"CLICK ZERO BUTTON... "
Tuesday, February 9, 2010
APA KATA MEREKA...
7 Februari 2010
Alhamdulillah, program bersama ibubapa iaitu Sesi Penerangan K1 dan Kaedah Bacalah Anakku yang bertempat di TS Hotel telah berjalan dengan lancarnya.
Program dihadiri oleh hampir 80 orang dan yang bestnya, kaum bapa juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam program ini demi pembelajaran anak-anak. Tahniah buat mereka semua.
Program dimulakan dengan post-mortem "Sebulan Berlalu" iaitu berkenaan dengan permasaalahan yang dilalui oleh pihak tadika sepanjang bulan Januari bersama-sama anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan. Slot ini dibuat oleh Teacher Siti Rugayah.
Selepas kudapan pagi, barulah penerangan tentang kaedah dan teknik-teknik pengajaran Bacalah Anakku di mana Teacher Alin dan Techer Fiza bergabung tenaga memberi penerangan serta dibantu dan ditokok tambah oleh sifu TPB, Cikgu Tamizi.
Di akhir program, beginilah kata mereka....
"Sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mengajar anak di rumah cara pembelajaran Bacalah Anakku yang betul" ~ Pn. Azura Abdulllah (Ibu Nur Atiqah cawangan Tmn. Rinting)
"Mantap dan memberi idea baru kepada ibubapa mengajar anak-anak di rumah dengan lebih baik" ~ Pn. Nor Saparlela (Ibu Muhd. Naufal Mustaqim cawangan Tmn. Mawar 2)
"Menepati kehendak pembelajaran yang diperlukan ibubapa dalam mmendidik anak-anak di rumah ~ En. Khairussyakirin (Bapa Nur Aliya Natasha cawangan Tmn. Scientex)
"Penyampaian yang menarik dan membantu ibubapa melaksanakan latihan Bacalah di rumah ~ Pn. Hanna Hayzalina (Ibu Faqihul Hazim cawangan Tmn. Mawar 1)
"Padat dengan ilmu dan dapat berkongsi pendapat dan pandangan'" ~ Pn. Farah Fadzilah (Ibu Ainna Haziqa cawangan Tmn. Mawar)
Tuesday, February 2, 2010
WOW, SERONOKNYA MEREKA!!!!!
Bila melihatkan gambar-gambar ini, terbayang keseronokan yang teramat sangat bila tiba waktu renang. Hari ini adalah hari pertama aktiviti renang dalam tahun 2010 di TM1, TKM1 & TS1.
Walaupun tidak sampai kepada mahir berenang tetapi aktiviti bermain air ini amat bermakna bagi anak-anak ini dan merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh mereka setiap bulan. Walau demam sekalipun, mereka akan ke tadika juga....tak nak miss berenang.
Apatah lagi kalau cuaca panas macam hari ini, berendam dalam air amat-amat menyegarkan.... dan membuatkan cikgu-cikgu pun jealous semacam aje....kalau boleh nak berendam sama tu....
Subscribe to:
Posts (Atom)