7 Februari 2010
Alhamdulillah, program bersama ibubapa iaitu Sesi Penerangan K1 dan Kaedah Bacalah Anakku yang bertempat di TS Hotel telah berjalan dengan lancarnya.
Program dihadiri oleh hampir 80 orang dan yang bestnya, kaum bapa juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam program ini demi pembelajaran anak-anak. Tahniah buat mereka semua.
Program dimulakan dengan post-mortem "Sebulan Berlalu" iaitu berkenaan dengan permasaalahan yang dilalui oleh pihak tadika sepanjang bulan Januari bersama-sama anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan. Slot ini dibuat oleh Teacher Siti Rugayah.
Selepas kudapan pagi, barulah penerangan tentang kaedah dan teknik-teknik pengajaran Bacalah Anakku di mana Teacher Alin dan Techer Fiza bergabung tenaga memberi penerangan serta dibantu dan ditokok tambah oleh sifu TPB, Cikgu Tamizi.
Di akhir program, beginilah kata mereka....
"Sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mengajar anak di rumah cara pembelajaran Bacalah Anakku yang betul" ~ Pn. Azura Abdulllah (Ibu Nur Atiqah cawangan Tmn. Rinting)
"Mantap dan memberi idea baru kepada ibubapa mengajar anak-anak di rumah dengan lebih baik" ~ Pn. Nor Saparlela (Ibu Muhd. Naufal Mustaqim cawangan Tmn. Mawar 2)
"Menepati kehendak pembelajaran yang diperlukan ibubapa dalam mmendidik anak-anak di rumah ~ En. Khairussyakirin (Bapa Nur Aliya Natasha cawangan Tmn. Scientex)
"Penyampaian yang menarik dan membantu ibubapa melaksanakan latihan Bacalah di rumah ~ Pn. Hanna Hayzalina (Ibu Faqihul Hazim cawangan Tmn. Mawar 1)
"Padat dengan ilmu dan dapat berkongsi pendapat dan pandangan'" ~ Pn. Farah Fadzilah (Ibu Ainna Haziqa cawangan Tmn. Mawar)
No comments:
Post a Comment