Beberapa video Upin & Ipin telah di uploadkan ke dalam blog Tahukah Adik-adik.
Sila ke link berikut untuk mengikut cerita-ceritanya. Semoga anak-anak terhibur di hujung minggu ini.
Selamat menonton!!
Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
LAGU KANAK-KANAK
Ana baru saja download 3 buah lagu untuk anak-anak. Pasti mereka menyukainya sebagaimana ana sendiri, sebagai orang dewasa menyukai lagu-lagu ini terutama lagu Bismillah.
Masyaallah, cukup menarik dan bagi ana, lagu merupakan salah satu cara mendidik anak-anak mengenal Islam.
Disamping pendidikan yang diberi oleh ibubapa di rumah.
Pujian kepada Hamba Allah yang mengusahakan video ini. Semoga diberkati segala usaha.
SHARING IS CARING
KEMPEN BERMULA...
Kempen piliharaya? Bukan...PRU 13 lambat lagi.
Sebenarnya TPB sedang menjalankan KEMPEN 1MURID 1 BUKU sepanjang bulan Ogos ini.
Ibubapa digalakkan menyedekahkan buku cerita untuk menambahkan koleksi perpustakaan mini tadika. Buku yang disedekahkan boleh saja dalam B.Malaysia, B.Inggeris ataupun Jawi.
Anak-anak kita telah ramai yang boleh membaca. Jadi buku yang dapat dikumpulkan ini, mudah-mudahan akan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak yang lain juga. Buku yang disedekahkan, jika yang baru ok juga. Sekiranya yang re-cycle, tak ada masalah. Asalkan dalam keadaan yang baik, tidak koyak dan tidak berconteng.
Sila rujuk surat makluman Ogos untuk keterangan lanjut.
AYUH IBU-IBU, BAPA-BAPA, JAYAKAN KEMPEN 1MURID, 1BUKU
Semoga usaha ini mendapat redha Allah. AMIN
LAWATAN KE PAPG DITUNDA
Kepada semua ibubapa murid K2
Lawatan yang dijadualkan dijalankan sepanjang minggu ini di semua cawangan terpaksa ditunda memandangkan pihak PAPG kekurangan tenaga kerja. Menurut pihak PAPG, tenaga kerja mereka dikehendaki menghadiri kursus induksi dan maklumat tentang ini diberitahu pada saat-saat akhir.

Lawatan dijangka akan diadakan pada bulan Oktober nanti memandangkan aktiviti yang padat pada Semester 2 ini dan jadual mutakhir akan dimaklumkan kepada semua ibubapa dalan SURAT MAKLUMAN BULANAN.
Ana bagi pihak wargakerja TPB meminta maaf banyak-banyak kerana surat penundaan lawatan ini tidak dapat diedarkan kepada murid-murid K2 kerana kesuntukan masa.
Kesulitan yang berlaku amat dikesali. Sekian

Thursday, July 22, 2010
JOHAN BERCERITA 2010
Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri Pertandingan Uji Minda & Bercerita yang lepas, silalah ikuti cerita upin & Ipin ini......
Monday, July 19, 2010
PERTANDINGAN UJI MINDA & BERCERITA 2010
Tarikh: 18 Julai 2010 (Ahad)
Waktu: 8.30 ~ 11.30 pagi
Program pagi ini dirasmikan oleh Pengerusi TPB, Tn. Hj. Ahamed Tamizi b. Osman. Antara isi kandungan ucapan adalah tentang kesungguhan anak-anak dalam menyertai pertandingan ini yang memberikan satu pengalaman baru kepada mereka berada di atas pentas, berdepan dengan audien yang ramai serta penuh yakin dalam menjawab soalan.
Pujian juga diberikan kepada para peserta bercerita yang bertambah pada tahun ini kepada 12 orang dan paling ramai jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Mereka bercerita dengan penuh yakin, ditambah dengan gaya dan kostum yang menarik. Beliau juga menyarankan agar potensi anak-anak ini dikembangkan lagi di dalam menghafal ayat-ayat Quran dan Sirah Nabi.
Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa di sesetengah cawangan, pendaftaran untuk sesi pagi telah ditutup dan berharap agar para ibubapa menwar-warkan kepada rakan-rakan @ jiran untuk membuat pendaftaran untuk sesi petang seawal mungkin agar tidak kecewa kerana tempat adalah terhad.
Mari kita lihat sebahagian dari gambar-gambar sepanjang pertandingan berlangsung.
Sebahagian perserta pertandingan ujiminda yang menunggu giliran naik ke pentas bersama-sama guru pengiring.
Sebahagian para peserta bercerita bersama kostum menarik

Guru-guru pembaca soalan
Peserta di atas pentas diperkenalkan kepada audien
Para pengadil ujiminda dan bercerita dari kalangan ibu-ibu murid
Para peserta bercerita
Juara dengan cerita UPIN & IPIN oleh Adik Afif Farhan (TS2)
Naib johan Adik Nur Nisa Farhana (TKM1) dengan cerita Puteri Salji & 7 orang kerdil
Ketiga Adik Noor Zalikha Batrisya (TM1) dengan cerita Puteri Beradu
Yang berjaya ke peringkat saringan
Dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian oleh murid-murid cawangan Tmn. Scientex 1 bertajuk Madu & Racun
Peserta peringkat akhir
Guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program.
RAPTAI PENUH
Sudah menjadi kebiasaan, sebelum sesuatu program berjalan, raptai penuh akan diadakan bagi memberikan gambaran perjalanan program tersebut kepada semua anak-anak yang mengambil bahagian. Raptai penuh ini juga bertujuan untuk melihat segala kelemahan dan ianya perlu diperbaiki bagi memastikan program berjalan dengan lancar pada keesokan harinya.
Raptai dimulakan jam 2.30 petang di Dewanraya Masai dan ramai ibubapa juga turut hadir untuk memberikan semangat pada anak-anak mereka. Agak-agaknya kalau tak ada raptai ni, bagaimanalah agaknya ya....almaklum ajelah, dengan anak-anak!
Usai raptai, post-mortem dijalankan oleh Pengarah program, Pn. Suhaila
"Akak nak semua berada di posisi masing dan bertindak seperti dalam kertaskerja program. Hari ni kita malu tak ape, jangan esok kita malu sebab program kucar-kacir", katannya tegas.
Then, backdrop dilekatkan wording sebelum dinaikkan.
Dan backdrop pun dinaikkan. Mujurlah ada superman membantu.
Hasilnya, inilah backdrop yang diusahakan bersama oleh guru-guru TKM 1 & 2 bertajuk Peterpen & Friends
Dan hadiah-hadiahpun siap disusun. Menunggu esok untuk diberikan kepada semua peserta.
DAH SEBULAN BERLALU...
A..Ah, dah sebulan berlalu dan blog ana dah bersawang.
"Mujur blog ibu tak de spider", kata Nana sambil buat ulangkaji sebab esok nak ujian di SKTR2.
"Blog kakak dan adik juga dah lama tak update kan?", ana membalas balik sebab biasanya mereka akan update blog mereka pada hujung minggu.
Hujung minggu lepas, Sabtu dan Ahad, TPB berprogram tahunan iaitu PERTANDINGAN UJI MINDA & BERCERITA.
Ikutilah ceritanya nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)