Tarikh: 18 Julai 2010 (Ahad)
Waktu: 8.30 ~ 11.30 pagi
Program pagi ini dirasmikan oleh Pengerusi TPB, Tn. Hj. Ahamed Tamizi b. Osman. Antara isi kandungan ucapan adalah tentang kesungguhan anak-anak dalam menyertai pertandingan ini yang memberikan satu pengalaman baru kepada mereka berada di atas pentas, berdepan dengan audien yang ramai serta penuh yakin dalam menjawab soalan.
Pujian juga diberikan kepada para peserta bercerita yang bertambah pada tahun ini kepada 12 orang dan paling ramai jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Mereka bercerita dengan penuh yakin, ditambah dengan gaya dan kostum yang menarik. Beliau juga menyarankan agar potensi anak-anak ini dikembangkan lagi di dalam menghafal ayat-ayat Quran dan Sirah Nabi.
Di akhir ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa di sesetengah cawangan, pendaftaran untuk sesi pagi telah ditutup dan berharap agar para ibubapa menwar-warkan kepada rakan-rakan @ jiran untuk membuat pendaftaran untuk sesi petang seawal mungkin agar tidak kecewa kerana tempat adalah terhad.
Mari kita lihat sebahagian dari gambar-gambar sepanjang pertandingan berlangsung.
Sebahagian perserta pertandingan ujiminda yang menunggu giliran naik ke pentas bersama-sama guru pengiring.
Sebahagian para peserta bercerita bersama kostum menarik

Guru-guru pembaca soalan
Peserta di atas pentas diperkenalkan kepada audien
Para pengadil ujiminda dan bercerita dari kalangan ibu-ibu murid
Para peserta bercerita
Juara dengan cerita UPIN & IPIN oleh Adik Afif Farhan (TS2)
Naib johan Adik Nur Nisa Farhana (TKM1) dengan cerita Puteri Salji & 7 orang kerdil
Ketiga Adik Noor Zalikha Batrisya (TM1) dengan cerita Puteri Beradu
Yang berjaya ke peringkat saringan
Dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian oleh murid-murid cawangan Tmn. Scientex 1 bertajuk Madu & Racun
Peserta peringkat akhir
Guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program.
No comments:
Post a Comment