Wednesday, August 18, 2010

SESI FOTOGRAFI

2 minggu lepas, sesi fotografi kelas (keseluruhan) dan individu (6 tahun) telah dijalankan di semua cawangan. Alhamdulillah semua guru dan murid telah memberikan kerjasama yang baik dalam sesi ini. Cuma untuk sesi bergambar individu, ada beberapa orang murid yang tidak hadir kerana sakit, jadi terpaksalah ana mencari waktu lain untuk diambil gambarnya. 
Dan ada juga ibubapa yang terlepas pandang surat makluman sehingga ada yang masih memakaikan pakaian senaman kepada anak-anak pada hari tersebut. Jadi terpaksalah cikgu pinjamkan uniform kawan hanya untuk sesi fotografi ini saja. 
Dan ada ibu-ibu yang teruja, dari rumah lagi dah 'lipstick' kan bibir anak perempuan mereka. Merah gitu!
Jom kita lihat aksi-aksi mereka ini.

DI CAWANGAN TAMAN KOTA MASAI 2
"Ikut giliran masing-masing tau!"; ujar Teacher Mira
Tak muatlah topi dan kepala ni. Kita tukar topi yang lain ya!

Scroll pegangnya begini!


Dah sedia? Senyumlah sikit!

Pegang kuat-kuat scroll ni ya!
Saya dah sedia cikgu!
  
DI CAWANGAN TAMAN RINTING
Masing-masing tak sabar nak memakai jubah konvo!
Insyaallah, inilah hasilnya nanti.

Gambar kelas K1
Gambar kelas & individu K2

No comments:

Post a Comment