Cuti umum yang diisytiharkan pada 31-12-2010 akan digantikan pada 21-01-2011 (Jumaat) nanti. Kebetulan 20-01-2011 adalah cuti umum juga (Hari Thaipusam), jadi cuti 31-12-2010 akan diberikan pada hari berikutnya. Jadi dapatlah cuti panjang sikit (4 hari termasuk Sabtu & Ahad).
Sila rujuk surat makluman yang akan diedarkan pada hari esok kepada semua murid.
Thursday, December 30, 2010
Wednesday, December 15, 2010
SUDAH 2 MINGGU...
Ya, sudah 2 minggu tidak men 'update' blog ini. Banyak cerita yang hendak dikongi bersama. Walaupun anak-anak sedang dalam mood bercuti, tetapi tinggal di rumah tanpa ada aktiviti memang memboringkan mereka. Bangun lambat, mandi lambat, sarapan lambat, semuanya lambat. Pegang buku sekolah jauh sekali, cuma novel kanak-kanak yang dibawa ke sana ke sini.
Kebetulan dapat info, di Sekolah Tahfiz ada program hafazan untuk anak-anak, so kami menghantar 2 puteri kecil ke sana. Di tanya keduanya, memanglah tak nak join, tetapi bila memikirkan tiada pengisian sepanjang cuti sekolah ini, kami terpaksa bertegas, sekurang-kurangnya Juz Amma boleh dihafal, syukurlah. Bukannya dirumah tidak boleh dibuat tetapi anak-anak ni, kalau dibuat dengan ibubapa, komitmen sedikir 'kureng'.
Walaupun telah 2 minggu program berlalu, alhamdulillah pihak pengurusan boleh menerima mereka. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 3 petang. Pagi hafazan, diselang seli dengan solat Dhuha dan rehat jam 10, hafazan lagi hingga makan tengahari dan solat Zohor, diikuti dengan tazkirah dan sambung hafazan hingga jam 3.00 petang.
Hari Isnin lepas, waktu mendaftar, Caca menitiskan airmata sambil menyanggupi dengan syarat;
"Abah, balik nanti kita pergi Mc D ya". Abahnya terpaksa mengalah demi anak-anak. Jam 8.20 pagi, baru ternampak kelibat Ustaz datang.
"Kata mula jam 8.00 pagi, nape Ustaz baru sampai ya Abah" , tanya Nana. Abahnya tiada jawapan...
Malam waktu sesi interview dengan anak-anak, Caca berkata
"Ibu, bestlah belajar hafazan tu" , sambil membawa Al-Quran untik ditasmiq.
Alhamdulillah, Ibu tersenyum lega. Cuma kesimpulan dari cerita anak-anak:

- Guru perlu menepati masa. Program jam 8.00 pagi, so 8.00 pagi perlu berada di kelas.
- Perlu ada pantauan guru sewaktu solat Dhuha, solat Zuhur.
- Tazkirah perlu dibuat oleh guru, bukannya sesama sendiri.
- Program ini perlu diwar-warkan, agar lebih ramai ibubapa luar (yang anaknya bukan dari tahfiz) dapat sama-sama menhantar menyertainya.
- Perlu ada pantauan pihak pengurusan tentang perjalanan program ini.
Wednesday, December 1, 2010
SELAMAT MELAHIRKAN
TAHNIAH KEPADA PASANGAN INI
Teacher Siti Adzura dan pasangannya kerana telah dikurniakan cahayamata lelaki Rabu minggu lepas |
Kedua-dua ibu dan anak dalam kesihatan yang baik. Tergambar kegembiraan di wajah ibu setelah 9 bulan membawa perut |
“Setiap anak dilahirkan didalam keadaan fitrah, maka ke dua orang tuanya yang menjadikan anaknya beragama Yahudi, Nashrani, atau Majusi.” |
Subscribe to:
Posts (Atom)