Kebetulan dapat info, di Sekolah Tahfiz ada program hafazan untuk anak-anak, so kami menghantar 2 puteri kecil ke sana. Di tanya keduanya, memanglah tak nak join, tetapi bila memikirkan tiada pengisian sepanjang cuti sekolah ini, kami terpaksa bertegas, sekurang-kurangnya Juz Amma boleh dihafal, syukurlah. Bukannya dirumah tidak boleh dibuat tetapi anak-anak ni, kalau dibuat dengan ibubapa, komitmen sedikir 'kureng'.
Walaupun telah 2 minggu program berlalu, alhamdulillah pihak pengurusan boleh menerima mereka. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 3 petang. Pagi hafazan, diselang seli dengan solat Dhuha dan rehat jam 10, hafazan lagi hingga makan tengahari dan solat Zohor, diikuti dengan tazkirah dan sambung hafazan hingga jam 3.00 petang.
Hari Isnin lepas, waktu mendaftar, Caca menitiskan airmata sambil menyanggupi dengan syarat;
"Abah, balik nanti kita pergi Mc D ya". Abahnya terpaksa mengalah demi anak-anak. Jam 8.20 pagi, baru ternampak kelibat Ustaz datang.
"Kata mula jam 8.00 pagi, nape Ustaz baru sampai ya Abah" , tanya Nana. Abahnya tiada jawapan...
Malam waktu sesi interview dengan anak-anak, Caca berkata
"Ibu, bestlah belajar hafazan tu" , sambil membawa Al-Quran untik ditasmiq.
Alhamdulillah, Ibu tersenyum lega. Cuma kesimpulan dari cerita anak-anak:
- Guru perlu menepati masa. Program jam 8.00 pagi, so 8.00 pagi perlu berada di kelas.
- Perlu ada pantauan guru sewaktu solat Dhuha, solat Zuhur.
- Tazkirah perlu dibuat oleh guru, bukannya sesama sendiri.
- Program ini perlu diwar-warkan, agar lebih ramai ibubapa luar (yang anaknya bukan dari tahfiz) dapat sama-sama menhantar menyertainya.
- Perlu ada pantauan pihak pengurusan tentang perjalanan program ini.
No comments:
Post a Comment