Thursday, June 3, 2010

BIRI-BIRI MASUK TADIKA

Jangan gempar ya bila biri-biri masuk tadika.

Sebenarnya ini adalah aktiviti kraftangan yang dibuat oleh anak-anak hari ini di tadika.
Jom kita lihat langkah demi langkah yang diajar oleh Teacher Mira kepada anak-anak.

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biri-biri ini.
  1. manila kad
  2. gam
  3. penyepit baju kayu
  4. kapas
  5. dan yang penting adalah kreativiti
Mula-mula sapukan gam ke atas manila kad dan lekatkan kapas sedikit demi sedikit ke manila kad tadi.


Lihat! Anak-anak pun tak sabar-sabar mencuba seperti apa yang telah diajar oleh Teacher Mira.


Lekatkan kapas pada bahagian badan biri-biri yang sebelah lagi tu.


Sepit baju kayu dilekatkan pada belakang manila kad,  kemudian bahagian manila kad yang satu lagu tu pun dilekatkan ke sepit tersebut.


Biri-biri dah ada kaki untuk membolehkannya berdiri.


Kemudian muka biri-biri dilekatkan ke atas kapas tadi


Biri-biri yang dah hampir siap dengan bulu matanya yang lentik. Cute kan?
Inilah hasil kreativiti anak-anak kita. Cuti sekolah ni bolehlah buat lebih banyak biri-biri lagi.

4 comments:

  1. sangat cantik.. kebetulan jummat lepas saya telah dimasukkan ke hospital & anak saya (tadika tmn mawar 1) telah 'memberikan' biri2 tersebut utk menemani sya di wad.. soo cute..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan,
    Mujur tak gempaq biri-biri masuk wad pulak. Begitulah hasiltangan anak-anak. Mudah-mudahan biri-biri tu tak beranak-pinak di wad.
    Apapun, ana mendoakan semoga puan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Allah memberi penyakit dan Allah jua memberikan penawarnya. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. sy gru tadika d jengka ingin berkongsi kraftangan
    dgn tadika pintar bestari ini...

    ReplyDelete