Thursday, June 10, 2010

OPEN DAY K1

8 Jun 2010 (Selasa)

Semenjak awal pagi, hari sudah mendung dan akhirnya titik-titik hujan membasahi bumi. Alhamdulillah, rahmat Allah. Namun begitu berderetan sudah kereta ibubapa di hadapan setiap tadika kerana hari ini adalah OPEN DAY K1
Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh ibubapa untuk berjumpa guru kelas anak masing-masing bertanyakan tentang prestasi pembelajaran, keadaaan anak di kelas, dan banyak lagi soalan-soalan cepumas yang insyaallah, dapat dijawab oleh cikgu-cikgu ini.
Rata-ratanya berpuashati dengan prestasi anak-anak, P & P di TPB dan apabila disuruh menulis @ memberikan komen, katanya "NO COMMENT"
Selepas itu mereka membuat pembayaran yuran dan mengambil keperluan Semester 2 seperti buku-buku dan sempoa.

Di antara gambar-ganbar yang sempat ana rakamkan di Cawangan Taman Mawar.

Teacher Yusnaida bersama seorang ibu yang membawa anak bersama-sama.

Guru-guru sempat melepaskan lelah dan penat bercakap semenjak dari pagi tadi hinggalah ke tengahari dan akan disambung lagi sampai ke petang nanti. (mujurlah boss sponsored nasi ayam untuk makan tengahari)
Lihat! Sedondon aje jubah cikgu dengan alas meja tu. Merah mak Ngah!

"Memang anak saya malas cikgu, sebab itulah dia dapat markah macam ni."
Beginilah luahan ibu kepada teacher Aisah.

No comments:

Post a Comment