Saturday, July 12, 2008
MAKNA HAKIKI ISRA' MIKRAJ (SIRI 2)
Gambar yang ana telah rakamkan sewaktu perjalanan haji 2005/2006
Umat Islam selalu memperingati peristiwa Isra’ Mikraj setahun sekali, tepatnya setiap bulan Rejab. Sudah berulang-ulang diadakan peringatan Isra’ Mikraj, tak terhitung jumlahnya. Namun, peringatan ini kebanyakan hanya ritual dan rutintahunan semata-mata. Majoriti para penceramah yang diminta menyampaikan ceramah hikmah Isra’ Mikraj hanya mengurai sejarah dan keajaiban-keajaibannya serta ditokoktambah dengan cerita-cerita yang tidak jelas sumbernya. Akhirnya, yang terjadi setelah peringatan Isra’ Mikraj, boleh dikatakan tidak ada pengaruh dan perubahan sama sekali ke atas mentaliti umat Islam.
Menyikapi hal di atas, dan agar tidak terulang lagi, sudah saatnyalah umat Islam mengungkap makna hakiki Isra’ Mikraj yang selama ini jarang diungkap, difahami dan diambil hikmah yang terkandung di dalamnya oleh umat Islam.
Pertama: isyarat kepemimpinan Rasulullah saw., dalam Isra’ Mikraj terdapat suatu peristiwa yang memberikan isyarat adanya perubahan peta politik dan kepemimpinan, serta jenis dan sifat kepemimpinan Rasulullah saw. Kalau kita memperhatikan huraian sirah, ternyata Rasulullah saw. dalam peristiwa Isra’, Rasul tidak langsung dari Masjidil Haram di Makkah menuju Masjidil al-Aqsha di Baitul Maqdis al-Quds (Yerusalem), tetapi melewati Yatsrib (Madinah), Madyan Thursina di Mesir, Balthlehem. Dari paparan tersebut, dapat dilihat adanya isyarat kepemimpinan dan kekuasaan Rasulullah saw. dan umat Islam melampui daerah yang disinggahi Rasul dan itu terbukti, bahkan melebihi daerah tersebut.
Kedua, isyarat kepemimpinan yang sesuai dengan fitrah manusia. Hal ini boleh dilihat ketika Rasul ditawarkan oleh Jibril ketika sampai di Baitul Maqdis, yaitu dua gelas minuman yang berisi susu dan khamar. Rasul pun memilih susu. Ketika Rasulullah memilih susu, Jibril memberi komentar bahwa Rasul mendapat petunjuk untuk memilih yang sesuai dengan fitrahnya. Ini tidak lain menkhabarkan kepada kita bahwa agama Islam yang dibawa Rasulullah sesuai dengan fitrah manusia sepanjang masa.
Ketiga, isyarat kepemimpinan untuk seluruh umat manusia, hal ini boleh dipahami dari peristiwa ketika Rasulullah berada di Masjidil Al-Aqsa, atas kehendak Allah Swt., seluruh nabi mulai Adam a.s hingga Isa a.s dihidupkan. Beliau sempat berbicara dengan mereka. Di masjid ini Rasulullah menjadi imam shalat jamaah khusus dengan makmum para nabi (Adz Dzahabi, Sirah Nabawiyah, hlm.154). Rasul menjadi imam solat para nabi yang memimpin umat manusia dengan zaman yang berbeza-beza, suku yang berbeza-beza dan warna kulit yang berbeza-beza pula.
Oleh karena itu, melalui peringatan Isra’ Mikraj ini kita harus mengambil hikmah dan makna yang sesungguhnya yaitu sudah saatnyalah kita mengidam-idamkan dan memiliki kepemimpinan yang dicontohkan Nabi Muhammad saw. Sudah saatnyalah Islam memimpin dunia. Semoga segera terwujud. Insyaallah
PELAJARAN DARI ISRA' MIKRAJ (SIRI 1)
Saat ini kita memasuki bulan Rejab, ada sebuah peristiwa besar dan agung dalam sejarah umat Islam, yakni Isra’ dan Mikraj. Apa pelajaran yang dapat diambil dari perjalanan Isra’ Mikraj ini?
Ada beberapa petunjuk yang dapat kita jadikan motivasi untuk lebih memahami hikmah dan bersungguh-sungguh dalam memaknai peristiwa agung ini, antara lain:
Pertama, penyucian hati.
Telah diriwayatkan, bahwa sebelum Nabi Muhammad saw. dibawa Malaikat Jibril, beliau dibaringkan, kemudian dibelah dadanya; hatinya dibersihkan dengan air zamzam. Apakah hati Rasulullah saw. kotor? Pernahkah Rasulullah saw. berbuat dosa? Apakah Rasulullah saw. punya penyakit dendam, hasad-dengki, iri hati atau berbagai penyakit hati lainnya? Tidak. Beliau adalah seorang hamba yang maksum (terjaga dari berbuat dosa). Lalu apa yang dimaksud dengan penyucian hati Rasulullah saw.?
Kita mengetahui, hati manusia awalnya putih bersih. Ia ibarat kertas putih tanpa noda sedikitpun. Namun, manusia, setiap kali melakukan kekhilafan, setiap kali pula hatinya ternoda hingga menjadikannya hitam pekat. Di sinilah pentingnya kita selalu menyucikan hati kerana sesungguhnya perjalanan menuju Ilahi hanya boleh dilakukan dengan jiwa dan hati kita yang suci, sebagaimana Rasulullah saw. pun disucikan hatinya sebelum perjalanan suci Isra’ dan Mijrak tersebut.
Kedua, memilih susu dan menolak khamar (arak)
Ketika ditawarkan dua pilihan minuman, Rasulullah saw. mengambil gelas berisikan susu; minuman halal dan penuh manfaat bagi kesihatan. Rasulullah saw. menolak khamar; minuman haram dan merosakkan akal fikiran. Sungguh tepat pilihan Rasullah saw., kerana pilihan ini adalah pilihan yang sesuai dengan fitrah. Inilah juga yang harus dilakukan oleh setiap Muslim; selalu memilih yang halal dan membuang yang haram.
Ketiga, arah perjalanan vertikal horizontal.
Dalam perjalanan horizontal ini, Rasulullah digambarkan bertolak dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa. Ertinya, bahwa dalam kita melangkahkan kaki di tengah perjalanan kita menuju tujuan akhir (hari akhirat) alangkah pentingnya diperhatikan langkah awal. Motivasi dasar dan niat kita dalam melakukan sesuatu harus kerana sujud (patuh) dalam rangka ketaatan kepada Allah. Pertautan niat dan tujuan kerana ketaatan menjadikan setiap langkah yang kita lakukan akan selalu harmonis dengan keduanya. Bagaimana mungkin seseorang melakukan amal kerana dan untuk Allah, namun dengan cara yang tidak diridhai oleh-Nya?
Keempat, imam solat berjamaah.
Ketika Rasulullah saw. memimpin solat berjamaah, yang makmumnya adalah para nabi, maka hal itu merupakan pengakuan kepemimpinan Beliau atas seluruh kaum yang ada. Kepemimpinan dalam solat berjamaah sesungguhnya membuktikan bahwa Rasulullah saw. adalah pemimpin seluruh umat manusia.
Kelima, kembali ke bumi dengan membawa perintah solat. Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, runtuhlah agama kita.
Saturday, July 5, 2008
PERTANDINGAN UJIMINDA & BERCERITA 2007
KOLEKSI GAMBAR PERTANDINGAN UJIMINDA DAN BERCERITA 2007
Rutin tahunan semester 2 bermula dengan pertandingan ujiminda dan bercerita 2008 membuka tirainya. Hari ini raptai penuh bagi pertandingan ini bermula sejak pukul 2.00 petang lagi. Sepatutnya program ini dijalankan minggu lepas tetapi dek sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka tarikh bertukar pada hari ini dan esok.
Selepas lebih sebulan para guru melatih murid untuk program ini, pada raptai penuh ini anak-anak mula naik pentas untuk menjawab soalan-soalan bagi kategori B. Malaysia, Mathematics, Pendidikan Islam/Jawi/B.Arab dan English/Science.
Mendidik anak-anak bukan semudah yang disangka. Waktu dilatih di tadika masing-masing, maka berebut-rebut nak menjawab soalan tapi bila dah berada di atas pentas dan lihat penonton di bawah masing-masing terkedu.
Macam-macam gelagat dapat dilihat. Begitulah keletah anak-anak.
Matlamat raptai adalah untuk melihat kelemahan-kelemahan perjalanan program dan dari situ akan dibuat penambahbaikan untuk program esoknya. Mudah-mudahan program esok akan berjalan dengan lebih lancar lagi.
Mengikut perancangan awal, program esok akan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 3 jam kemudian. Pukul 2 petang, ana dan cikgu-cikgu akan bertolak ke A Famosa Resort untuk bercuti dan ana yakin cikgu-cikgu yang nak pergi esok ni teruja untuk berehat dan bersantai di Villa-villa yang ana dah tempah. Manakan tidak, hari Isnin tadika cuti peristiwa. Sekurang-kurangnya cikgu ana seronok setelah berpenat-lelah menjayakan program tersebut. Bagi yang TAK NAk pergi tu, jangan jealous ye. Mungkin ada ole-oleh dari Melaka untuk kalian. Dan yang paling seronok sekali ana rasa, bila masing-masing dapat habuan masing-masing esok. BONUS. Walaupun tak sampai 2 bulan gaji, sekurang-kurangnya adalah juga. Lagipun sekarang ni serba naik, serba mahal. Cuma ana selalu ingatkan cikgu-cikgu ini, dalam setiap rezeki yang kita dapat, pasti ada bahagian untuk orang lain juga. Oleh itu berinfaklah.
"Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima"
Subscribe to:
Posts (Atom)