KOLEKSI GAMBAR PERTANDINGAN UJIMINDA DAN BERCERITA 2007
Rutin tahunan semester 2 bermula dengan pertandingan ujiminda dan bercerita 2008 membuka tirainya. Hari ini raptai penuh bagi pertandingan ini bermula sejak pukul 2.00 petang lagi. Sepatutnya program ini dijalankan minggu lepas tetapi dek sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka tarikh bertukar pada hari ini dan esok.
Selepas lebih sebulan para guru melatih murid untuk program ini, pada raptai penuh ini anak-anak mula naik pentas untuk menjawab soalan-soalan bagi kategori B. Malaysia, Mathematics, Pendidikan Islam/Jawi/B.Arab dan English/Science.
Mendidik anak-anak bukan semudah yang disangka. Waktu dilatih di tadika masing-masing, maka berebut-rebut nak menjawab soalan tapi bila dah berada di atas pentas dan lihat penonton di bawah masing-masing terkedu.
Macam-macam gelagat dapat dilihat. Begitulah keletah anak-anak.
Matlamat raptai adalah untuk melihat kelemahan-kelemahan perjalanan program dan dari situ akan dibuat penambahbaikan untuk program esoknya. Mudah-mudahan program esok akan berjalan dengan lebih lancar lagi.
Mengikut perancangan awal, program esok akan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 3 jam kemudian. Pukul 2 petang, ana dan cikgu-cikgu akan bertolak ke A Famosa Resort untuk bercuti dan ana yakin cikgu-cikgu yang nak pergi esok ni teruja untuk berehat dan bersantai di Villa-villa yang ana dah tempah. Manakan tidak, hari Isnin tadika cuti peristiwa. Sekurang-kurangnya cikgu ana seronok setelah berpenat-lelah menjayakan program tersebut. Bagi yang TAK NAk pergi tu, jangan jealous ye. Mungkin ada ole-oleh dari Melaka untuk kalian. Dan yang paling seronok sekali ana rasa, bila masing-masing dapat habuan masing-masing esok. BONUS. Walaupun tak sampai 2 bulan gaji, sekurang-kurangnya adalah juga. Lagipun sekarang ni serba naik, serba mahal. Cuma ana selalu ingatkan cikgu-cikgu ini, dalam setiap rezeki yang kita dapat, pasti ada bahagian untuk orang lain juga. Oleh itu berinfaklah.
"Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima"
seronoknya g bcuti yea cikgu2...cuti2 juga, perjuangan kita sbg guru untuk mendidik jgn lupa yea...SAMA2 LA KITA BERJUANG K...saya mmg jealous sb xdpat g sama2 sb xbkesempatan...
ReplyDeletekalau ada lawatan lg jgn lupa ajak saya k..
JGNLA LUPAKAN SAYA