Friday, April 30, 2010

EDUCATIONAL TRIP 2010

17 April 2010 (Sabtu)

Walaupun dah hampir 2 minggu berlalu, sebagai  tatapan ibubapa yang lain, ana ingin menceritakan tentang lawatan anak-anak 6 tahun kita. Pada tahun ini lokasi untuk lawatan murid adalah ke Tropical Village, Air Hitam. Mungkin ramai ibubapa sendiri pun tak tahu apa yang ada kat situ, kalau nak tahu sila KLIK di sini.
Menurut cerita, ramai yang tak lena tidur malam kerana keterujaan yang teramat sangat hendak naik bas bersama-sama rombongan yang disertai oleh 224 orang murid 6 tahun dan 57 orang guru pengiring dari 7 buah cawangan. Ramai tu nak kawal, tapi rata-rata seorang cikgu bawa 4 ~ 5 orang anak. agar keselamatan terjamin.
Seawal jam 7.30 pagi  lagi, dah ramai yang menunggu di tadika masing-masing. Anak-anak dengan baju senaman merah mereka, dari jauh lagi dah nampak. Mereka dibekalkan dengan beg belakang bertulis EDUCATIONAL TRIP 2010 dengan berbagai warna yang menarik.
Jam 8.00 pagi, bas bertolak ke destinasi, anak-anak excited tapi ibubapa nampaknya agak kebimbangan. Kot-kot berlaku sesuatu yang tidak diingini. Insyaallah, semoga selamat pergi dan balik, doa mereka di dalam hati. 


 Dalam bas, mereka bersarapan muffin yang enak dengan air kotak, manakala cikgu-cikgu sempat berpicnic lagi di dalam bas. Macam-macam bekal yang dibawa mereka...
Mereka sampai jam 11 pagi, terlewat dari waktu yang dijangkakan kerana highway jem (terdapat  kemalangan jalanraya). Disamping itu, salah sebuah bas pancit dalam perjalanan. Nasib baiklah konvoi, jadi dapatlah penumpang bas yang pancit tu menumpang di bas yang lain.

Melihatkan gambar, beginilah keseronokan yang mereka lalui bersama rakan-rakan dan guru-guru. Dapat naik train, lihat magic mirror, mengembara melihat keajaiban dunia walaupun penat mendaki kawasan yang sedikit berbukit. Cuma yang sedikit terkilan kerana tak dapat naik bot laju sebab botnya rosak.
Yelah,  dah tahun terakhir di tadika, tahun depan dah naik darjah 1. Beginilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi murid tadika.





Selepas makan tengahari mee goreng dan ayam goreng, bas singgah sebentar di Pekan Air Hitam untuk  guru-guru membeli cenderamata buat anak-anak mereka. Walaupun harga tak seberapa, tapi memberikan makna yang mendalam untuk anak-anak ini.
Dalam perjalanan pulang, masing-masing tertidur kepenatan. Alhamdulillah, mereka sampai dalam jam 3 petang dengan membawa kenangan yang manis bersama Tadika Pintar Bistari.

Cerita-cerita lain yang menarik... KLIK di sini


No comments:

Post a Comment