Friday, April 9, 2010

SALAM TAKZIAH

Salam takziah buat mereka-mereka ini.

1) Teacher Nurul Hayati (TKM2) di atas kematian kakak beliau pada hari Rabu, 2 hari lepas. Allahyarhamah meninggal sewaktu dalam tidur, sakit jantung akibat dari obesiti.

2) Baru sebentar tadi dapat info dari GB TKM1, Teacher Fiza tentang pemergian anak didik kami, Muhammad Danial Asyraf Bin Haslizan (kelas 6 Pandai) kerana lemas di Pulau Langkawi sewaktu percutian keluarga. Ana baru aje menghubungi En. Haslizan sebentar tadi, jenazah telah memasuki pesawat dari Airport Langkawi ke Senai. Akan disolatkan di Masjid Kota Masai pada 5.30 petang ini dan akan disemadikan pada petang ini juga. 

3)  Anak didik kami Nor Fatin Nabila ( 6 Cerdas ~ TKM1) di atas pemergian bonda tersayang pada minggu lepas. Kamipun baru dapat tahu melalui pengendali van.

Kematian di mana-mana, dengan berbagai sebab-akibat. Tetapi yang pasti, bila sampai ajal, tidak akan dicepat @ dilambat walau sesaat sekalipun. 
Kepada keluarga yang ditinggalkan, semoga tabah menghadapi segalanya. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. 

No comments:

Post a Comment