Sunday, September 26, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010


24-09-2010 (Jumaat)

Serentak disemua cawangan, sambutan hari raya telah diadakan selepas rehat bagi setiap sesi. Seperti yang dijangkakan, keterujaan anak-anak ke tadika dengan baju raya jelas terpancar di muka comel mereka. Bukannya selalu dapat berbaju biasa ke tadika. Oleh kerana ana ada tugasan lain di sebelah pagi maka cuma dapat rakamkan gambar anak-anak pada sesi petang, itupun hanya di Taman Mawar sahaja. Dengar ceritanya, di cawangan-cawangan lain pun, anak-anak tak kurang hebatnya melaram dengan baju raya masing-masing. Jom kita lihat mereka bergaya dengan pakaian sedondon....
Sila pilih pasangan yang paling ideal.
 
 Sebelum waktu rehat, anak-anak belajar di dalam kelas seperti biasa. Yang lainnya, hari ini mereka masuk kelas tanpa uniform tadika...
  
Dalam kelas pun, sempat mereka berposing.....Cheeseee!!!
Sebelum jamuan dimulakan, sempat cikgu-cikgu mengambil bahagian dalam acara yang istimewa ditujukan khas kepada anak-anak didik mereka iaitu PERTANDINGAN MAKAN KUIH RAYA. Sape cepat, dia menang
Inilah peserta-pesertanya...

"Baik-baik Cikgu Nani & Cikgu Nabila, takut tercekik, minumlah air dulu ya!"

"Dan pemenangnya ialah Cikgu Syafika Azira!"
Inilah juadah-juadah yang dibawa oleh anak-anak kita
Aneka kuih dan kek

Antara mee yang dihantar oleh ibubapa

Ada yang mengambil kesempatan sambut harijadi sekali...

Sempat pulak bakar satay ya....Juadah dari TM2
Masa yang ditunggu-tunggu, jamuan beramai-ramai.

Meriah gitu....Cikgu suap, laaagi meriah!!

Untuk melihat gambar lebih jelas, silalah ke slideshow disebelah kanan.
 

Saturday, September 25, 2010

JEMPUTLAH DATANG...

Jemputlah datang...Bukannya jemput datang ke rumah terbuka hari raya tetapi ke program tadika pada hujung minggu ni.

PROGRAM: PERTANDINGAN MENTAL ARITMETIK 2010
TEMPAT:     DEWANRAYA MASAI, MASAI
WAKTU    : RAPTAI : 1.30 ~ 4.30 PETANG (SABTU)
                    PROGRAM: 8.00 ~ 1.00 T/HARI (AHAD)

Memandangkan kita masih di bulan Syawal, maka tema pada program kali ini adalah tema hari raya. Disamping pertandingan sempoa oleh murid-murid K1 (Bistari) dan K2, terdapat juga persembahan tarian, sketsa dan seloka oleh murid-murid K1. Tak tahulah macamana nanti persembahan mereka sebab masa latihan amat terhad kerana cuti raya yang panjang baru-baru ini.

Friday, September 24, 2010

BAJU RAYA DAH GOSOK?

"Ummi, baju raya dah gosok, kuih raya dah isi?
Mungkin pertanyaan ini dah keluar dari mulut mungil anak-anak kita, sekadar mengingatkan ibu-ibu bahawa esok, Jumaat ada Jamuan Hari Raya kat tadika.
Maka ibu-ibu pun mengeluarkan saki baki kuih-kuih raya dari balang-balang kuih dan diisi satu persatu ke dalam bekas untuk dibawa bekal ke tadika, untuk tidak menghampakan harapan anak-anak. Atau mungkin ada sebahagian ibu-ibu yang menempah kuih-muih. Dan yang paling hebatnya bila ada ibu-ibu yang membuat sendiri kuih-muih untuk disedekahkan kepada anak-anak di tadika. Alhamdulillah.
Yang paling menyeronokkan, bila ke tadika dengan berbaju raya samada berbaju kurung bagi anak perempuan, dan berbaju melayu siap bersamping dan bersongkok bagi anak lelaki. Tidak dapat digambarkan kegirangan anak-anak dengan situasi ini yang tiada dua dalam kehidupan @ pengalaman di tadika.
Cikgu-cikgu pula memainkan lagu raya yang "evergreen", tak jemu telinga mendengar sambil makan kuih raya. Then ada game yang cikgu sediakan. Mesti anak-anak seronok kan!
Esok, kita nantikan sama-sama.

Begitulah excited nya mereka hinggakan pada hari Isnin waktu mula naik sekolah lepas raya, ada ibubapa yang menelefon, "Cikgu, hari ni pakai baju raya ke?

Thursday, September 23, 2010

MASIH BERAYA LAGI?

Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan KULLU AMIN WA ANTUM BI KHAIR.

Masih dalam mood beraya? Sana-sini dapat undangan rumah terbuka. Inilah senario di kawasan bandar. Berpuasa sebulan, beraya pun sebulan. Apatah lagi bila tahun ini cuti sekolah dan cuti raya serentak dan panjang. Seminggu beraya di kampung, selebihnya beraya di kawasan penempatan. 
Bagi anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR, peperiksaan dah berkhir hari ini dan mereka boleh beraya sakan dan MERDEKA! Cuma ibu-ibu dan ayah-ayah yang kecut perut, apalah yang anak-anak jawab masa periksa tu, result nanti dapat ke 5A? Peperiksaan dah lepas, serahkan saja kepada pemeriksa kertas. Kalau usaha dah menimbun, insyaallah dapatlah result yang baik nanti.
Coming soon, PMR yang tinggal tak sampai 2 minggu lagi, semoga anak-anak yang menduduki peperiksaan ini berusaha dan terus berusaha.

TPB, back to normal. Begitu cepat masa berlalu, dahpun hari Khamis hari ni. Guru-guru sibuk dengan persiapan Pertandingan Mental Aritmetik pada hari Ahad ini dan seperti biasa, raptai pada hari Sabtu petang. Insyaallah, tahun ini, En. Syawal dari PPD Pasir Gudang sekali lagi akan datang untuk merasmikan  program ini mewakili Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas yang tak dapat menghadirkan diri.
Esok, surat jemputan dan surat makluman bulan Oktober akan diedarkan melalui anak-anak beserta sampul yuran. Yuran yang terakhir bagi tahun ini. Bagi yang tertunggak yuran tu, harap-harap dapatlah dilunaskan sesegera mungkin ya. Bagi yang sudah membuat bayaran awal, terimakasih diucapkan.

Oktober nanti, TPB penuh dengan aktiviti. Lawatan ke perpustakaan, peperiksaan Sem 2, renang dan persiapan untuk Hari Anugerah Cemerlang pula. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Insyaallah.  

Saturday, September 4, 2010

10 MALAM TERAKHIR

Semoga istiqamahnya kita dalam ibadah di bulan Ramadhan akan lebih-lebih bertambah lagi di 10 akhir Ramadhan ini. Ianya tak akan datang lagi dan tidak pasti kita akan menemuinya pada tahun akan datang. Jadi sebaiknya apa yang tersisa di hujung Ramadhan ini digunakan oleh kita dengan sebaik mungkin untuk meraih keampuananNya.
Bersama-sama ini ana titipkan sedikit bingkisan kasih sayang ana kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita senantiasa di dalam kasih sayang Allah dan mendapat rahmat dan redha Allah yang bepanjangan. Insyaallah.

Hikmah Ramadhan : Sekilas Tentang Malam Lailatul Qadar
 
“Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al Quran S. Al Qadr 1 – 5 )”.

Sesungguhnya Lailatul Qadar diturunkan pada malam yang penuh barokah, rahmat dan ampunan, tidaklah seorang hamba yang taat senantiasa di malam itu memohon pada Allah, kecuali akan dikabulkan. Betapa ruginya seorang hamba bila melewatkan malam tersebut.
Ayat tersebut merupakan nash dari Quran yang menjelaskan, bahwa Lailatul Qadar adalah kejadian luar biasa yang turun di setiap bulan suci Ramadhan. Segala amal baik yang dilakukan pada malam itu dilipatgandakan pahalanya sehingga seakan-akan seorang hamba beramal selama 1000 bulan. Rasulullah, tidak memberi tahu kepastian terjadinya malam Lailatul Qadar, agar umat Islam senatiasa menghidupkan amalan sunah dan semangat beribadah selama bulan Ramadhan.
Akan tetapi ada beberapa riwayat Hadist sahih yang menjelaskan tanda-tanda turunnya malam Lailatul Qadar akan terjadi pada hitungan tanggal malam ganjil di antara 10 malam terakhir. Umat Nabi Muhammad, diberi kesempatan untuk meraihnya (Lailatul Qadar), di mana pada malam itu para Malaikat diturunkan ke langit bumi guna mengamini dan mencari siapa saja dari Umat Muhammad, yang memohon rahmat, ampunan dan derajat yang sangat tinggi (1000 bulan) dari Allah, hingga menjelang fajar. Hanya orang taat dan bijak yang akan selalu mencari keutamaan Lailatul Qadar dan meraihnya.
Dari Ubadah Ashomid ra, berkata : “Rasulullah telah memberi kami kabar tentang Lailatul Qadar. Beliau bersabda: “Lailatul Qadar adalah 10 akhir di bulan Ramadhan, yaitu pada malam 21 atau malam 23 atau malam 25. Atau malam 27 atau malam 29 atau diakhir malam Ramadhan. Barang siapa menghidupkannya (shalat) dengan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”.
Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda :“Barang siapa menghidupkan (shalat) malam Lailatul Qadar dengan ibadah karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu (Muttafaqun Alaih)”.

Prediksi Terjadinya Lailatul Qadar Versi Imam Qalyubi
Dengan melihat awal hari dari bulan Ramadhan. Jika awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu, maka kemungkinan malam Lailatul Qadar pada malam 29. Jika awal Ramadhan hari Jum’at atau Selasa, maka kemungkinan Lailatul Qadar pada malam 27. Jika awal Ramadhan hari Kamis, kemungkinan malam Lailatul Qadar pada malam 25.
Dan jika awal Ramadhan hari Sabtu,maka kemungkinan malam Lailatul Qadar pada malam 23. Sedang jika awal Ramadhan jatuh pada hari Senin, maka kemungkinan malam Lailatul Qadar pada malam 21. Adapun tanda tanda malam Lailatul Qodar adalah udara pada malam itu tidak panas dan tidak dingin (sedang), keesokan harinya matahari tidak terlalu panas.
Walhasil, kunci utama untuk mendapatkan “Lailatul Qadar” adalah melawan hawa nafsu (setan) dengan menghindari segala macam bentuk kemaksiatan serta memperbanyak ibadah terutama shalat malam (qiyamul lail) selama bulan suci Ramadhan atau kita menjadi hamba yang kalah melawan hawa nafsu.

Semoga dapat dimanfaatkan.

SHARING IS CARING