Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan KULLU AMIN WA ANTUM BI KHAIR.
Masih dalam mood beraya? Sana-sini dapat undangan rumah terbuka. Inilah senario di kawasan bandar. Berpuasa sebulan, beraya pun sebulan. Apatah lagi bila tahun ini cuti sekolah dan cuti raya serentak dan panjang. Seminggu beraya di kampung, selebihnya beraya di kawasan penempatan.
Bagi anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR, peperiksaan dah berkhir hari ini dan mereka boleh beraya sakan dan MERDEKA! Cuma ibu-ibu dan ayah-ayah yang kecut perut, apalah yang anak-anak jawab masa periksa tu, result nanti dapat ke 5A? Peperiksaan dah lepas, serahkan saja kepada pemeriksa kertas. Kalau usaha dah menimbun, insyaallah dapatlah result yang baik nanti.
Coming soon, PMR yang tinggal tak sampai 2 minggu lagi, semoga anak-anak yang menduduki peperiksaan ini berusaha dan terus berusaha.
TPB, back to normal. Begitu cepat masa berlalu, dahpun hari Khamis hari ni. Guru-guru sibuk dengan persiapan Pertandingan Mental Aritmetik pada hari Ahad ini dan seperti biasa, raptai pada hari Sabtu petang. Insyaallah, tahun ini, En. Syawal dari PPD Pasir Gudang sekali lagi akan datang untuk merasmikan program ini mewakili Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas yang tak dapat menghadirkan diri.
Esok, surat jemputan dan surat makluman bulan Oktober akan diedarkan melalui anak-anak beserta sampul yuran. Yuran yang terakhir bagi tahun ini. Bagi yang tertunggak yuran tu, harap-harap dapatlah dilunaskan sesegera mungkin ya. Bagi yang sudah membuat bayaran awal, terimakasih diucapkan.
Oktober nanti, TPB penuh dengan aktiviti. Lawatan ke perpustakaan, peperiksaan Sem 2, renang dan persiapan untuk Hari Anugerah Cemerlang pula. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment