"Ummi, baju raya dah gosok, kuih raya dah isi?
Mungkin pertanyaan ini dah keluar dari mulut mungil anak-anak kita, sekadar mengingatkan ibu-ibu bahawa esok, Jumaat ada Jamuan Hari Raya kat tadika.
Maka ibu-ibu pun mengeluarkan saki baki kuih-kuih raya dari balang-balang kuih dan diisi satu persatu ke dalam bekas untuk dibawa bekal ke tadika, untuk tidak menghampakan harapan anak-anak. Atau mungkin ada sebahagian ibu-ibu yang menempah kuih-muih. Dan yang paling hebatnya bila ada ibu-ibu yang membuat sendiri kuih-muih untuk disedekahkan kepada anak-anak di tadika. Alhamdulillah.
Yang paling menyeronokkan, bila ke tadika dengan berbaju raya samada berbaju kurung bagi anak perempuan, dan berbaju melayu siap bersamping dan bersongkok bagi anak lelaki. Tidak dapat digambarkan kegirangan anak-anak dengan situasi ini yang tiada dua dalam kehidupan @ pengalaman di tadika.
Cikgu-cikgu pula memainkan lagu raya yang "evergreen", tak jemu telinga mendengar sambil makan kuih raya. Then ada game yang cikgu sediakan. Mesti anak-anak seronok kan!
Esok, kita nantikan sama-sama.
Begitulah excited nya mereka hinggakan pada hari Isnin waktu mula naik sekolah lepas raya, ada ibubapa yang menelefon, "Cikgu, hari ni pakai baju raya ke?
No comments:
Post a Comment