Sunday, September 26, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010


24-09-2010 (Jumaat)

Serentak disemua cawangan, sambutan hari raya telah diadakan selepas rehat bagi setiap sesi. Seperti yang dijangkakan, keterujaan anak-anak ke tadika dengan baju raya jelas terpancar di muka comel mereka. Bukannya selalu dapat berbaju biasa ke tadika. Oleh kerana ana ada tugasan lain di sebelah pagi maka cuma dapat rakamkan gambar anak-anak pada sesi petang, itupun hanya di Taman Mawar sahaja. Dengar ceritanya, di cawangan-cawangan lain pun, anak-anak tak kurang hebatnya melaram dengan baju raya masing-masing. Jom kita lihat mereka bergaya dengan pakaian sedondon....
Sila pilih pasangan yang paling ideal.
 
 Sebelum waktu rehat, anak-anak belajar di dalam kelas seperti biasa. Yang lainnya, hari ini mereka masuk kelas tanpa uniform tadika...
  
Dalam kelas pun, sempat mereka berposing.....Cheeseee!!!
Sebelum jamuan dimulakan, sempat cikgu-cikgu mengambil bahagian dalam acara yang istimewa ditujukan khas kepada anak-anak didik mereka iaitu PERTANDINGAN MAKAN KUIH RAYA. Sape cepat, dia menang
Inilah peserta-pesertanya...

"Baik-baik Cikgu Nani & Cikgu Nabila, takut tercekik, minumlah air dulu ya!"

"Dan pemenangnya ialah Cikgu Syafika Azira!"
Inilah juadah-juadah yang dibawa oleh anak-anak kita
Aneka kuih dan kek

Antara mee yang dihantar oleh ibubapa

Ada yang mengambil kesempatan sambut harijadi sekali...

Sempat pulak bakar satay ya....Juadah dari TM2
Masa yang ditunggu-tunggu, jamuan beramai-ramai.

Meriah gitu....Cikgu suap, laaagi meriah!!

Untuk melihat gambar lebih jelas, silalah ke slideshow disebelah kanan.
 

3 comments:

  1. ahaha...smuanye cute!!
    slmt hari raya...:)

    ReplyDelete
  2. Anak muridnya yang cute @ cikgunya yang cute? :)

    ReplyDelete
  3. aduyai....iye, cikgu2nye yg bjaye wat kan anak2 murid tu kiut smuanye:P

    ReplyDelete