Buat Teacher Baizura di Tmn. Scientex (1) dan suaminya Wan , tahniah kerana dapat baby yang ke-2 maghrib tadi. Walaupun tak cukup bulan, tetapi baby dan ibunya selamat. Selamat berehat (berpantang) 2 bulan, dan semoga sabar melayan kedua-dua hero ini.
Bagi Teacher Anita (TS2) & Teacher Suhaila tu, sabarlah2lah tunggu turn anda berdua pula ya!!!!
Nampaknya makin bertambahlah warga TPB. Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tahniah buat Teacher Siti Adzura Bt. Hj. Sam dan pasangannya Mohd. Hamka Bt. Hj. Husin yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu, 30 Januari 2010. Sebelum ke Taman Mawar, Teacher Adzura pernah mengajar di Tmn. Scientex (1) dan Tmn. Kota Masai (1). Kami di TPB berdoa semoga perkahwinan yang dibina atas dasar ketakwaan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Di dapur pagi tadi, sedang ana menyiapkan makan tengahari, airmata berjuraian. Bukan kerana mata termasuk lada waktu memasak atau bahang bawang yang dihiris tetapi kerana teringatkan cerita malam tadi.
Nini: Ibu, Hanafi meninggal....
Ana: Hanafi mana? sahut ana dari dalam bilik
Nini: Hanafi kawan abang tu. Ni adik baca dari blog kawan abang ni....Sambil dia membacakan cerita dari dalam blog tu...
Berderau darah ana. Hanafi kawan baik Allahyarham juga telah dijemput olehNya.
Ana: Bila tu? Ana inginkan kepastian
Nini: 22hb lepas. Hari Jumaat.
Ana imbas ingatan hari Jumaat lepas. Dapat call dari Teacher Alin mengatakan lambat ke TKM1 kerana jalan jam teruk. Waktu tu pula hari hujan.
Allahyarham Hanafi, anak yang baik. Sekiranya terdapat aktiviti di sekolah, allahyarham akan dibawa ke rumah kami. Sambil-sambil makan tengahari, kami bertiga bercerita sambil menasihati anak-anak remaja ini. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu ana pulang ke Malaysia dari Yaman mengambil Allahyarham Shafiq. Beliau meminta ana tolong hantarkan Allahyarham Hanafi mendaftar Form 6 di SMKPG2.
Sewaktu pemergian Allahyarham Shafiq, kelibat Allahyarham Hanafi tak kelihatan. Mungkin tak tahu cerita, fikir ana waktu itu.
Dikelas 5 AF SMPG, mereka bertiga saja murid lelaki yang masih stay di kelas tersebut. 2 telah pergi meninggalkan dunia ini. Benarlah firman Allah SWT,
Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukan (nya)......TQS Yunus (10):49
Anak-anakku, tenanglah kamu di alammu. Insyaallah, ibumu ini akan menjejakimu jua suatu hari nanti. Doa ibumu ini tidak akan putus-putus untuk kamu berdua selepas solat selagi hayat di kandung badan.
Sesungguhnya Allah menyayangi kamu lebih dari kami menyayangi kamu...
GAMBAR DI PAGI HARI WUKUF DI PADANG ARAFAH
Bulan Islam telah memasuki bulan safar, bulan masihi hampir menamatkan bulan Januari. Dah sebulan lebih kami balik dari mengerjakan haji. Begitu pantas waktu meninggalkan kita. Tanpa disedari, dah sekian lama blog ini tidak dikemaskini. Bagi yang sentiasa mengikuti blog ini, mungkin agak upset kerana cerita tak ada yang baru. Sebenarnya terlalu banyak cerita-cerita yang perlu dikongsi bersama. Tentang kehidupan, tentang Islam dan macam-macam lagi. Kekangan waktu kekadang membuatkan ana terpaksa mencari yang lebih penting. Keluarga.
Sepetang ana mengadap laptop untuk kemaskini gambar-gambar kelas sesi 2010. Alhamdulillah, ibubapa dah boleh melihat gambar-gambar anak mereka. Comel-comel dan bersih sekali wajah mereka, apatah lagi kalau yang dah diajar bertudung tu. Juga gambar-gambar yang diambil sewaktu program pra-tadika dan hari pertama persekolahan pada 31 Disember 2009 lepas.
Cuma ana masih berhutang gambar murid 6 tahun 2009 yang masih lagi pending hingga sekarang. Bukan sengaja mendiamkan diri cuma bila tiada jawapan dari pihak ketiga, jadi jawapan yang diberikan adalah "kita akan telefon bila gambar dah siap nanti"
Pihak ketiga telah dapat dihubungi minggu ini dan pastinya gambar bagi cawangan Taman Mawar akan dapat diedarkan dalam akhir minggu depan. Cawangan yang lain-lain tu, akan diedarkan secara berperingkat-peringkat dan ana sendiri pun mahu perkara ini diselesaikan secepat yang mungkin.
Insyaallah, ibubapa akan mendapat surat dari ana untuk mengetahui kedudukan gambar anak-anak mereka dalam masa yang terdekat ini.
Semoga ana diberikan kekuatan di dalam apa jua keadaan. Amin
Labbaikallahumalabbaik............Kami sambut seruanmu Ya Allah.
Begitulah talbiah yang diucapkan oleh semua jemaah haji yang menjadi tetamu Allah pada musim haji setiap tahun. Bagi yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tidak dapat dibayangkan bagaimana umat manusia dari segenap pelusuk dunia berkumpul untuk menunaikan rukun islam yang ke 5 itu. Jutaan manusia akan berkumpul di Padang Arafah di hari wukuf, dan disitulah kemuncak haji, tidak mengira bangsa, warna kulit dan bahasa. Begitulah kebesaran Allah Taala bagi mereka yang benar-benar memahaminya.
Insyaallah, hari ini juga, ana, Cikgu Tamizi dan Syafini akan berangkat ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah. Walaupun kami dah lepas kewajipan yang pertama, tetapi pemergian kali ini adalah untuk menghajikan allahyarham Ziza Amirul Shafiq. Doa ana semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat umrah dan haji yang mabrur.
Kami hanya dapat tahu tentang keberangkatan ke Tanah Suci ini baru Jumaat minggu lepas. So, tahu ajelah macam lipas kudung membuat persiapan lebih-lebih lagi persiapan Hari Anugerah di Stadium Perbadanan Pasir Gudang yang baru pertama kali dibuat pada tahun ini, Program Pra-Tadika dan persiapan akhir menyambut anak-anak baru 2010. Alhamdulillah, 95% beres, yang lagi 5% tu, bagi kat nak-anak buah settlekan. Itupun cuma yang ringan-ringan aje.
Paling sayu, 2 puteri kecil juga terpaksa ditinggalkan. Terpaksalah mereka cuti sekolah 2 minggu awal dan balik ke Kg. Ganchong Tengah, Pekan, Pahang. Balik kampung pun best juga, dapat tengok lembu kambing @ ayam bertelur kat bawah rumah. Emmm, satu pengalaman yang sudah pasti menyeronokkan!!.
Hari terbuka Tadika Pintar Bistari di semua cawangan. Seawal jam 7.30 pagi lagi, ibubapa dah datang ke tadika untuk mengambil keputusan peperiksaan semester 2. Walaupun keputusan dah dilihat di laman web tadika pada hari sebelumnya, tetapi mereka tetap berkunjung ke tadika untuk berjumpa sendiri dengan guru-guru yang berkenaan untuk mengetahui prestasi anak-anak sepanjang sesi persekolahan 2009 berlangsung. Tidak dapat dinafikan, keprihatinan ibubapa tentang pelajaran anak-anak dapat dilihat dari kehadiran mereka yang begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Syabas diucapkan kepada semua ibubapa yang dapat menghadirkan diri walaupun ada yang terpaksa mengambil cuti, time-off dan sebagainya. Guru-guru TPB pun gembira kerana inilah peluang yang sebaiknya untuk bertemu dengan ibubapa bagi berkongsi suka duka mendidik anak-anak sehingga ke tahap yang ada sekarang ini. Azam mereka, semoga kejayaan anak-anak akan terus berkekalan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Insyaallah.
Negara baru aje dilanda demam H1N1 dan nampak gayanya semakin hari semakin reda. Tiadalah lagi menteri yang bertanggungjawab keluar berita perdana mengisytiharkan angka penghidap baru, angka berapa yang disahkan positif H1N1 seterusnya angka kematian.
Di sekolah rendah demam exam UPSR dahpun berakhir, diikuti dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru aje merdeka dari PMR. Cuma aje yang belum lagi adalah calon-calon SPM
Di TPB demam exam bermula dari 12 ~ 15 Oktober lepas.
Mak ayah pula yang gabra.
"Anak aku jawab bendalah hari ni" Mungkin itu fikir mereka
Sebaliknya anak-anak...
Alah, kacang ajelah ayah............. ujar mereka dengan penuh yakin.
Yelah, mereka dah terbiasa dengan lembaran kerja (worksheet) setiap minggu. So benarlah kata-kata itu. Cuma ibubapa aje yang bimbang anak tak dapat markah 100. Kami guru-guru TPB kalau boleh tak nak kasi markah 100 sebab nampak macam senang sangat. Senang tak senang, nanti mak ayah tengoklah soalan-soalannya nanti, apatah lagi soalan-soalan kelas bistari. Kalau salah tu, biasalah, careless mistake walaupun telah diingatkan oleh guru-guru agar semak balik jawapan.
Dan yang tak sedap dengarnya, ada ibubapa yang kata tak tahu ada exam minggu ini sebab tak dapat surat makluman. Rasa ana selain dari surat makluman, takwim telah diberikan, dalam website tadika pun ada dinyatakan. Guru-guru pun dah berbuih mulut minta anak didik ulangkaji di rumah. Telefon dan Handphone tadika sentiasa bersedia menerima panggilan. Dan ana pun pening juga memikirkan kat mana silapnya.????.
Semoga segala salah silap menjadi pengajaran buat semua, apatah lagi kami warga TPB yang sentiasa jadi sasaran segelintir ibubapa yang tidak puas hati. Ana doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami semua dalam memikul amanah yang diberikan. Kepetahan, kebijakan dan kenakalan anak-anak sebenarnya penawar buat kami, guru-guru tadika. Kepada ibubapa yang sentiasa menghargai kami, bukan hadiah yang kami dambakan, sebaliknya "TERIMAKASIH CIKGU (dalam nada Upin & Ipin), itupun dah memadai. Wallah hu'alam
Sambutan Hari Raya di Tadika Pintar Bistari semua cawangan berlangsung dengan meriahnya. Menjamu selera dengan kuih raya, kuih muih dan minuman disulami dengan lagu-lagu raya. Anak-anak perempuan comel bergaya dengan pelbagai fesyen baju raya, yang lelaki lengkap dengan songkok dan samping, gembira sama-sama meraikan bersama cikgu-cikgu tersayang. Anak-anak digalakkan membawa sepiring kuih dan di akhir majlis, sepiring kuih menjadi sedulang kuih. Terimakasih kepada ibubapa yang menyumbang makanan dan minuman yang lebih dari itu. Dengan lebihan kuih-muih, sebaliknya anak-anak dibekalkan bawa balik semula agar mak ayah, adik, abang dan kakak dapat sama-sama merasai kuih kawan-kawan yang lain.