Thursday, May 27, 2010

LA TAHZAN

Salam kak, 
Saya dah tengok result anak saya, dia dapat tempat last dalam kelas. Saya dah tak tahu macamana nak buat lagi. Saya sedih sangat ni....
Dari kotak email ana pagi tadi. 
Beginilah luahan rasa seorang ibu, salah seorang sahabat ana bila melihat keputusan peperiksaan yang keluar hari ini. Sebenarnya bagi ana tiada apa yang hendak disedihkan kerana inilah kemampuan anak-anak. Setelah segala daya usaha yang kita sebagai ibubapa telah lakukan, hari ini begini keputusan, terima seadanya. Mungkin peperiksaan akan datang, ia akan bertambah baik, who knows!!

Cuma di sini ana nak berkongi salah satu buku yang sering ana baca. "Pesan-pesan yang mengungah"
Semoga menjadi pengubat duka bagi sahabat tadi dan ibubapa @ pembaca yang lain. Hayatilah....

Allah tidak memberi anda sesuatu bukanlah kerana Dia kedekut, atau kerana takut khazanah kekayaanNya berkurang. Atau kerana Dia hendak menyembunyikan apa yang menjadi hak anda. Dia sengaja tidak memberi anda sesuatu untuk:
mengembalikan anda kepadaNya, 
memuliakan anda dengan merendahkan diri kepadaNya, 
membuatkan anda kaya dengan menjadikan anda memerlukanNya,
memaksa anda bersimpuh didepanNya,
membuatkan anda merasa manisnya sikap merendahkan diri kepadaNya dan lazatnya sikap merasa perlu kepadaNya,
memakaikan pakaian ubudiah kepada anda,
menempatkan anda dengan membawa anda ke tingkat para wali yang mulia, serta memperlihatkan kepada anda kebijaksanaanNya dalam kekuasaanNya, rahmatNya dalam kemuliaanNya, dan kebaikanNya dalam kekuatanNya.
Jika Allah tidak memberi sesuatu maka itu secara tidak langsung merupakan satu pemberian. 
Jika Allah mengisolasi hambaNya, itu bererti Ia sedang mengangkatnya ke posisi yang terhormat.
Jika Allah menghukumnya, itu bererti Dia sedang mendidiknya.
Jika Ia mengujinya, itu merupakan nikmat dan bukti yang Ia sayangkannya

lA TAHZAN

JANGANLAH TENSION.....SENYUM SIKIT!!!

Salam..just to make u smile...kisah Saadar Singh..(whoever he is..)

1. Manager asked sardar at an interview.
Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Sardar replyed: -P-O-S-T-B-O-X.

2. After returning back from a foreign trip, sardar asked his wife,
Do I look like a foreigner?
Wife: No! Why?
Sardar: In London a lady asked me Are you a foreigner?

3. One tourist from U.S.A. asked Sardar:
Any great man born in this village???
Sardar: no sir, only small Babies!!! 

4. Interviewer: Just imagine you are on the 3rd floor, it caught fire
and how will you escape?
Sardar: its simple. I will stop my imagination!!!

5. Sardar: My mobile bill how much?
Call centre girl: sir, just dial 123to know current bill status
Sardar: Stupid, not CURRENT BILL my MOBILE BILL.

6. Teacher: Which is the oldest animal in world?
Sardar: ZEBRA
Teacher: How?
Sardar: Bcoz it is Black & White

7.Sardar attending an interview in Software Company.
Manager: Do U know MS Office?
Sardar: If U give me the address I will go there sir.

8.Sardar in airplane going 2 Bombay .. While its landing he shouted: " Bombay ... Bombay "
Air hostess said: "B silent.."
Sardar: "Ok.. Ombay. Ombay"

9.Teacher: "What is common between JESUS, KRISHNA , RAM, GANDHI and BUDHA?"
Sardar: "All are born on government holidays...!!!

10.Sir: What is difference between Orange and Apple?
Sardar: Color of Orange is orange, but color of Apple is not APPLE

SENYUM SOKMO......

DAH KELUAR DAH...

Apa yang keluarnya?

Apa lagi kalau tak keputusan peperiksaan Semester 1. Ramai ibubapa yang dah tak sabar-sabar nak tahu keputusan tapi seperti yang telah dijanjikan.....pada 27 Mei, tengahmalam, maka keputusan telah dipaparkan.

WELL DONE CIKGU SHAWA ATAS KERJA-KERJA BELAKANG TABIR TU
Dan untuk ana juga yang menunggu detik 12 malam untuk memaparkan keputusan. 

Maka berbaris-barislah nama-nama yang online waktu tengahmalam ni. Ana ingat  ana aje yang jadi burung hantu tapi ramai juga yang seangkatan rupanya.
EXCITED TERAMATNYA. Apatah lagi kalau ada gambar anak-anak yang terpampang sama.
Dipendekkan cerita, cuti hujung minggu ni, bolehlah bawa anak-anak membeli hadiah seperti yang dijanjikan.

 Tahniah untuk semua. Mak, ayah dan anak sekali.

Wednesday, May 26, 2010

ITU CUMA ANGKA

Inilah kad birthday milikku dari Blinge.com


Yang ke berapa?
Tidak kisahlah yang keberapa sebab itu cuma angka.
Yang penting sentiasa awet muda. (Jangan marah ya Shawa)
Nak tahu petua, boleh..... tapi ada pengerasnya!!
Thanks to all yang dah wish. 
(apasal lak kad tu bila transfer kat bog tak bling, bling, bling...) Musykil!!!

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Siang tadi sambutan hari guru telah diadakan di semua cawangan Tadika Pintar Bistari selepas waktu rehat pada kedua-dua sesi.

Beginilah acara-acara yang telah sempat ana rakamkan di Cawangan Taman Mawar. Kita saksikan.


                                  Acara mengisi air dalam botol

                                    Cikgu tiup.....
 
                                      Murid pecahkan.... pommmmm!!!!!!


                                  Bila tiba waktu makan

                                  Cayang, cayang cikgu ....!!!!!!!

                                    Manja, manja cikgu...!!!!

                                          Comel, comel cikgu.....

Beginilah kasih sayang cikgu-cikgu pada anak-anak didik mereka.

              Bukan ini yang kami harapkan...

               Sebahagian hadiah yang diterima oleh guru-guru

                               Makanan yang enak lagi lazat

                                    Serta yang comel


                                          Mahupun yang besar

Sekadar ingatan dan ucapan TERIMA KASIH CIKGU


DAN TERIMAKASIH JUGA KEPADA SEMUA IBUBAPA YANG MERUPAKAN GURU YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK. 
                                              BARAKALLAH.....




Thursday, May 13, 2010

4 IN 1 (LATIHAN CUTI SEKOLAH)

Inilah buku 4 in 1 yang telah ditempah oleh murid-murid melalui surat makluman Mei lepas.Buku-buku ini akan diedarkan pada Khamis minggu terakhir persekolahan. Kalau diberikan cepat-cepat, nanti cepat pulak dihabiskan oleh anak-anak, walhal cuti sekolah mereka agak lama iaitu 2 minggu. 

 Untuk murid-murid 6 tahun


 Untuk murid 5 tahun


Agaknya pening kepala ibubapa nak memikirkan apa aktiviti yang perlu untuk memenuhi ruang masa anak-anak ini? 
Cuti-cuti Malaysia? Ke mana destinasinya?
Hantar balik kampung rumah atuk nenek?
Fikir-fikirkanlah....

SELESAILAH SUDAH..

Alhamdulillah, peperiksaan semester 1, 2010 yang telah dijalankan semenjak Isnin lepas telah selesai siang tadi. Bagi anak-anak 5 tahun, mereka dah habiskan peperiksaan sejak semalam lagi. Hari ini last paper untuk subjek sempoa Kelas 6 tahun dan 6 Bistari.


Emm, banyaknya soalan cikgu kasi ni...

Kira, jangan tak kira...

Tak ada masa langsung nak curi-curi tengok kawan sebelah sebab masing-masing sibuk mengira...


Kamu kena pastikan jangan tersalah formula pulak ya....


Memang mantap anak-anak pintar bistari ni...



Wednesday, May 12, 2010

HIDANGAN ISTIMEWA HARI IBU

Inilah hidangan istimewa bersempena HARI IBU tahun ini.Nasi beriani yang first time ana cuba membuatnya sendiri dan hasilnya tak sia-sia dan rasanya pun yummy, yummy.....

Nasi beriani menggunakan rempah beriani faiza. Just ikut sahaja arahan yang diberikan. Insyaallah, menjadi.


Ayam masak merah resepi turun temurun.


Acar mentah yang simple.


Diminum bersama air sirap bandung. Lagi enak jika dicampurkan sedikit ais-krim soda.
(Diisi dalam cawan comel caca, hadiah dari abah sebab caca dapat markah ujian ketiga tertinggi dalam kelas 2 Perdana SKTR 2)


Dan sedia untuk dimakan. Inilah hidangan istimewa kami sempena HARI IBU.

YANG PENTING ADALAH IANYA DARI AIR TANGAN IBU.



Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU (2)

Bersempena hari Ibu, ana ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' kepada insan-insan ini.
  1. Hjh.Mariam Binti Abu Bakar ~ ibu kandung ana, yang sekarang ini masih sihat (sihat orang tua) yang banyak menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan mengajar mengaji di tempat tinggal beliau di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Semoga diberikan kesihatan yang baik agar niat untuk mengerjakan umrah Julai nanti termakbul. 
  2. Hjh. Jeriah binti Abd. Rahman ~ ibu mertua yang sekarang ini tinggal hanya berdua sahaja di rumah di Kg. Ganchong Tengah, Pekan, dan sesekali anak-anak datang menjenguk. Ibu yang tidak suka duduk diam, masih lagi pergi menoreh getah (katanya untuk mengeluarkan peluh, bukan untuk $$$) dan setiap petang menghalau lembu-lembu ke kandang. Nenek yang suka melayan cucu bernama CACA berborak di dalam telefon.
  3. Pn. Ramlah ~ ibu angkat kami yang tinggal di Kg. Plentong Tengah yang telah menjaga Allahyarham sejak umur 2 bulan sehingga berumur 7 tahun. Seorang ibu yang kaya dengan kasih sayang walaupun miskin harta. Semoga doa untuk mengerjakan haji pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah SWT. 
  4. Untuk semua ibu-ibu di luar sana yang tidak kenal erti penat sebagai pengurus rumahtangga. Semoga amanah  Allah kepada kalian semua dapat disempurnakan sebaik mungkin.  
Bagi ana, hari-hari adalah hari ibu sebab ibu adalah orang yang amat istimewa.  Firman Allah, di dalam
TQS: Al-Isra: 23 ~ 25
 Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24) Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (25)

SELAMAT HARI IBU

Sewaktu meninjau-ninjau gerai di pasar tani di Pusat Bandar Pasir Gudang, tiba-tiba ana didekati oleh seorang lelaki sambil menghulurkan bunga. Bunga ros pulak tu. Hai, berderau darah ana bila tiba-tiba ada orang kasi bunga. Sebab selama inipun Cikgu Tamizi bukannya jenis yang romantik, nak kasi bunga-bunga ni, Dalam terkedu ana bertanya,

"Bunga untuk apa?".........
"Untuk Hari Ibu", katanya ringkas.

Inilah mawar merah bersempena Hari Ibu yang ana dapat pagi tadi.



Friday, May 7, 2010

BANYAK YANG ROSAK NI....

Petang Rabu lepas, tiba-tiba dapat call dari Jabatan Pergigian memberitahu nak datang ke cawangan Taman Scientex untuk membuat pemeriksaan gigi murid-murid. Disebabkan dapat tahu pada saat-saat akhir, tak dapatlah nak beritahu murid agar bawa cawan dan berus gigi untuk demonstrasi memberus gigi.

Mula-mula team pergigian pergi ke cawangan Taman Scientex 2 untuk buat pemeriksaan. Semuanya berjalan lancar dan teratur sebab muridnya taklah ramai sangat. Ana pun tak sempat nak ke sana sebab pagi ada urusan lain. Cuma sempat menyibukkan diri mengambil gambar di Cawangan Taman Scientex 1 sahaja.

 Inilah replika gigi yang digunakan. Amboi, besarnya gigi Makcik Misi



Anak-anak juga diajar cara-cara memberus gigi yang betul.



Di antara carta-carta yang digunakan dalam sesi penerangan dengan murid-murid.


Mari kita lihat gelagat anak-anak kita ini bila gigi mereka diperiksa.
"Emm, bagus, gigi semua cantik-cantik belaka"


"Banyak yang rosak ni, ajak mak gi klinik ya"!!

Dan pengakhirnya,
Sebagai penghargaan, terimalah cenderahati dari TPB......... Jangan serik datang lagi.

HARINYA HAMPIR TIBA....

Hari Isnin nanti, anak-anak TPB akan menduduki peperiksaan Semester 1, 2010. Fail bersama-sama dengan kertas-kertas lembaran kerja telahpun diserahkan kepada semua murid untuk diulangkaji. Peperiksaan bermula dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Jadual peperiksaan juga telah dimasukkan di dalam surat makluman bulan Mei. Sebagai rujukan sekiranya terhilang, bolehlah dapatkan di website tadika. 
Guru-guru pula petang Jumaat tadi sibuk menampal kertas-kertas suratkhabar kat dinding-dinding kelas agar waktu periksa  nanti murid-murid taklah mendongak-dongak mencari jawapan.
Bagi anak-anak 6 tahun, mungkin dah terbiasa dengan peperiksaan sebab sebelum ini dah ada 2 ujian. Cuma soalan  aje yang banyak perlu dijawab. 

Kita lihat siapakah gerangan yang menyiapkan semua kertas-kertas soalan ini...!!!
Inilah dia Pn. Shawariah yang sedang bertungkus lumus memerah otak membuat kertas soalan tapi sempat juga berposing untuk hilang tension.

Dan beginilah kertas-kertas soalan yang telah siap. 
Lihat kat luar ajelah ya. Kat dalam tak boleh, nanti soalan bocor pulak.

"Cikgu, soalan senang ke susah?"
"Emm, boleh tahan juga la. Mana-mana anak murid 6 Bistari yang dapat 100 % dalam subjek English bolehlah tuntut hadiah dari Cikgu Zainun sebab soalannya cukup mencabar"

ANYWAY, GOOD LUCK TO ALL

LAWATAN KE RINTING

Seawal pagi lagi setelah menghantar anak-anak ke sekolah, kami berdua ke Jabatan Pendidikan Johor kerana urusan permit guru-guru baru. Waktu pulang sempat menyinggah di Cawangan Taman Rinting.

          Lihat apa yang teacher Amalina buat tu dengan anak-anaknya...!!!!


"Tengok cikgu buat ni. Mula-mula gentel plastisin kemudian bentukkan menjadi cendawan. Gentel lagi. Kita buat cincin pulak ya. masukkan jari kamu ke dalam cincin ni. Muat tak?"



                Cikgu Tamizi juga turut turun padang.

                                    Subjek congak kelas 6 tahun



                  "Lihat, kami telah lancar membaca buku-buku ini"