Bersempena hari Ibu, ana ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' kepada insan-insan ini.
- Hjh.Mariam Binti Abu Bakar ~ ibu kandung ana, yang sekarang ini masih sihat (sihat orang tua) yang banyak menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan mengajar mengaji di tempat tinggal beliau di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Semoga diberikan kesihatan yang baik agar niat untuk mengerjakan umrah Julai nanti termakbul.
- Hjh. Jeriah binti Abd. Rahman ~ ibu mertua yang sekarang ini tinggal hanya berdua sahaja di rumah di Kg. Ganchong Tengah, Pekan, dan sesekali anak-anak datang menjenguk. Ibu yang tidak suka duduk diam, masih lagi pergi menoreh getah (katanya untuk mengeluarkan peluh, bukan untuk $$$) dan setiap petang menghalau lembu-lembu ke kandang. Nenek yang suka melayan cucu bernama CACA berborak di dalam telefon.
- Pn. Ramlah ~ ibu angkat kami yang tinggal di Kg. Plentong Tengah yang telah menjaga Allahyarham sejak umur 2 bulan sehingga berumur 7 tahun. Seorang ibu yang kaya dengan kasih sayang walaupun miskin harta. Semoga doa untuk mengerjakan haji pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah SWT.
- Untuk semua ibu-ibu di luar sana yang tidak kenal erti penat sebagai pengurus rumahtangga. Semoga amanah Allah kepada kalian semua dapat disempurnakan sebaik mungkin.
Bagi ana, hari-hari adalah hari ibu sebab ibu adalah orang yang amat istimewa. Firman Allah, di dalam
TQS: Al-Isra: 23 ~ 25
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24) Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (25)
No comments:
Post a Comment