Thursday, May 27, 2010

LA TAHZAN

Salam kak, 
Saya dah tengok result anak saya, dia dapat tempat last dalam kelas. Saya dah tak tahu macamana nak buat lagi. Saya sedih sangat ni....
Dari kotak email ana pagi tadi. 
Beginilah luahan rasa seorang ibu, salah seorang sahabat ana bila melihat keputusan peperiksaan yang keluar hari ini. Sebenarnya bagi ana tiada apa yang hendak disedihkan kerana inilah kemampuan anak-anak. Setelah segala daya usaha yang kita sebagai ibubapa telah lakukan, hari ini begini keputusan, terima seadanya. Mungkin peperiksaan akan datang, ia akan bertambah baik, who knows!!

Cuma di sini ana nak berkongi salah satu buku yang sering ana baca. "Pesan-pesan yang mengungah"
Semoga menjadi pengubat duka bagi sahabat tadi dan ibubapa @ pembaca yang lain. Hayatilah....

Allah tidak memberi anda sesuatu bukanlah kerana Dia kedekut, atau kerana takut khazanah kekayaanNya berkurang. Atau kerana Dia hendak menyembunyikan apa yang menjadi hak anda. Dia sengaja tidak memberi anda sesuatu untuk:
mengembalikan anda kepadaNya, 
memuliakan anda dengan merendahkan diri kepadaNya, 
membuatkan anda kaya dengan menjadikan anda memerlukanNya,
memaksa anda bersimpuh didepanNya,
membuatkan anda merasa manisnya sikap merendahkan diri kepadaNya dan lazatnya sikap merasa perlu kepadaNya,
memakaikan pakaian ubudiah kepada anda,
menempatkan anda dengan membawa anda ke tingkat para wali yang mulia, serta memperlihatkan kepada anda kebijaksanaanNya dalam kekuasaanNya, rahmatNya dalam kemuliaanNya, dan kebaikanNya dalam kekuatanNya.
Jika Allah tidak memberi sesuatu maka itu secara tidak langsung merupakan satu pemberian. 
Jika Allah mengisolasi hambaNya, itu bererti Ia sedang mengangkatnya ke posisi yang terhormat.
Jika Allah menghukumnya, itu bererti Dia sedang mendidiknya.
Jika Ia mengujinya, itu merupakan nikmat dan bukti yang Ia sayangkannya

lA TAHZAN

2 comments:

  1. sayu dengan luahan seorang ibu..jangan putus asa & terus mendoakan kejayaan anak .. doa seorang ibu itu amat mujarab..Junaini

    ReplyDelete
  2. Sayu membaca luahan seorang ibu..jangan putus asa, terus mendoakan kejayaan anak. Doa seorang ibu sangat mujarab.

    ReplyDelete