Friday, May 7, 2010

BANYAK YANG ROSAK NI....

Petang Rabu lepas, tiba-tiba dapat call dari Jabatan Pergigian memberitahu nak datang ke cawangan Taman Scientex untuk membuat pemeriksaan gigi murid-murid. Disebabkan dapat tahu pada saat-saat akhir, tak dapatlah nak beritahu murid agar bawa cawan dan berus gigi untuk demonstrasi memberus gigi.

Mula-mula team pergigian pergi ke cawangan Taman Scientex 2 untuk buat pemeriksaan. Semuanya berjalan lancar dan teratur sebab muridnya taklah ramai sangat. Ana pun tak sempat nak ke sana sebab pagi ada urusan lain. Cuma sempat menyibukkan diri mengambil gambar di Cawangan Taman Scientex 1 sahaja.

 Inilah replika gigi yang digunakan. Amboi, besarnya gigi Makcik Misi



Anak-anak juga diajar cara-cara memberus gigi yang betul.



Di antara carta-carta yang digunakan dalam sesi penerangan dengan murid-murid.


Mari kita lihat gelagat anak-anak kita ini bila gigi mereka diperiksa.
"Emm, bagus, gigi semua cantik-cantik belaka"


"Banyak yang rosak ni, ajak mak gi klinik ya"!!

Dan pengakhirnya,
Sebagai penghargaan, terimalah cenderahati dari TPB......... Jangan serik datang lagi.

No comments:

Post a Comment