Friday, May 7, 2010

HARINYA HAMPIR TIBA....

Hari Isnin nanti, anak-anak TPB akan menduduki peperiksaan Semester 1, 2010. Fail bersama-sama dengan kertas-kertas lembaran kerja telahpun diserahkan kepada semua murid untuk diulangkaji. Peperiksaan bermula dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Jadual peperiksaan juga telah dimasukkan di dalam surat makluman bulan Mei. Sebagai rujukan sekiranya terhilang, bolehlah dapatkan di website tadika. 
Guru-guru pula petang Jumaat tadi sibuk menampal kertas-kertas suratkhabar kat dinding-dinding kelas agar waktu periksa  nanti murid-murid taklah mendongak-dongak mencari jawapan.
Bagi anak-anak 6 tahun, mungkin dah terbiasa dengan peperiksaan sebab sebelum ini dah ada 2 ujian. Cuma soalan  aje yang banyak perlu dijawab. 

Kita lihat siapakah gerangan yang menyiapkan semua kertas-kertas soalan ini...!!!
Inilah dia Pn. Shawariah yang sedang bertungkus lumus memerah otak membuat kertas soalan tapi sempat juga berposing untuk hilang tension.

Dan beginilah kertas-kertas soalan yang telah siap. 
Lihat kat luar ajelah ya. Kat dalam tak boleh, nanti soalan bocor pulak.

"Cikgu, soalan senang ke susah?"
"Emm, boleh tahan juga la. Mana-mana anak murid 6 Bistari yang dapat 100 % dalam subjek English bolehlah tuntut hadiah dari Cikgu Zainun sebab soalannya cukup mencabar"

ANYWAY, GOOD LUCK TO ALL

No comments:

Post a Comment