Tuesday, November 30, 2010

TADIKA INOVASI BISTARI

Seperti yang telah diumumkan pada Hari Anugerah Cemerlang yang lepas, Tadika Inovasi Bistari akan memulakan operasi pada sesi 2011. Nama berbeza dan dah tentu konsep yang berbeza. Di Inovasi Bistari, murid akan diperkenalkan dengan Bahasa Arab dan pendedahan IT. Brosur tentang Tadika Inovasi Bistari telah diagih-agihkan kepada semua murid sebelum cuti lepas. Alhamdulillah, banyak sambutan ibubapa murid-murid TPB yang ingin memindahkan anak-anak ke TIB, dengan alasan yang tersendiri. Tempat yang terhad iaitu sesi pagi K1 dan K2 masing-masing satu kelas. Sama juga dengan sesi petang. Transport untuk Taman Bukit Dahlia, Taman Mawar dan Taman Air Biru telah diuruskan oleh pihak pengurusan. Untuk kawasan lain, kalau ibubapa nak, terpaksa uruskan transport sendiri.

MAKLUMAT TERKINI:
Sesi pagi untuk K2 (6 tahun) telah ditutup. Untuk pendaftaran selepas ini, akan dimasukkan ke sesi petang.
Agar tidak terlepas lagi, sila confirmkan pendaftaran tuan/puan secepat mungkin. Untuk maklumat dan pertanyaan, sila hubungi ana (019-7387800)

Mungkin ada dari kalangan ibubapa yang meninjau lokasi tadika tapi tak jumpa. 
Alamat seperti di bawah. Sebelumnya adalah rumah contoh Mini Dahlia, selorong dengan Johor Land Sales Office. No 3 dari kiri. Masih belum seperti tadika lagi sebab masih dalam proses. Insyaallah, awal Januari nanti dah boleh beroperasi. Ada lagi sebulan.  Inilah gambarnya.

TADIKA INOVASI BISTARI
11, JALAN DAHLIA, TAMAN BUKIT DAHLIA,
PASIR GUDANG, JOHOR.

Friday, November 19, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba


Backdrop dengan tema futuristik bersama Powerpuff Girl hasil tangan guru-guru TS1 dan TS2


Ucapan panjang lebar tanpa skrip dari Pengerusi TPB


Persembahan pancaragam gabungan Sekolah-sekolah Menengah Pasir Gudang

Penerima hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan.

Anak-anak menunggu untuk naik ke pentas membuat persembahan
Persembahan yang pelbagai
Antaranya nasyid yang meruntun jiwa ibubapa
 Rakan niaga yang menyewa lot


Sunday, November 14, 2010

SENTUHAN TERAKHIR



Menyiapkan bungga manggar

Sapalah yang berarak pagi esok ni?

Medal dah siap disusun

Persiapan belon di pentas


Belon diikat bagi membentuk paten yang dikehendaki

Hadiah dan sijil untuk penerima Anugerah Khas

Macam-macam hadiah dan cenderhati yang ada

Saturday, November 13, 2010

RAPTAI HARI ANUGERAH

Jam 12 tengahari, guru-guru telah siap berkumpul di stadium untuk raptai petang ini. raptai dijadualkan pada jam 2 petang tapi jam 1 tengahari, sudah ramai yang datang. mungkin tidak sabar untuk raptai penuh hari ini. Waktu ana sampai telah banyak kereta-kereta di parkir. Agaknya kalau esok, makin bertambah lagi bilangannya.

Raptai penuh mengambil masa 3 jam setengah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjamg raptai petang tadi.

Di antara murid-murid yang mengambil bahagian

Ibubapa yang turut memberi sokongan

Duduk di atas dapat lihat dengan jelas

Persembahan tarian selendang

Taubat maksiat

Guru TR masih lagi membuat persiapan

Postmortem raptai dan taklimat akhir dari pengarah program

Kerja-kerja menaikkan backdrop
Jom singgah dan beli barangan Tupperware

Hasil karya guru-guru Taman Scientex (1) dan (2)



PERSEDIAAN HARI ANUGERAH

Bak kata Teacher Su, macam nak menerima menantu pulak menjelang Hari Anugerah Cemerlang pada hari Ahad ini. Masing-masing dengan tugasan yang diberikan. Inilah kemuncak segala program kepada Tadika Pintar Bistari pada tahun 2010 ini. Latihan persembahan dan persiapan pakaian dan aksesori di setiap cawangan. Sementara bahagian pengurusan perlu memastikan segala piala, hadiah dan cenderamata, makanan dan minuman dapat disediakan sebelum hari Sabtu. Beginilah di antara persiapan yang dibuat di HQ.

Gotong royong tanda muafakat
Cenderahati dan hadiah untuk semua peserta

Alhamdulilah, syukur kerana sumbangan dari ibubapa juga banyak diterima. Walaupun telah melepasi tarikh yang ditetapkan, tetapi masih ada lagi sumbangan yang muncul di saat akhir. Terima kasih kepada semua ibubapa yang menghulurkan bantuan, tidak kiralah berapa nilai RM nya. Semoga pemberian kalian akan menambahkan lagi rezeki di masa-masa mendatang.   

Di sebelah petang Jumaat, ana ke Stadium Perbadanan Pasir Gudang untuk melihat persiapan lokasi. Tapi malangnya kedudukan pentas tidak seperti yang kami kehendaki. Jadi kami terpaksa membuat pertukaran layout di saat-saat akhir. Bayangkan, dalam menangani kehadiran anak-anak yang melebihi 500 orang, semuanya perlu dibuat segera. Mujurlah ada pengarah dan penolong pengarah program yang cekap. Credits untuk mereka.

Kebetulan pula kumpulam pancaragam sedang membuat latihan di situ. Dapatlah ana melihat dan menikmati lagu-lagu yang dimainkan walaupun seketika. Beginilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Kumpulan pancaragam ini akan membuat persembahan pada hari anugerah nanti. Bukan percuma, tetapi berbayar!


Semua anggota pancaragam adalah pelajar perempuan kerana lebih berdisiplin.

Memerlukan latihan yang konsisten

Jumlah yang datang membuat latihan agak kurang

Wednesday, November 10, 2010

SURAT JEMPUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Surat jemputan kepada semua ibubapa akan diagih-agihkan kepada murid pada hari ini. Penuh 2 mukasurat acaranya yang akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 1.00 tengahari. Untuk tahun kedua, majlis ini akan dibuat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Anak-anak K2 sibuk berlatih persembahan. Ada tarian tradisional, koir, irama 70'an, drama musikal, boria, dikir barat, stomp dan macam-macam lagi. Dan pertama kali dalam sejarah TPB, ada persembahan khas pancaragam sekolah menengah.
Terbayang di wajah anak-anak kesungguhan mereka berlatih. Ana sendiri pun teruja kerana tahun lepas tidak dapat mengikuti kerana berada di Tanah Suci. Harap-harap tahun ini, lagi meriah dari tahun sebelumnya. 
Di stadium, tempat yang luas dan selesa (berhawa dingin). Ayuh, bawa adik-beradik, makcik-pakcik, datuk nenek, jiran-jiran ke majlis pada hari Ahad ini.
Gerai-gerai jualan juga disediakan pada tahun ini. Ada gerai makanan dan minuman, buku, pakaian, cenderahati dan gerai perkhidmatan yang lain. Meriah gitu! 

SOALAN CEPUMAS

I'm back.
Selepas beberapa hari di Jakarta, Bogor, Bandung dan Puncak, akhirnya kami sekeluarga selamat sampai balik ke Pasir Gudang setelah flight Jakarta KLIA dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan (disebabkan abu panas Gunung Merapi). Cerita seterusnya akan dientri kemudian.

Isnin, rutin seperti biasa. Cuma ada beberapa soalan cepumas yang perlu diberi jawapan. Soalan cepumas daripada beberapa orang ibubapa. Sebenarnya soalan itu telah diberikan jawapan dalam "shout" disebelah tetapi tak tahu kenapa, ia meragam (database error) ~ terpaksa di remove
Sebenarnya ruang ini bukanlah yang terbaik untuk memberikan jawapan kerana ana lebih suka berkomunikasi secara 2 hala dalam bab-bab pengurusan tetapi sebagai jawapan segera, di sinilah tempatnya.
En. Azian: Kenapa yuran naik RM10?
Kalau difikirkan dalam 10 tahun lepas, berkali-kali kenaikan harga telah berlaku dalam kehidupan seharian kita. Harga tepung naik, harga gula naik, harga minyak naik dan macam-macam yang naik, tak pernah turun melainkan air hujan sahaja. Dan bila ada kenaikan kepada keperluan seharian, nak atau tidak, kita sebagai rakyat terpaksa menerimanya walaupun terasa berat. Namun begitu, sebagai pengguna, kita ada hak untuk membuat pilihan. Ana percaya, saban tahun gaji juga naik sekiranya kita bekerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Berkenaan dengan kenaikan RM10, sebenarnya yuran syiling tadika (menggantikan harga syiling) adalah RM150 sebulan. Maksudnya, sewaktu membuat permohonan menjalankan tadika, yuran yang ditetapkan adalah RM150, Pengusaha boleh aje meletakkan yuran RM100 @ RM110 @ 140 sebulan tetapi tidak boleh melebihi RM150. Kalau nak lebih, kena buat permohonan baru ke Jabatan Pelajaran Johor.
TPB telah lebih 10 tahun beroperasi dan inilah kali pertama kenaikan dibuat. Bayangkan saban tahun gaji guru-guru terpaksa dinaikkkan kerana kos kehidupan yang semakin tinggi, belanja pengurusan yang meningkat kerana harga kertas naik, bil-bil yang semakin meningkat, harga buku yang naik tetapi kami masih lagi kekal dengan yuran lama (RM100).
Mengambil kira faktor ini, jadi pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menaikkan yuran kepada RM110 dan RM140 (kelas bistari). Dan ana mengharapkan kenaikan RM10 ini tidak membebankan ibubapa dan pihak pengurusan juga akan tetap memastikan bahawa kualiti pembelajaran anak-anak akan tetap dijaga. Juga perlu dijelaskan bahawa harga uniform, buku-buku program reading dan semester 1 masih tetap sama.
Ibubapa punya pilihan samada ingin meyekolahkan anak-anak di tadika yang yurannya murah, sederhana @ mahal kerana di P.Gudang ini sendiri terlalu banyak pilihan tadika dan kami juga perlu bersaing tetapi persaingan yang sihat. Tepuk dada tanya selera! 
Pn. Sharifah: Kenapa tidak dibuat majlis konvokesyen tadika seperti tadika yang lain?
Hari Anugerah Cemerlang diadakan sebagai program terakhir anak-anak K2 di TPB. Di sini diadakan penyampaian hadiah kepada yang anak-anak K1 & K2 yang cemerlang di dalam peperiksaan SEM. 2 dan juga persembahan murid-murid K2. Sebab itulah semua anak-anak K2 digalakkan mengambil bahagian di dalam acara-acara yang telah ditetapkan. Melatih anak-anak ini memerlukan kesabaran peringkat maksimum tetapi insyaallah, berbaloi hasilnya.
Sebagai gantian konvokesyen dan pemberian sijil, semua anak-anak telah diambil gambar kelas dan gambar individu (berjubah dan memegang skrol) dan alhamdulillah, gambar telah diserahkan kepada murid pada hari terbuka yang lepas. Masih ada sedikit yang pending kerana masalah teknikal dan sekarang ini dalam proses dan akan diserahkan kepada murid dengan kadar segera. Insyaallah
Mengambil kira komitmen masa ibubapa dan keselesaan anak-anak, maka sebab itulah kami tidak membuat majlis sedemikian. Untuk pengetahuan, tahun ini sahaja sebanyak 23 acara persembahan dan 15 acara penyampaian hadiah telahpun dirancang. Insyaallah, ibubapa akan menerima surat jemputan pada hari ini.
Itupun telah mengambil masa setengah hari. Kalau diadakan konvokesyen dengan jumlah murid K2 menghampiri 500 orang, tak dapat ana bayangkan masa yang perlu kami peruntukkan.
Apapun, terima kasih kepada Pn. Sharifah di atas cadangan ini dan juga pasal buku Jawi tu. Terima kasih kerana membantu kami di TPB bagi memastikan kesinambungan pembelajaran tadika dan sekolah rendah.

Wednesday, November 3, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti-cuti Malaysia bermula. 
Murid-murid telah diberikan cuti bermula dari 3 Nov ((Rabu) hinggalah Ahad. Namun begitu TPB setiap cawangan akan tetap beroperasi dan hanya akan bercuti Deepavali bermula pada hari Jumaat. Sekiranya terdapat ibubapa yang hendak berurusan (pembayaran, pendaftaran dsb) silalah ke TPB dari jam 8.00 pagi ~ 5 petang. 

Dikesempatan cuti yang agak panjang ini, bolehlah cuti-cuti Malaysia bersama anak-anak, mungkin sebagai hadiah kecemerlangan, ataupun mungkin sebagai motivasi supaya lebih tekun lagi (siapa tahu, menjadi umpan)

Antara tempat menarik adalah
Mines Wonderland
Cameron Highland

Pengalaman memetik strawberry

Dan ana akan berwisata ke Jakarta/Bandung. Misi membantu mangsa Gunung Merapi dan mangsa tsunami.
Nanti cerita ya. Sebab itu masih berblogging hingga awal pagi. Takut tak sedar tidur sebab 5 pagi dah kena ke KLIA. Flight ke Jakarta jam 7.50 pagi. Sekarang ni kat Shah Alam. Jumpa Isnin nanti. Insyaallah, jika dipanjangkan umur. 

SILA SEMAK PETI SURAT ANDA

Surat berkenaan Program Pra-tadika 2011 telahpun dihantar kepada anak-anak yang layak. Kepada semua ibubapa yang mana anak-anak akan memasuki K1 pada 2011 dan telah mendaftar awal, sila semak peti surat anda. Kalau tiada, sila hubungi TPB cawangan masing-masing. Borang persetujuan ini perlu dipulangkan pada 4hb November (Khamis) untuk tindakan selanjutnya.

Senarai bayaran bagi 2011 untuk semua pelajar juga telah diposkan ke alamat yang diberikan. Iannya sebagai persiapan awal ibubapa untuk merancang perbelanjaan kerana bila nak memulakan sesi baru persekolahan, ramai yang mengeluh tetapi bagi yang pandai menguruskan perbelanjaan, mungkin tiada masalah. Syabas!

FENOMENA BORANG HIJAU

Borang hijau ini adalah borang bantuan prasekolah swasta yang telah diedarkan pada hari Khamis dan perlu dihantar dengan lengkapnya pada hari Jumaat. Alhamdulillah, lebih dari 300 borang yang telah pihak kami terima dan akan disalurkan ke kementerian. Kami sebagai orang tengah hanya menyediakan data-data yang diperlukan. Dipilih dan dapat bantuan atau tidak, itu bukan kuasa kami. Mudah-mudah, semuanya dapat. Kerajaan bermurah hati nak kasi bantuan, ambil ajelah. Mungkin ada udang disebalik batu. dah nak pilihanraya tahun depan. Bagi yang 6 tahun 2010, kalau dapat akan dihubungi oleh pihak TPB. Bagi yang 5 tahun, boleh aje ditolak dengan yuran 2011 nanti. Berapa RM yang boleh dapat, ana sendiri pun tidak tahu maklumat sebenarnya. 

Pagi sabtu lepas, hari bekerja di TPB. Pejabat pengurusan TM1 seperti bilik urusetia SPR pula. Prose key-in data dalam format yang disediakan. Sebelumnya, ana dah masukkan nama semua murid dalam format tu, jam 2 pagi bari siap. Mujurlah, data murid dah sedia ada, tak perlu key-in satu persatu. Hanya copy dan paste tapi kalau dah ramai muridnya, jenuh jugalah. Esok paginya, guru-guru key-in data dari borang yang telah dikembalikan.7 orang telah dikerahkan. Setengah hari pun tak siap juga, bertukar tangan kepada yang sukarela menawarkan diri, dan imbuhannya adalah nasi ayan penyet sebagai makan tengahari.
Tak habis kat situ, kemaskini ana yang buat sebab perlu disemak agar semuanya betul tapi yang peningnya bila ada maklumat yang diberikan tertukar @ tidak lengkap. Kena call lagi ibubapa untuk kepastian.

Beginilah fenomena borang hijau 2010. Ahhhh, penatnya.
Untuk 2011, permohonan adalah melalui pendaftaran melalui E-kasih secara online. Rajin-rajinlah melawat website JPNJ untuk info.    Lihat link ini

 

TERIMA KASIH DATANG

Ya, terima kasih kerana datang ke Hari Terbuka TPB (ada juga yang menyebutnya hari pelanggan) yang dibuat serentak di semua cawangan pada Jumaat 29 Oktober 2010.  Setelah bertungkus lumus cikgu-cikgu menyiapkan tandaan kertas peperiksaan, kemaskini rekod-rekod doa dan hafalan, ambil timbangan berat dan ukuran tinggi anak-anak murid pada semester ini, dan macam-macam lagi, akhirnya berbaloi bila ibubapa datang bersama-sama dengan anak-anak mereka dengan muka ceria pada hari tersebut. Ada juga yang datang dengan riak muka kesedihan kerana prestasi anak tidak seperti yang dijangkakan tetapi inilah hasil usaha mereka. Tidak berjaya kali ini, mungkin akan datang usaha bertambah, akan ada hasil yang memberangsangkan.

Seperti biasa, ana dan Cikgu Tamizi akan meround tadika, Inilah peluang untuk bertemu ibubapa yang datang sambil bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan. Destinasi pertama adalah Kota Masai 1. Sewaktu sampai waktu pagi tu, dah ramai yang menunggu di dalam kelas masing-masing.
Seorang bapa mendaftar dan mengambil nombor. Sapa cepat, dia dulu masuk (TKM1)
Satu keluarga datang memberikan sokongan (TR)

Prestasi anak diterangkan satu persatu (TM)

Walaupun ibu 'menunggu hari', tetapi tetap aje bersemangat. Selamat melahirkan! (TS2)
2011 melangkah ke darjah 1, kenangan terindah di TPB
Cikgu tidak lokek memberikan hadiah (TS1)
3 keturunan hasil didikan TPB (TKM1)

Terima kasih sekali lagi kepada semua ibubapa kerana datang walaupun terpaksa mengambil cuti. Kedatang tuan/puan menambahkan semangat kami lagi untuk mendidik anak-anak-ini. Doakan semoga kami diberikan kesabaran dan kecekalan. Semoga usaha kami dikira sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT. Amin.




KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 2, 2010

Seperti dijanjikan, keputusan telahpun diuploadkan ke website tadika pada Rabu lepas dan malamnya berduyun-duyun yang berbaris untuk melihat keputusan anak masing-masing. Keesokan paginya, lagilah ramai yang berkunjung. Talian hayat di cawangan utama Taman Mawar tidak berhenti-henti berdering meminta bantuan, yelah tak semua yang menguasai internet tetapi kerana teruja hendak melihat keputusan, kenalah celik IT dan belajar.

Di papan kenyataan setiap cawangan telah terpampang semua keputusan dan gambar-gambar anak-anak yang berjaya mendapat top 3. Tahniah diucapkan. Kepada yang kurang memberangsangkan, usaha lagu tanpa jemu dan ibubapalah pendorong kepada anak-anak ini. Apapun, jangan dilihat kepada nombornya tetapi lihatlah kepada peratusan pencapaian kerana persaingan memang sengit. 

Cendawan tumbuh selepas hujan dibayangi pelangi  (TM K1)

Sesi pagi 5 dan 6 tahun (TM)


5 tahun sesi petang (TM)

Gambar anak sapelah ni ya?




Sang arnab berhenti rehat sebentar sementara menunggu sang kura-kura

Kemeja merah bersangkutan di ampaian (TS1)

Patutlah cari rampas ratus tak jumpa kat dapur , rupanya dah dilekatkan di papan kenyataan ini (TS1)
Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang diambil. Kreativiti guru tadika memang terserlah. syabas diucapkan.