Surat jemputan kepada semua ibubapa akan diagih-agihkan kepada murid pada hari ini. Penuh 2 mukasurat acaranya yang akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 1.00 tengahari. Untuk tahun kedua, majlis ini akan dibuat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Anak-anak K2 sibuk berlatih persembahan. Ada tarian tradisional, koir, irama 70'an, drama musikal, boria, dikir barat, stomp dan macam-macam lagi. Dan pertama kali dalam sejarah TPB, ada persembahan khas pancaragam sekolah menengah.
Terbayang di wajah anak-anak kesungguhan mereka berlatih. Ana sendiri pun teruja kerana tahun lepas tidak dapat mengikuti kerana berada di Tanah Suci. Harap-harap tahun ini, lagi meriah dari tahun sebelumnya.
Di stadium, tempat yang luas dan selesa (berhawa dingin). Ayuh, bawa adik-beradik, makcik-pakcik, datuk nenek, jiran-jiran ke majlis pada hari Ahad ini.
Gerai-gerai jualan juga disediakan pada tahun ini. Ada gerai makanan dan minuman, buku, pakaian, cenderahati dan gerai perkhidmatan yang lain. Meriah gitu!
salam cikgu zainun...
ReplyDeleteanak saya di K2 TM2. dia pun ambil bahagian pada hari anugerah nanti. yang bestnya, kakak dia yg berada di Form 4 SMKPG1 pun akan turur sama sebab dia adalah ahli pancaragam Sekolah2 Menengah PG tu. Dia main alat trombone....
W'salam.
ReplyDeleteSaya tahu Adik masuk stomp tapi 2 hari lepas, saya nampak dia nangis, bila tanya, katanya tak nak berlatih. Rasanya sekarang ni dah ok. Datanglah ramai-ramai memeriahkan majlis ya