Wednesday, November 10, 2010

SOALAN CEPUMAS

I'm back.
Selepas beberapa hari di Jakarta, Bogor, Bandung dan Puncak, akhirnya kami sekeluarga selamat sampai balik ke Pasir Gudang setelah flight Jakarta KLIA dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan (disebabkan abu panas Gunung Merapi). Cerita seterusnya akan dientri kemudian.

Isnin, rutin seperti biasa. Cuma ada beberapa soalan cepumas yang perlu diberi jawapan. Soalan cepumas daripada beberapa orang ibubapa. Sebenarnya soalan itu telah diberikan jawapan dalam "shout" disebelah tetapi tak tahu kenapa, ia meragam (database error) ~ terpaksa di remove
Sebenarnya ruang ini bukanlah yang terbaik untuk memberikan jawapan kerana ana lebih suka berkomunikasi secara 2 hala dalam bab-bab pengurusan tetapi sebagai jawapan segera, di sinilah tempatnya.
En. Azian: Kenapa yuran naik RM10?
Kalau difikirkan dalam 10 tahun lepas, berkali-kali kenaikan harga telah berlaku dalam kehidupan seharian kita. Harga tepung naik, harga gula naik, harga minyak naik dan macam-macam yang naik, tak pernah turun melainkan air hujan sahaja. Dan bila ada kenaikan kepada keperluan seharian, nak atau tidak, kita sebagai rakyat terpaksa menerimanya walaupun terasa berat. Namun begitu, sebagai pengguna, kita ada hak untuk membuat pilihan. Ana percaya, saban tahun gaji juga naik sekiranya kita bekerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Berkenaan dengan kenaikan RM10, sebenarnya yuran syiling tadika (menggantikan harga syiling) adalah RM150 sebulan. Maksudnya, sewaktu membuat permohonan menjalankan tadika, yuran yang ditetapkan adalah RM150, Pengusaha boleh aje meletakkan yuran RM100 @ RM110 @ 140 sebulan tetapi tidak boleh melebihi RM150. Kalau nak lebih, kena buat permohonan baru ke Jabatan Pelajaran Johor.
TPB telah lebih 10 tahun beroperasi dan inilah kali pertama kenaikan dibuat. Bayangkan saban tahun gaji guru-guru terpaksa dinaikkkan kerana kos kehidupan yang semakin tinggi, belanja pengurusan yang meningkat kerana harga kertas naik, bil-bil yang semakin meningkat, harga buku yang naik tetapi kami masih lagi kekal dengan yuran lama (RM100).
Mengambil kira faktor ini, jadi pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menaikkan yuran kepada RM110 dan RM140 (kelas bistari). Dan ana mengharapkan kenaikan RM10 ini tidak membebankan ibubapa dan pihak pengurusan juga akan tetap memastikan bahawa kualiti pembelajaran anak-anak akan tetap dijaga. Juga perlu dijelaskan bahawa harga uniform, buku-buku program reading dan semester 1 masih tetap sama.
Ibubapa punya pilihan samada ingin meyekolahkan anak-anak di tadika yang yurannya murah, sederhana @ mahal kerana di P.Gudang ini sendiri terlalu banyak pilihan tadika dan kami juga perlu bersaing tetapi persaingan yang sihat. Tepuk dada tanya selera! 
Pn. Sharifah: Kenapa tidak dibuat majlis konvokesyen tadika seperti tadika yang lain?
Hari Anugerah Cemerlang diadakan sebagai program terakhir anak-anak K2 di TPB. Di sini diadakan penyampaian hadiah kepada yang anak-anak K1 & K2 yang cemerlang di dalam peperiksaan SEM. 2 dan juga persembahan murid-murid K2. Sebab itulah semua anak-anak K2 digalakkan mengambil bahagian di dalam acara-acara yang telah ditetapkan. Melatih anak-anak ini memerlukan kesabaran peringkat maksimum tetapi insyaallah, berbaloi hasilnya.
Sebagai gantian konvokesyen dan pemberian sijil, semua anak-anak telah diambil gambar kelas dan gambar individu (berjubah dan memegang skrol) dan alhamdulillah, gambar telah diserahkan kepada murid pada hari terbuka yang lepas. Masih ada sedikit yang pending kerana masalah teknikal dan sekarang ini dalam proses dan akan diserahkan kepada murid dengan kadar segera. Insyaallah
Mengambil kira komitmen masa ibubapa dan keselesaan anak-anak, maka sebab itulah kami tidak membuat majlis sedemikian. Untuk pengetahuan, tahun ini sahaja sebanyak 23 acara persembahan dan 15 acara penyampaian hadiah telahpun dirancang. Insyaallah, ibubapa akan menerima surat jemputan pada hari ini.
Itupun telah mengambil masa setengah hari. Kalau diadakan konvokesyen dengan jumlah murid K2 menghampiri 500 orang, tak dapat ana bayangkan masa yang perlu kami peruntukkan.
Apapun, terima kasih kepada Pn. Sharifah di atas cadangan ini dan juga pasal buku Jawi tu. Terima kasih kerana membantu kami di TPB bagi memastikan kesinambungan pembelajaran tadika dan sekolah rendah.

No comments:

Post a Comment