Ya, terima kasih kerana datang ke Hari Terbuka TPB (ada juga yang menyebutnya hari pelanggan) yang dibuat serentak di semua cawangan pada Jumaat 29 Oktober 2010. Setelah bertungkus lumus cikgu-cikgu menyiapkan tandaan kertas peperiksaan, kemaskini rekod-rekod doa dan hafalan, ambil timbangan berat dan ukuran tinggi anak-anak murid pada semester ini, dan macam-macam lagi, akhirnya berbaloi bila ibubapa datang bersama-sama dengan anak-anak mereka dengan muka ceria pada hari tersebut. Ada juga yang datang dengan riak muka kesedihan kerana prestasi anak tidak seperti yang dijangkakan tetapi inilah hasil usaha mereka. Tidak berjaya kali ini, mungkin akan datang usaha bertambah, akan ada hasil yang memberangsangkan.
Seperti biasa, ana dan Cikgu Tamizi akan meround tadika, Inilah peluang untuk bertemu ibubapa yang datang sambil bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan. Destinasi pertama adalah Kota Masai 1. Sewaktu sampai waktu pagi tu, dah ramai yang menunggu di dalam kelas masing-masing.
|
Seorang bapa mendaftar dan mengambil nombor. Sapa cepat, dia dulu masuk (TKM1) |
|
Satu keluarga datang memberikan sokongan (TR) |
|
Prestasi anak diterangkan satu persatu (TM) |
|
|
|
Walaupun ibu 'menunggu hari', tetapi tetap aje bersemangat. Selamat melahirkan! (TS2) |
|
2011 melangkah ke darjah 1, kenangan terindah di TPB |
|
Cikgu tidak lokek memberikan hadiah (TS1) |
No comments:
Post a Comment