Saturday, November 13, 2010

PERSEDIAAN HARI ANUGERAH

Bak kata Teacher Su, macam nak menerima menantu pulak menjelang Hari Anugerah Cemerlang pada hari Ahad ini. Masing-masing dengan tugasan yang diberikan. Inilah kemuncak segala program kepada Tadika Pintar Bistari pada tahun 2010 ini. Latihan persembahan dan persiapan pakaian dan aksesori di setiap cawangan. Sementara bahagian pengurusan perlu memastikan segala piala, hadiah dan cenderamata, makanan dan minuman dapat disediakan sebelum hari Sabtu. Beginilah di antara persiapan yang dibuat di HQ.

Gotong royong tanda muafakat
Cenderahati dan hadiah untuk semua peserta

Alhamdulilah, syukur kerana sumbangan dari ibubapa juga banyak diterima. Walaupun telah melepasi tarikh yang ditetapkan, tetapi masih ada lagi sumbangan yang muncul di saat akhir. Terima kasih kepada semua ibubapa yang menghulurkan bantuan, tidak kiralah berapa nilai RM nya. Semoga pemberian kalian akan menambahkan lagi rezeki di masa-masa mendatang.   

Di sebelah petang Jumaat, ana ke Stadium Perbadanan Pasir Gudang untuk melihat persiapan lokasi. Tapi malangnya kedudukan pentas tidak seperti yang kami kehendaki. Jadi kami terpaksa membuat pertukaran layout di saat-saat akhir. Bayangkan, dalam menangani kehadiran anak-anak yang melebihi 500 orang, semuanya perlu dibuat segera. Mujurlah ada pengarah dan penolong pengarah program yang cekap. Credits untuk mereka.

Kebetulan pula kumpulam pancaragam sedang membuat latihan di situ. Dapatlah ana melihat dan menikmati lagu-lagu yang dimainkan walaupun seketika. Beginilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Kumpulan pancaragam ini akan membuat persembahan pada hari anugerah nanti. Bukan percuma, tetapi berbayar!


Semua anggota pancaragam adalah pelajar perempuan kerana lebih berdisiplin.

Memerlukan latihan yang konsisten

Jumlah yang datang membuat latihan agak kurang

No comments:

Post a Comment