Hari ini 29 Syawal, hari terakhir dalam bulan Syawal, namun masih ada lagi yang mengadakan rumah-rumah terbuka, malam ini dan mungkin juga hujung minggu ini. Berpuasa sebulan, beraya pun sebulan. Itu yang ana nampak disekitar Pasir Gudang ini, kat tempat lain tak tahulah. Mungkin juga kat bandar-bandar besar seperti KL senario seperti ini masih berlaku. Dan pagi tadi, di radio hotfm, masih lagi didendangkan lagu raya bagi bagi menutup tirai bulan Syawal.
Sepanjang bulan raya ini, rezeki makan guru-guru TPB bukan main murah lagi. Dapat jemputan di sana-sini. Beraya sambil minum petang, beraya sambil makan tengahari dan beraya sambil makan malam. Hampir setiap hari. Kalau dibuat pada bulan-bulan biasa pun, rasa-rasanya bagus juga. Apatah lagi bila dah hujung-hujung bulan tu.
Apapun, ana bagi pihak guru-guru TPB mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas semua undangan. Tetapi sedikit terkilan juga sebab ana dan keluarga tidak dapat memenuhi undangan disebabkan keterikatan kepada komitmen lain. Insyaallah di luar hari raya pun masih boleh berziarah lagi kan. Untuk menambahkan ikatan ukhwah, bukan sekadar hanya makan dan terus balik untuk memenuhi undangan rumah terbuka yang lain pula.
Seronoknya di Johor ini, ada program marhaban yang mana ianya tak ada di tempat ana, samada Kuantan @ Pekan. Tapi ada juga yang tak nak join, mungkin kerana ada masalah lain. Bagi ana, ianya ziarah secara express pada hari raya, sebab agar sukar untuk ziarah sampai 10 ~ 15 buah rumah dalam satu malam.
Apapun, Ramadhan yang dilalui dengan segala macam kebaikan di dalamnya, harap-harap ada kesinambungan ibadah. Semoga Ramadhan lalu tidak menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Syawal juga kita tinggalkan. Mungkin ada yang sempat berpuasa 6, mungkin ada yang tidak dengan berbagai alasan. Datangnya bulan Zulkaedah menandakan bahawa bakal-bakal haji akan mula sibuk untuk menunaikan ibadah yang ke 6. Bagi yang belum menunaikan haji, tanyakan diri sendiri, aku bila lagi? Anda saja yang tahu jawapannya. Semoga dimurahkan rezeki menjadi tetamu Allah nanti. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment