Wednesday, October 27, 2010

ANUGERAH KHAS, TAHNIAH...

Anugerah Khas? Anugerah Festival Filem Malaysia 23 dah pun berakhir, Ini anugerah mana pulak ya?

Sebenarnya ANUGERAH KHAS ini diberikan kepada anak-anak 5 tahun yang telah dapat menamatkan "programme reading" BACALAH ANAKKU, READEASY DAN BACALAH JAWI dalam masa tak sampai setahun dan tarikh tutupnya adalah sehingga Jumaat ini. Sehingga tarikh ini seramai 46 orang dari 7 cawangan yang telah berjaya menamatkan ketiga-tiga buku ini. TAHNIAH diucapkan buat anak-anak ini dan bukan senang untuk mencapai sehingga tahap ini tanpa sokongan dan kerjasama dari ibubapa sekalian.
Alhamdulillah, bilangan tahun ini telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun lepas dan setiap cawangan ada wakil masing-masing. Senarai penerima akan dimaklumkan kepada ibubapa dan anak-anak yang berjaya akan menerima medal dan sijil penghargaan khas pada HARI ANUGERAH CEMERLANG nanti. TAHNIAH sekali lagi.. Tunggu hadiahnya ya...

1 comment:

  1. salam cikgu...
    teruja baca pasal anugerah ni...
    saya sokong kalau ada anugerah ni sebab boleh membangkitkan semangat anak2 untuk membaca...
    tahniah kepada yang berjaya!

    ReplyDelete