Monday, October 4, 2010

EK ELEH, INI JE....

Masih lagi membicarakan tentang Pertandingan Mental Aritmetik yang baru berlalu.
Seperti biasa, selepas sesuatu event, post-mortem akan dibuat dibuat disetiap cawangan dan akan dibincangkan sewaktu pertemuan / meeting hari Sabtu di HQ Taman Mawar. Tujuan post-mortem adalah untuk melihat balik kelemahan yang berlaku dan bagaimana untuk membuat penambaikan untuk program yang sama pada tahun depan. Begitulah yang berlaku pada hari Sabtu lepas. Setiap kelemahan diajukan dan dirungkai dengan sebaiknya, hinggalah kepada yang terakhir, keluar suara dari seorang guru.

"Kak, nak bagi tau, ada sorang peserta tu, belum sampai rumah lagi dah buka hadiah. Kejadian tu berlaku depan kita", ujarnya
"Tak apelah macam tu, mungkin dia excited sangat tu dapat hadiah"
"Tapi yang tak bestnya, ayahnya kata, EK ELEH, INI AJE YANG DAPAT..., kita malulah kak"

Moral from the story
Memang, hadiah yang diberikan kepada semua peserta tidaklah mahal. Sebuah pencil stand yang berharga RM3.90 sebiji. Mungkin bagi ibubapa yang rata-rata lebih berkemampuan, mereka boleh bagi yang lebih baik dan bagus dan lebih mahal dari itu. Tetapi bagi anak-anak, setiap apa yang diperolehi, apatah lagi dari satu-satu pertandingan amatlah mereka hargai. Sebab itulah mereka amat teruja dengan hadiah berbentuk segiempat dan berbalut kertas hadiah warna hitam gambar sponge-bop dan bila dah dapat hadiah, terus aje membukanya. Keterujaan mereka jelas terbayang waktu mereka beratur untuk menerima hadiah.

Bagi kami di TPB, pertandingan seumpama ini adalah untuk memberi pendedahan pertandingan kepada anak-anak agar mereka berani naik ke pentas dan berhadapan dengan audien yang ramai. Disamping itu, semangat berlumba kepada sesuatu yang baik harus dipupuk sejak dari awal lagi. Hadiah sebagai satu penghargaan tidak dilupakan waima kepada peserta persembahan juga. Mahal murah, itu soal kedua. Terima dengan seadanya. Terima kasih dengan komen ek eleh tu, semoga kami semua di TPB mendapat iktibar.

Hadiah-hadiah untuk persembahan, pertandingan, medal 1 ~ 3 bagi setiap kategori dan cenderahati 









2 comments:

  1. berderau darah bila baca komen ek eleh tu..anak saya sendiri komen yang sama .. walhal saya selalu mengajar anak bersyukur dengan apa yang diterima..saya tegur anak.. jawapannya kita taknak ni kita nak gula2 - bagi saya bukan harga yang dipersoalkan tapi mungkin hadiah yang murah pun takpe asalkan menarik hati anak2..Junaini

    ReplyDelete
  2. Salam buat cikgu2 pintar bistari..harap terus bersemangat menganjurtkan aktiviti2 educational seperti ini..syabas cikgu....nak memuaskan hati semua pihak memang susah..yang penting niat2 cikgu pasti mendapat balasan baik daripada Allah..komen ikhlas saya mengenai cenderahati - bukan harga yg jadi taruhan.. tetapi apa yg diberikan dapat menarik hati anak2 ..tp x sangka anak saya yg menari dipentas pun dpt jugak..Terima kasih cikgu semua. - Junaini

    ReplyDelete