|
Pintu masuk sesak dengan murid-murid TPB |
7 OKTOBER 2010
Pada hari ini giliran cawangan Taman Scientex 1 dan 2 pula mengikuti lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Lawatan tidak menjadi yang dirancang pada Julai lepas telah direalisasikan pada minggu ini. Dimulai oleh cawangan Taman Rinting pada hari Isnin yang mana murid petang digabungkan ke pagi dan dibawa serentak pada waktu pagi hari tersebut.
Hari Selasa pula, cawangan Taman Mawar 1 dan 2 sesi pagi pula mengambil giliran. Tetapi mereka kurang bernasib baik kerana bila bas hendak memulakan perjalanan, engin bas pula meragam. Mujurlah masih dalam kawasan tadika lagi, jadi murid-murid dikehendaki masuk semula untuk menunggu bas ganti. Pada mulanya pemandu bas hendak aje membatalkan trip ini, tapi memandangkan pihak tadika berkeras untuk meneruskan lawatan, sebuah bas gantian disediakan, namun masa diperuntukkan di perpustakaan amat-amat singkat. Walaupun begitu, mereka amat seronok sekali kerana mendapat buahtangan dari pihak PAPG berupa buku mewarna, makanan (mee hoon) dan air kotak. Sesi petang pula, lawatan berjalan dengan lancar.
Pada hari ketiga, gabungan cawangan Taman Kota Masai 1 dan 2 pula mengambil giliran. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar juga.
Pada hari ke-4 pula, ana berkesempatan bersama-sama murid TS 1 & 2 berkunjung ke PAPG. Murid seramai 67 orang dan diiringi oleh 7 orang guru disambut oleh petugas-petugas di situ dengan senyum lebar. Murid-murid diberi penerangan tentang fungsi perpustakaan kepada pelajar, pengguna dan masyarakat setempat. Disamping itu, murid-murid diterangkan apa yang boleh dan tidak boleh sewaktu diperpustakaan.
Jom kita lihat gambar-gambar mereka.
|
Cara-cara masuk dengan menolak palang juga diajarkan. |
|
Children corner, khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun |
|
Masing-masing sibuk memilih buku dibantu oleh guru pengiring |
|
Menyeronokkan kerana rata-rata murid telah lancar membaca |
|
Bermacam-macam buku yang dibaca. | |
|
Dengan berbagai-bagai gaya |
|
Asalkan mereka selesa |
Inilah di antara papantanda-papantanda yang terdapat di perpustakaan
|
Disiplin di mana-mana. Kasut kemas tersusun. |
|
Petugas memesan agar murid membuat kad perpustakaan. Bayaran dikenakan RM4 sahaja. Isi borang yang disediakan dan tak perlu bawa gambar. |
|
Petugas PAPG gembira dengan kunjungan murid-murid TPB, sambil mengagih-agihkan makanan |
|
Beratur menaiki bas untuk balik ke tadika |
|
Peti ubat kecemasan sebagai satu kewajipan sewaktu lawatan |
|
Lawatan yang menyeronokkan. Lebih seronok bila pergi bersama-sama kawan-kawan dan guru-guru |
Beginilah berakhirnya lawatan ke perpustakaan pada tahun ini. Pesan anak-anak-kepada ibu-ibu dan bapa-bapa....
SELALULAH BAWA KAMI KE SINI...
Kepada pihak pengurusan PAPG, terima kasih daun keladi, tahun depan berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment