Friday, August 8, 2008

Cerita Putera Katak















5 Julai 2008 (Sabtu)

Setelah berpenat lelah menjayakan program, lebih kurang 2.45 petang, rombongan ana bertolak ke A Famosa Resort, Melaka. Kami tiba hampir 6.30 petang. Agak lewat jugak kerana perjalanan menggunakan bas sekolah buruk (Jangan marah Encik Naszri ya!!)
3 Villa disewakan. 1 villa untuk yang dah berkahwin, 2 untuk yang bujang (ana tak termasuk dalam kategori tersebut). Masing-masing tak sabar untuk berendam dlam swimming pool, tapi sabar dulu ya!!.
Seusai solat maghrib, kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Dalam perjalanan keluar, ada 2 ekor gajah besar di tepi jalan. Bukannya gajah naik minyak, tetapi gajah untuk pertunjukan di Cowboy Town.
Tak jauh dari resort tu, dah masuk bandar Tampin, Negeri Sembilan. Kami makan malam di tempat yang ada karaoke. Masyaallah, ada yang berkaraoke dengan suara yang bak buluh perindu, ada yang macam katak panggil hujan. Rasa makanan, bolehlaaaa, sebab perut dah lapar.
Balik ke villa, apalagi, masing-masing tunjukkan bakat berendam (bukan berenang) sambil menyelam. Dan ada cerita menarik kat kolam villa 3, cerita tentang Putera Katak. Nanti ana ceritakan kemudian.

1 comment:

  1. a'kum ana saya dah link dengan blog anda, tak sabar nak tunggu cerita putra katak

    ReplyDelete