17 OGOS 2008
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dengan pembabitan murid-murid K1 (semua cawangan) dalam persembahan. Sementara pertandingan sempoa pula oleh murid-murid K1 (kelas bistari), K2 (kelas normal dan kelas bistari). Dan dalam program ini lebih kurang 250 orang murid dari semua cawangan mengambil bahagian. Pada masa program ini berlangsung lebih kurang 500 orang yang terdiri dan ibubapa dan keluarga terdekat datang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.
Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan murid-murid mengira dengan menggunakan sempoa lebih-lebih lagi pada murid-murid K1 yang baru saja mempelajari subjek ini selama 2 bulan. Para peserta pertandingan bukan saja mampu mengira dengan tepat dan pantas tetapi dengan pertandingan yang seumpama ini dapat menyerlahkan keyakinan diri sejak dari peringkat awal lagi.
Ucapan terima kasih kepada tetamu yang dapat meluangkan masa hadir walaupun mungkin mempunyai agenda-agenda yang tersendiri, almaklumlah sajalah musim cuti sekolah, anak-anak yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang perjalanan program ini dan juga khas untuk semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

SERONOKNYALA BANYAK AKTIVITI KAN....BESTLA.....XPE NEBXT TIME SAYA JOIN K...
ReplyDeleteakak tengokla laman web ini...
http://masalahpembelajaran.cabanova.com
http://ahsanti.wikispaces.com
http://ahsanti.blogspot.com