Friday, August 8, 2008

PERTANDINGAN UJIMINDA & BERCERITA 2008


















Sewaktu ana menulis blog ini, laptop satu lagi sedang melakukan kerja-kerja "capturing" video UJIMINDA DAN BERCERITA 2008.
Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik dan lancar sekali. Ribuan terima kasih kepada warga kerja Tadika Pintar Bistari yang telah sama-sama bekerja keras menjayakan aktiviti tahunan ini. Cuma dari segi kehadiran ibubapa yang "kurang memberangsangkan". Yang hadir hanyalah ibubapa bagi anak-anak yang terlibat dengan program ini saja. Kalau ada ibubapa yang anaknya tak terlibat tetapi hadir dalam program ini, ana ucapkan terima kasih daun keladi, program akan datang, hadirlah lagi!!!
Juga terimakasih kepada pihak pentadbiran Sek. Men. Pasir Gudang (2) yang membenarkan kami menyewa Dewan Mawar Gemilang bagi program ini.

Seperti yang dirancangkan, sebaik habis program, bonus yang tak seberapa itu diagih-agihkan kepada semua. Bagi yang menyertai trip ke A Famosa Resort, Melaka, amboi-amboi, tak sabar semuanya!!!
Bagi yang tinggal tu, bye-bye, see you on Tuesday!!



No comments:

Post a Comment